Selamat Datang Ke Zawiah Diary :)

Salam Ukhuwwah Mahabbah Fillah...

Mutiara Bahasa

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Best Quotes

If success doesn't come to you, you go to it... ~ Marva Collins

Change Faster !

When you do decide to make a change in your life, do it Quickly. Be Excited and you'll change Faster!

Ketenangan Dan Kebahagiaan

“Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Fath, 4).

Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Monday, January 17, 2011

serimuka










beberapa hari lepas sempat membuat kuih serimuka

memang kegemaran kami anak beranak
buat sendiri lebih bebraloi , tambahan sekarang ni musim harga barang mahal
lagipun masak sendiri adalah lebih afdhal untuk keluarga

disini dikongsikan resepi nya

RESEPI SERIMUKA(KATEGORI TALAM )

bhg bawah
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam

cara nya
- rendam beras pulut 4jam
- kukus dalam bekas yang tidak berlubang 
saya semestinya menggunakan  elektrik steamer


bhg atas (hijau )
150 gm gula pasir (ikut kemanisan )
150gm tepung
250ml santan
450ml air
3 telur
air pandan /pewarna hijau

kacau kesemuanya dalam satu bekas ,menggunakan 'whisker'
tapis menggunakan penapis 
masakkan atas dapur , sehingga timbul 'bloom'
angkat dan tuangkan ke atas pulut yang sudah siap di masukkan dlm dulang

tips:
- gunakan loyang 10'x 10'
- alaskan plastik di dulang ,agar senang untuk mengangkat talam yg masak
- boleh buat 1/2 adunan dari sukatan

Monday, October 11, 2010

Adab dan aturan memasak



Sebelum saya berkongsi gambar masakan serta resepi nya,  suka juga saya  untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat , ibu ibu rumahtangga semua,  adab-adab ketika memasak.

tersangat lah afdhal nya  ibu-ibu mengetahui dan mengamalkan adab-adab ketika memasak, kerana makanan yang dimasak mengikut adab-adab sunnah, akan melahirkan makanan yang baik untuk jiwa suami dan anak-anak.Juga jika memasak dengan penuh keikhlasan , niat untuk memberi makan pada ahli keluarga dan rakan taulan, insyallah dengan izin Nya, masakan akan sesedap rasa , macam iklan Knorr , sesedap rasa, secukup rasa !

3 adab dan aturan  memasak pada hari ini :)
  1. Apabila memasak, sebaik nya  kita berada dalam keadaan wudhu’.( ada air sembahyang )
    *Sekiranya  terpaksa memasak sebelum sempat mandi hadas besar, maka seeloknya  untuk mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum  memasak.
  2. Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak. Pakaian yang tidak keterlaluan.
  3. Berzikirlah sewaktu sedang dalam mood memasak.( ya allah, ya rahman, ya rahim @ subhanallah @ salawat kepada Nabi ) .cuba elakkan dari bercakap yang tidak penting semasa memasak 
Ok, disini saya sharekan dulu , aktiviti memasak saya sepanjang minggu yang lalu.
Masak , makan , masak ..makan...! ( hidup untuk makan ke..? )
resepi akan di share kemudian. insyallah ! jika ingat .



ganache chocolate cake

marble cake



roti manis bun


Kebetulan abang dan kak ipar datang bersama anak anak saudara yang keletah bangat.
Juga ziarah kunjungan dari anak anak sedara yang masih sudi menjengah rumah nan tua  ini !

Maka nya aku suka bangat , dengan aktiviti yang mengenyangkan perut ini.
Suka dengan suasana , makanan disediakan sendiri , penat lelah hilang terasa ,  apabila sang penjamu selera melakar wajah ceria, lelah penat letih pergi segala gundah , gundah dan risau melakar pergi dengan sendiri .


