Sebelum saya berkongsi gambar masakan serta resepi nya, suka juga saya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat , ibu ibu rumahtangga semua, adab-adab ketika memasak.
tersangat lah afdhal nya ibu-ibu mengetahui dan mengamalkan adab-adab ketika memasak, kerana makanan yang dimasak mengikut adab-adab sunnah, akan melahirkan makanan yang baik untuk jiwa suami dan anak-anak.Juga jika memasak dengan penuh keikhlasan , niat untuk memberi makan pada ahli keluarga dan rakan taulan, insyallah dengan izin Nya, masakan akan sesedap rasa , macam iklan Knorr , sesedap rasa, secukup rasa !
3 adab dan aturan memasak pada hari ini
- Apabila memasak, sebaik nya kita berada dalam keadaan wudhu’.( ada air sembahyang )
*Sekiranya terpaksa memasak sebelum sempat mandi hadas besar, maka seeloknya untuk mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum memasak. - Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak. Pakaian yang tidak keterlaluan.
- Berzikirlah sewaktu sedang dalam mood memasak.( ya allah, ya rahman, ya rahim @ subhanallah @ salawat kepada Nabi ) .cuba elakkan dari bercakap yang tidak penting semasa memasak
Ok, disini saya sharekan dulu , aktiviti memasak saya sepanjang minggu yang lalu.
Masak , makan , masak ..makan...! ( hidup untuk makan ke..? )
resepi akan di share kemudian. insyallah ! jika ingat .
ganache chocolate cake |
marble cake |
roti manis bun |
Kebetulan abang dan kak ipar datang bersama anak anak saudara yang keletah bangat.
Juga ziarah kunjungan dari anak anak sedara yang masih sudi menjengah rumah nan tua ini !
Maka nya aku suka bangat , dengan aktiviti yang mengenyangkan perut ini.
Suka dengan suasana , makanan disediakan sendiri , penat lelah hilang terasa , apabila sang penjamu selera melakar wajah ceria, lelah penat letih pergi segala gundah , gundah dan risau melakar pergi dengan sendiri .
Alhamdulillah , sujud dan syukur ku kepada Mu ya allah, diberi kekuatan dan rezeki lagi untuk ku terus menyumbang usahaku yang kecil ini.
(w/pun ianya tidak mendatangkan kegembiraan pd sstgh orang )
0 comments:
Post a Comment