Alhamdulillah , sujud dan syukur ku kepada Mu ya allah, diberi kekuatan dan rezeki  lagi untuk ku  terus menyumbang usahaku yang kecil ini.
(w/pun ianya tidak mendatangkan kegembiraan pd sstgh orang )

Monday, September 27, 2010

muffin blueberry

Muffin Bluebery









BAHAN BAHAN

125 gm mentega ( akak guna SCS butter )
2 bj telur ( gred A @ AA )
250 gm tepung gandum (kalau rajin ayak lah dulu )
1 sd teh serbuk penaik
70 ml susu segar ( Fernleaf )
esen vanilla
blueberri untuk filling


Cara membuatnya :
- pukul butter + gula - smpai putih
- masukkan telur sebiji sebiji / pukul dgn speed sederhana sahaja
- masukkan tepung , selang seli dgn susu

bila sudah masukkan tepung, jangan beat terlalu lama
hanya gunakan senduk untuk kaup dan balikkan tepung

gunakan piping bag atau sudukan ke dalam acuan
tuang separuh adunan , letakkan filling dan katupkan balik dengan adunan

bakar 180 celcius
25-30 minit

p/s akak selalu  buat untuk 2 adunan
biasanya dpt dlm 40 - 45 bj

Sunday, September 26, 2010

puding roti berkuah kastad

Puding roti berkuah kastad




( semalam terguna butter yg lama dlm esbox, rasa nya ada sikit spoil )



Bahan bahan
- 8 keping roti gardenia
- telur 2 bj
- sedikit butter 2 marjerin /cairkan
- susu segar 500ml ( 1 cwn )
- vanilla essen
- gula 4 sudu besar

di perap seketika biar meresap
bakar selama 30-45 minit

loyang yang hendak dibakar , dilengeserkan marjerin

tips hendak melengserkan marjerin ke loyang
ambik tissue dapur, leserkan marjerin, dan sapu terus ke loyang


Kuah kastad
- 200ml susu cair
- 200 ml air
- 2 sd besar kastad
- gula 2 sudu besar / secukupnya

kacau kacau atas api kecil hingga likat.
jangan biarkan berketul.



ratings : 5 star
hehee..kami suka sngt dgn roti berkuah kastad ni
style hotel 5 star punya
tak cuba , tak tahu
cubalah !

Wednesday, September 22, 2010

resepi rendang



rendang masih dlm periuk 

 


resepi rendang minang

ayam tua
bawang merah?besar  5 ulas
bawang putih 4 uls kecil
halia sebesar ibu jari
ketumbar, sangai ,tumbuk halus 2 sudu besar
lengkuas sebesar ibu jari
serai 4 btng
cili merah hidup
cili api
belacan
kunyit hidup
asam keping 1 keping ( jika besar )
buah keras 2 biji

nissey, garam


tumis serai , bwng putih, dan masukkan bahan2 blender
santan 1 kg ( boleh dikurangkan )
masakkan hingga empuk

* perlukan masa lebihkurang 5-6 jam untuk empuk
* petua untuk empukkan daging ayam pencen : semasa memasaknya masukkan
sudu stainless steel ke dlm periuk.


------------------------------------------


resepi rendang ( versi 2 )

ayam
bawang merah
bawang putih
halia
ketumbar, sangai ,tumbuk halus
lengkuas
serai
cili merah
cili api
belacan
kunyit hidup
asam keping
buah keras
asam keping
nissey, garam


* ayam biasa 1 ekor
* tambahan rempah kari ayam @ daging 2 sudu besar
* kerisik beli siap 2 ringgit
* santan 2 ringgit

tumis rempah kari dulu , baru masukkan bahan2 giling yang lain
dah garing masukkan ayam , santan ,

masakkan hingga masak , sama ada nak berkuah atau tidak
bg kami sekeluarga , suka yg jenis ada kuah sikit, tidak terlalu kering

sedap dimakan begitu saja ( ratah ) cicah roti , makan dgn nasi panas.



* hasil carian dan pengubahsuaian pd beberapa bahan bahan tertentu.
sesiapa yg sudi boleh mencuba
senang saja membuatnya
cuma mengambil masa sedikit utk menunggu kuah nya bebetul kering mengikut
kehendak dan selera rasa.

SELAMAT MENCUBA !

Monday, August 23, 2010

ramadhan 13

Hari ni sudah memasuki Ramadhan ke 13, tak lama lagi Nuzul Quran..bermakna kita sudah
di pertengahan puasa, dah hampir menjelang Hari Raya.
Bermakna juga masa untuk meraih malam Lailatul Qadar bakal menjelma.
Malam terakhir 15 hari berpuasa.
Moga moga kami dapat meraih nikmat dah hikmat serta berkat Ramadhan kali ini.


Pada sabtu lepas anak anak sedar beriftar bersama.
Pada minggu sebelum tu, kami beriftar bersama ipar,biras dan adik beradik" my imam ".
Alhamdulillah.....perjalanan hidup tidak selalunya indah dan gembira.
Tapi Allah mengurniakan kegembiraan sementara untuk kami kecapi.



ayam sedang diperap


menu kami pada hari tu
nasi ayam berempah



AYAM BEREMPAH

- ayam dipotong dan dibersihkan
- bawang merah
- bawang putih
- halia
- serai
- lengkuas
- cili merah
- ketumbar + jintan manis ( sangai )
- daun kari (gaul bersama ) * terlupa nk tulis
- serbuk kari sedikit
- serbuk cili



semuanya di blender dan diperap bersama garam dan tepung gandum.
seeloknya perapan 2-5 jam ( utk lebih mesra)
sedikit saja dimasukkan garam .

sedia utk digoreng.

ayam yg sudah digoreng


sedap..!! bagi ku sudah memadai kesedapannya...tak tahulah utk orang yang otai memasak

ada juga menu kueh mueh
kebanyakan disediakan oleh along dan fairuz...( memang rajin )

kek batik


Kek batik disediakan oleh along dan fairuz..
ermmm...sedap...
Allah....kek batik yang menimbulkan kontroversi.....aduhai...
dengan hanya berpaksikan kek batik saja...orang sudah dapat menelaah perangai seseorang..
ohh...sampai bebila ingatan ini terpahat....
Resepi kek batik , kena mintak dengan tuan dia....cik siti fairuz dan faidzal..
Nanti buatkan lagi yerr....kami nak makan lagi....


onde onde

rajin along dan fairuz menggetel onde onde,,,
dapatlah ceksu nya merasa onde onde....lembut dan sedap...
kalo taruk gula lebih lagi sedap...ceksu suka manis! 


ni antara kueh mueh yg ada


kueh mueh , pemanis mulut , penyedap rasa
pembuka selera...ada juga kurma nan manis ...

kueh oleh angah..tapi gambarnya non ado..
sebab dah dekat nak berbuka..

"terima kasih  Allah yang memberi rezeki ini"....inilah ucapan yang sering dilafazkan...

Friday, August 20, 2010

senangnya memasak Tomyam

alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 10 kita umat Islam berpuasa
syukur kepada Allah ,masih diberi kekuatan untuk berpuasa dan berterawih.

kali ni nak tunjuk menu simple je, tapi agak menyelerakan tekak dibulan puasa ni
" tomyam "
sapa kata kita tak boleh masak tomyam sesedap kat kedai tomyam tu..
senang dan mudah saja...cewahh.....

tomyam adalah salah satu menu yang perlu dalam keluarga kami.
Masakan ni kami makan masa bersahur. Dibuat awal sikit sebelum masuk tidur.
Apabila bangun sahur, hanya panaskan sahaja.
Gandingkan dengan telor asin dan sambal belacan, bertambah tambah nasi .
Anak yang no 2 tu, memang 2/3 pinggan makan time sahur, jika ada tomyam.

Nak cuba rasa sedap ke tak, kena cuba buat dan masak versi ni.
Dah bertahun saya gunakan resepi ni, dan saya dah letakkan dalam bod My R..
semua yang mencuba ,mengatakan sama seperti rasa kat kedai tomyam.( bukan iklan...)









RESEPI TOMYAM SEDAP
ni versi kuah tomyam putih 


bahan bahan asas yang diperlukan :

ayam,udang atau sotong
fishball
bunga kobis
bawang putih
sayur spt carrot , bawang besar Thailand yg besar tu
daun ketumbar
serai
hirisan lengkuas
daun limau purut
susu manis
sos thai
dan kiub Tomyam Knorr






cara cara 
- rebus air terlebih dahulu untuk kuahnya
- masukkan kiub tomyam, bawang putih yg diketuk2, lengkuas potong2,
susu manis sedikit, daun limau dll yang perlu seperti bahan bahan asas tadi.
tunggu ia menggelegak dengan elok, taruklah sotong dll.
sekarang sudah siap, rasalah masam dan manisnya.




.............................
Nota : susu manis adalah bahan perlu dlm membuatkan tomyam .
Jika nak, tambahkan air Sprite sikit ke dalam kuahnya.
daun ketumbar tu, ambik bhg batang dan akarnya sahaja.
Gunakan kiub Tomyam Knorr, sebab rasa masam dll dah cukup, 
kalau tak de serai dll dah tak payah tambah,hanya gunakan kiub Knorr saja.



Tuesday, August 17, 2010

ramadhan 7

alhamdulillah dah masuk hari ke 7 bulan ramadhan
maknanya sudah masuk seminggu kita umat Islam berpuasa...

pelbagai juadah dan hidangan pastinya di fikirkan ..tujuan untuk membangkitkan
selera berbuka juga bersahur...
sudah pastinya bagi saya..JJCM kat intenet....* jalan jalan cari menu *

kami sekeluarga berbuka ala kadar.....kalau ikutkan tahun tahun lepas...
ramadhan , kami jarang sangat ber"menu" kan bazaar ramadhan....masak saja ala kadar
untuk kami anak beranak.......





SPAGHETTI GORENG

spaghetti direbus terlebih dahulu
bawang putih (lebih )
bawang merah
cili merah
cili kering blend
telor 2 bj
udang secukupnya

caranya
tumis bahan bahan bwng putih, bwng merah, cili hidup tumbuk, cili kering blender...
tumis hingga garing
masukkan air .
masukkan telor dikacau kacau
masukkan udang
masukkan spaghetti
masukkan sedikit air


TIPS : gunakan spagheti AGNESI lebih sedap,kenyal dan tidak kembang
SAN REMO bila dimasak ia akan jd kembang....






satu lagi juadah dan resepi simple

JEPUT ROTI 

roti gardenia
bawang besar dipotong potong
cili merah potong
jagung dlm tin
perencah ikan bilis
telor

TIPS : tarukkan sedikit tepung jagung / cornflour utk lebih melekat kan adunan

siap utk digoreng
sedap sunggoh
boleh dimakan bersama cili sos

menu lagi :
- air tea susu
- air cincau ( ni anak anak dara ku punya)
- kurma



kami jarang berbuka dgn nasi...jika nak nasi , kami goreng saja nasi lebihan bersahur...

Thursday, July 29, 2010

nasi lemak

nasi lemak buah bidara
sayang selasih , amba turutkan
sayang anak , sayang semuanya
hamba persembahkan nasi lemak mak dara





resepi nasi lemak mak dara

2 1/2 pot beras basmathi
santan
air 2 1/2 pot

masakkan beras spt biasa
menggelegak, masukkan santan
@ terus sekali harung msukkan santan
gula , garam


tips:
dalam nasi boleh taruk lada hitam (biji)
halia diketuk2
halba
selain dr daun pandan




sambal yg sedang di dalam kuali + ikan bilis yg sudah siap di goreng..
tunggu masa nak masuk dlm kuali.


sambal tumis ikan bilis

- ikan bilis- disiang kepala,basuh dan goreng garing
asingkan
- cili kering direbus, di blender
- bawang besar 3 labu
- sedikit belacan
- asam keping
- garam, gula 


tumis bahan bahan spt cili giling, bawang besar, belacan
tumis sehingga garing, sambil dikacau kacau dan dimasukkan
air sedikit.
masukkan asam keping ( ganti kpd asam jawa)
masukkan ikan bilis, kacau2 dan terus tutup api.


p/s alhamdulilah...
walapun orang kata ..ek eleh nak masak nasik lemak..
kacang la weihh...tp teknik memasak dan skill adalah
paling diperlukan.
satu lagi..memasaklah dgn ikhlas dan gembira, insyallah
makanan kita akan jadi sesedap taraf 5 bintang.

Wednesday, July 28, 2010

nasi ayam + ayam kicap yogurt

assalamualikom semua...
dah terlebih rajin...masak .......snap gambar...
biasanya malas...
layan aje lah..
ni menu resepi  nasi ayam + ayam yogurt  kicap  (rekacipta sendiri)
(memasak adalah mengikut kekereatifan sendiri..campak2 sedap... ^_^



resepi nasi ayam dan ayam kicap yogurt
utk hidangan 3-5 orang




bahan masak kicap yogurt
- ayam 1/2 ekor
- yogurt 2 sd besar
- halia
- ketumbar biji 1 sd kecil
- sedikit garam
- bwng putih
- 2 sd besar cornflour
- cili sos
- kicap pekat
- sos tiram

-halia, ketumbar bj, bawang putih ditumbuk halus dan digaul rata bersama ayam, yogurt
cornflour (perap skjp 1/2 jam )
- goreng ayam hingga garing
- masukkan ayam yg siap digoreng, masukkan kicap, sos tiram,cili sos, bawang besar yg dipotong potong
rasa masin manis...siap ...angkat



(ambik gambar dari dlm periuk..ehhee..sorrii)


bahan bahan nasi ayam:
- beras basmathi 2 1/2 pot
- air  2 1/2 sukatan beras tadi


untuk menumis :
- planta 2 sudu besar
- halia,bawang putih yang sudah ditumbuk halus

tumis kan bawang, halia
garing masukkan beras yg dah dibasuh bersih
masukkan air + stok ayam + tulang tulang ayam @ kaki ayam
masakkan hingga nasi masak

sedia dihidang utk dimakan bersama ayam masak kicap yogurt

boleh dihidang bersama kicap , timun dan juga sos cili thai.





----
-

Monday, July 26, 2010

puding karamel

kebetulan telur baru dibeli..
apa lagi ....puding inilah yang menjadi peberet anak anak...
puas hati makan..kalau beli sekeping maunya RM2.00 sekeping...


 


resepi puding karamel @ puding gula hangus


telor ayam 10 bj
susu cair 1 tin (ideal )
gula 1/4 cwn utk gula hangus + 1/4 air
gula 1/2 cwn utk masukkan dlm puding
garam sikit
vanilla


cara nya:
telur + gula + susu cair = beaten dgn whisker (skjp)
1 tin (ukuran tin susu ) masukkan dlm puding

terlebih dahulu hangitkan gula dlm kuali
caranya:
panaskan kuali,masukkan gula
bila gula dah nampak keperangan dan dah cair keseluruhan,
masukkan air sikit demi sikit.
ketika ini air gula akan berbuih. hati hati, kena kat tangan "meletops"
habiskan air sbnyk 1/4 cwn tadi...biarkan menggelegak skjp

masukkan telur yg telah dipukul ke dlm bekas utk dikukus
dlm masa 10minit pertama, masukkan air gula ke atas puding yg sedang dikukus
kemudian sambung lagi utk kukusan seterusnya selama 30-45minit .


p/s inilah puding kegemaran kami...juga kegemaran arwah abah
kalau bulan puasa... masukkan dlm peti ais...
makan waktu berbuka...sejuk tekak...

Sunday, July 25, 2010

cara buat telur jeruk~ telur asin



ni telur itik...

teringat masa dulu dulu..kat kampung...arwah maa selalu buat telur asin senirik..
masa tu arwah abah ..bela itik serati..jadi tiap tiap hari mama kutip telur itik...

nasib baiklah ...saya masih ingat cemana nak buat telur asin nii...
memandangkan dahdekat nak poser...biasanya telur asin ni laku kalau dimakan
masa bersahur...masin masin lemak...

bukannya payah nak buat telur asin nii...
cuma perlukan kerajinan sikit ajer........
apa apa pun perlu rajin...barulah menjadi...

mari kita tengok apa yang diperlukan untuk buat telor asin
bahan bahan yang diperlukan:

telor itik  , garam kasar..kalau tak de garam kasar..garam halus pun boleh...
saya sentiasa ada stok garam kasar....garam halus jarang sngt guna...sebab tak berapa pandai nak adjust bnyk mana yang nak kena letak...
jadi saya gunakan garam kasar.........khas dibawa dari kelantan...



telur itik 1 papan (30bj)
garam kasar 450gm
air 3000 liter

telur itik dibasuh bersih dan dibiarkan kering atau dijemur untuk dikeringkan
garam kasar direbus dengan air dan disejukkan hingga bebetul sejuk
ditapis dgn kain putih utk membuang habuk atau kekotoran

masukkan telur dalam botol bersih
curahkan air garam..
dalam masa 2-3 minggu ...boleh dicuba untuk merebus telur asin nii..





inilah hasilnya.....
tulislah haribulan/tarikh dibotol agar kita tak lupa tarikh memula kita mula buat
utk tahu tahap kemasinan telur.



p/s telur asin ni enak juga dibuat masak lemak telur
juga sedap dibuat sambal telur dgn pecahkan telur ke dlm sambal....ermmm....

Wednesday, July 21, 2010

roti sosej

dah lama tak buat roti..
dah beberapa hari semenjak gula naik harga, cik abe ku membebel..
"buat roti senirik lah...musti gardenia naik harga...."
mana taknya...1 buku roti gardenia, utk 1 hari saja...walaupun anak
beranak tak ramai, tapi anak anak dara tu suka sngt dgn roti...

maka berazamlah saya , kena buat roti nii...kalo tak , tak pepasal
kan panjang lagi lah leter cik abe ambo.....(^0^)/

bread maker pun dah berkurun dok dalam selimut..
sebabnya, tak reti nak gunakan bread maker..
dari  forum, kawan2 mengajar ku utk menggunakan breadmaker...
terima kasih bebanyak...


inilah rupanya roti yang sedang membuak kat dalam bread maker tuu...
suka hatiku , berbunga bunga, roti ku dah menjadi...
semangat sunggoh...dalam hujan,kilat berdentum dentum tu..( kat luar lah)
sukat,masukkan dalam bread maker...dan setkan menu nya...
jadi bergeraklah dia menjalankan kerjanya menguli...



inilah rupa roti yang sudah siap dibakar...
anak yang sulung tu tak sabar...nak membakar dan menengok hasilnya...
"mak..mak..bakar cepat mak..."

hari ni ke sekolah ...siap bawa bekal 2 biji sorang..
siap di pack oleh ayahnya..."mcm beli kat kedai..."
save..alhamdulillah.....
kalo beli kat kedai..baper hengget tu...?
"mak...kat sekolah ada jual...tapi dia goreng..banyak minyak...
sedap yang mak buat..."

ermmm....itulah suara anak anak...gembira melihat maknya berjaya buat roti..
walau apa pun aku amat suka hati dan hasilnya menggembirakan kami sekeluarga
ia memberikan satu rasa kepuasan tak terhingga jika dapat menghidangkan
makanan dan masakan dari air tangan ku sendiri untuk santapan kami sekeluarga.
alhamdulillah...allah kurniakan aku kerajinan ini.





ni suasana dalam oven



mari kita lihat  resepi roti  yang paling simple nii...


resepi roti sosej

500gm tepung roti/high protein
25 gm susu tepung
75 gm gula pasir
10 gm yis / 11 gm
1 sd kecil pelembut (optional)
1 egg
1/2 salt
250 ml air biasa
75 gm marjerin /butter @ planta

jika gunakan bread maker
masukkan tepung,air,gula,telor, marjerin,garam dan yg last sekali yis
tekan menu di bread maker...
jika yg saya punya jenama empress / tekan no 9 (bread dough)
biarkan ia bergerak sendiri ( monitor takot benda alah yg berpusing tu tersekat,kuis2 sikit)

dah siap, keluarkan dan rehatkan sekejap
bentukkan spt yg dikehendaki
oven ,panaskan terlebih dahulu 210 celsius
bakar
nampak keperangan
keluarkan dan sapulah dgn marjerin @ butter
sedia dimakan, jika suka boleh letakkan cili sos




p/s memasak adalah kewajiban ku..
memasaklah dengan kasih sayang, hidangan yang
dihidangkan pasti sedap.!

Thursday, July 15, 2010

bistik telur


saya ni jenis masak yg simple ...
senang, cepat ,mudah serta sedap ...sedap di tekak anak beranak ..



BISTIK TELUR
- 3 bj telur gred A ( hidangan utk 3-5 orng)
- sedikit isi ayam @ daging cincang ( cap ramly @ ayamas)
- lada hitam ,garam


- cili sos
- sedikit cuka
- sedikit garam

campurkan bahan bahan ini bersama seperti nak buat telur dadar.
perapkan sekejap.

sementara itu siapkan bahan bahan utk menumis

bahan menumis :-
- bawang putih 3/4 ulas(ditumbuk @ dicincang )
- bawang besar thailand 1 ulas
- sedikit halia

bawang putih + halia = ditumbuk halus/kasar
bawang besar dipotong potong

cara cara nya;-

tumiskan bahan bahan yg dah ditumbuk tadi ( bwng putih + halia)
masukkan bahan bahan yg dipotong- bwng besar
masukkan cili sos, sedikit air, gula, sedikit cuka, lada hitam, garam
dan sos tiram
apabila sudah menggelegak masukkan buah tomato @ nenas yg dipotong2 halus.

curahkan atas telur yang telah digoreng terlebih dahulu.
boleh dihidangkan bersama dgn nasi panas,ulam timun serta samba belacan.

alhamdulillah.......kenyang...
anak anak suka...suami happy...keberkatan dirasa bersama.....amin

selamat mencuba...
errkkk...kalo ada yg kurang faham..boleh lah komen yer...
main hentam je ni tulis...

Wednesday, July 14, 2010

popia kukus



ari tu ada buat popia kukus...
senang sangat..
beli peket kulit popia kat supermarket...
saya guna jenama seperti diatas..kalau nak guna jenama lain pun ok jugak
cuma mungkin carik lah yang ada add telor..


taruk crab stick...





taruk salad...




taruk carrot yg dipotong panjang panjang...



letak dan susun dalam tuperware...
simpankan dalam peti ais...
nak guna...keluarkan dan kukuslah dalam kukusan...
boleh dimakan bersama cili sos @ sos thai
saya campurkan sos cili thai dengan sedikit daun ketumbar...
sedap.....mcm sos steamboat kat johnys steamboat tu...ehhee...



dan semestinya saya gunakan pengukus yang ini...
steamer elektrik..yang amat menyenangkan sekali.







013- 368 7374

Saturday, July 10, 2010

ikan siakap kukus




sekarang memang rajin masak kukus...
salah satu sebabnya adalah lebur jer apa yang ada..
nak tunjuk kat kaklaa ni sebenarnya...
nak tunjuk pengukus yang glamz  sekali..
tapi tak dapat nak upload gambar...
(nanti akan tunjukkan steamer )

resipi ikan steam ( kukus )

- ikan siakap @ apa apa ikan yang sesuai utk kukus
- perapkan dlm 1/2 jam - 1 jam bersama garam, bawang putih tumbuk,
halia tumbuk halus
-daun ketumbar
carrot dipotong potong
-buah tomato @ apa apa yg selera di makan

siap untuk dikukus

p/s ikan sebaiknya dibasuh dgn asam limau nipis @ cuka utk
hilangkan hanyir


jika guna steamer elektrik hanya gunakan setakat 15- 20 mins shj
cepat, mudah , menepati citarasa dan sememangnya sihat.

Saturday, May 22, 2010

mee rebus MAHARANI


ni menu hari jemaat tu..
dah jemu makan nasi...ambo buat menu paling simple..
tapi yang pasti menyelerakan....
mee rebus MAHARANI ...

senang dan simple (pastinya)

cara cara membuatnya :
- rempah MEE REBUS MAHARANI 2 pkt
- mee Ibu ( ni mee yg tak masuk air abu dan pengawet) tahan 1hari je
mee juga dicelur 
- tauge (dicelur )
- telor direbus
- udang, ayam, daging ( ambo guna udang saje) yg ada dlm esbox
- cili api potong . limau nipis ,
- tauhu digoeng terlebih dahulu , kendian dipotong2

bahan bahan ini basuh lah dulu yerr...kendian yg nak dicelur , celurkan

- penyediaan kuah :
rempah MEE REBUS MAHARANI
masukkah dlm periuk ,masukkan sedikit air, agak2 tenggelam rempah
panaskan dgn api kecil , agar rempah ini mencair
tak payah tumis bagai...senang citer...lebur jer...
apabila dah mencair seluruhnya, masukkan air (agak2 dlm 2 mug )
jgn terlalu bnyk ,jika cair tak berapa umphhh...
masakkan hingga menggelegak elok
tak payah tambah apa apa lagi, sbb ianya sudah cukup masam manis dan masin
agak2 dah lama menggelegak masukkan udang @ ayam
jika nak gunakan daging, masuk semasa awalan lagi ( bg elakkan daging liat )

cara cara menghidang :
letak mee
tauge yg dah dicelur
telur rebus yg dah dipotong potong
daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili api potong, tauhu goeng
dan curahkan kuah ke atasnya...agak2 banjir...

alhamdulillah..........siap sudah MEE REBUS MAHARANI anda...
memang berbaloi baloi...
jimat belanja, jimat masa..makan pun sodappp....
dijamin sedapp...

pada yang dah meleleh air liuq tu...
nak cari rempah MEE REBUS  MAHARANI ..
boleh ke sini    DISINI

jumpa lagi
insyaallah 

Thursday, April 22, 2010

pizza mak

dah 2 hari pizza ni dibuat, tapi tenet yang lembab membuatkan kerja upload gambar yang mengancam ni tertangguh.

pizza ni makanan peberet mak,pak dan anak anak.
sempena besday "kakak"..maka aku dengan gagahnya membuatkan 2 biji pizza( hah ambik )...

"sib baik ada kakak, dapat tolong mak.. "

pada yang berminat nak cuba test buat pizza..
sonang ajer.

resipi :
beli tepung pizza kat kedai bakery( sonang kijer)
air+ marjerin+ yis
uli guna "helper" pengdaun kueh atau bread maker

dah tu, bahagi kpd 2 adunan 
roll kan dan letak atas dulang 

cili capsicum
sosej ketam
sosej
mozarella cheese( dipotong @ diracik)

terlebih dahulu @ sehari sebelum siapkan kuahnya(sos)
sos:
tomato puree cap duchess
daging/ayam cincang
oregano
minyak masak @ minyak zaitun
bawang besar 2 ulas
bawang putih 4 ulas
lada hitam


tumis bawang putih + bawang besar (cincang @ blend)
hingga betul2 masak 
masukkan tomato puree 
tambahkan sedikit air ,jangan terlalu banyak,nanti cair
hampir menggelegak , tambahkan daging cincang
tambahkan oregano,lada hitam
masak lah biar betul2 elok likatnya


harap2 anda diluar sana paham ler ehhh..
ambo ni masak cap ayam jer,bukan pakar
tapi ambo memang suka masak,khususnya untuk keluarga ambo


p/s setting blogspot ni lagi mengancam lerr...
tahniah utk blogspot yang telah mengupgradekan !





Wednesday, April 14, 2010

menu ikan pancing


hasil dari pancingan,abang dapat ikan jemuduk...
sstgh orang panggil ikan nyok nyok...
aku masakkan kari....
daun kari tanam senirik....
seronok sunggoh cik abe...berbaloi baloi...








abang dengan hasil pancingannya
berbaloi kali ini abang pegi mancing, bawak ikan banyak betul..

lenkali pada sesiapa yang minat nak pegi memancing, boleh ikut
trip cik abe ku ini...










tkasih Allah pada rezeki yang diberi pada kami sekeluarga
sunggoh banyak nikmat dan rahmat Mu Ya Allah..

Monday, April 6, 2009

me and cuppies

my cuppies












at last...setelah berkurun kurun nak belajar hiasan cuppies.......
seronok tak terkira.....kerana memang aku suka sangat bermain dengan warna...
amat happy........
lepas ni boleh start projek cuppies...
" alhamdulillah, hendak seribu daya.............."
Asal ada kemahuan,banyak benda yang dapat kita lakukan............
belom cuba belom tahu...........dah cuba baru tahu potensi kemahuan diri.



berkat sokongan cik abe,menghantar dan mengambil aku dari kelas.........
sebab nya aku ni kalo bawak kereta ke tempat yang tak biasa, asik sesat..........
tima kasih atas sokongan cik abe dan anak anak..........

terima kasih juga buat sifu Amy dan rakan rakan kelas......aku lah yang paling tua
sekali..........ehhheeee................