Selamat Datang Ke Zawiah Diary :)

Salam Ukhuwwah Mahabbah Fillah...

Mutiara Bahasa

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Best Quotes

If success doesn't come to you, you go to it... ~ Marva Collins

Change Faster !

When you do decide to make a change in your life, do it Quickly. Be Excited and you'll change Faster!

Ketenangan Dan Kebahagiaan

“Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Fath, 4).

Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

milikilah naskah ini tafsir Al Quran Pra-kata




Jika kita menganggap penting Al quran, rasanya tidaklah salah saya berkata :
Milikilah buku ini dan pelajarilah besama keluarga
(Ustaz Yusuf Mansur)
Pemimpin Pondok Pesantren Darul quran



Tafsir Quran Per-kata karya yang sangat penting dan bermanfaat untuk menyelami dan memahami
kedalaman samudera makna ayat Al Quran.memperkaya khazanah kosakata Al Quran
serta menggairahkan semangat ber-Iqra.
(Dr (HC) Ary Ginanjar Agustian )
Founder dan master Trainer ESQ Leadership centre


Ini yang saya cari cari . Buku ini sangat membantu bagi saya yang ingin memahami Kitab Suci Al Quran.
Saya merekomendasikan kpd teman teman sbg gift yang sangat bermanfaat.
(Dr Ahmad Riawan amin )
Ketua Asosiasi Bank syariah Indonesia


Buku ini bagus,bisa memudahkan kita untuk belajar dan memahami Al Quran.
Buku ini lengkap ada tafsir, asbabun nuzul dan terjemah, sehingga tidak ada alasan
lagi untuk tidak mempelajari Al Quran.
(Opick Musisi Islam)




p/s ada lagi gambar yg lain,tp terlalu slow nak diupload
tunggu bila dah ok server,akan diuploadkan lagi (insyallah)

Ini ada lah pendapat saya sendiri:
Tafsir Quran per-kata
amat amat membantu saya untuk belajar dan lebih faham lagi maksud al quran.
kerana ianya ditulis dgn setiap patah, bukan setiap barisan.
Insyallah akan lebih cepat faham dan amat senang sekali untuk tidak menolak untuk
mempelajari.
Saya rekomen dari hati ikhlas, belilah hadiahkanlah untuk diri sendiri sempena nak
menyambut bulan Ramdhan tak lama lagi.

 ************

Kini telah hadir TAFSIR QURAN PER-KATA .
Sebuah karya yang memaparkan bukan sekadar terjemahan Al Quran,
tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al Quran.
Dilengkapi juga dengan Asbabun Nuzul sehingga menjadikannya begitu
menarik untuk dibaca.........

Keutamaan Tafsir Quran Per-kata
- tafsir ijmali (global) yg ringkas,bukan sekadar terjemah, tetapi menjelaskan
tafsiran bg setiap patah al Quran.
- merujuk kpd referensu yang mu"tabar (diiktiraf)
-mudah difahami bg pembaca yg tidak faham bahasa arab dan bermaksud
memahami maksud kata perkata dari ayat ayat al quran.
-sangat baik digunakan utk belajar otodidak atau diajarkan di majlis taklim
dan lembaga pendidikan Islam.


Harga yang ditawarkan adalah RM130.00 shj
boleh dihantar melalui pos RM15.00 (poslaju )
pihak pos menerima penghantaran al quran ( sudah ditanya dgn pos)
jika berkehendakkan utk membuat hadiah, sila beritahu kami, tiada caj tambahan
untuk pembalut hadiah.


boleh email zawiahshop@gmail 
atau azlan_za@yahoo.com
atau sms / call 013- 368 7374


DAPATKAN SEKARANG
AL QURAN TAFSIR PER-KATA
ANDA TIDAK AKAN RUGI,MALAH ILMU AKAN BERTAMBAH

-p/s
- boleh juga dibuat hantaran kahwin
- hadiah harijadi
- hadiah diri sendiri
- hadiah kpd mak/ayah



.

Wednesday, July 14, 2010

popia kukus



ari tu ada buat popia kukus...
senang sangat..
beli peket kulit popia kat supermarket...
saya guna jenama seperti diatas..kalau nak guna jenama lain pun ok jugak
cuma mungkin carik lah yang ada add telor..


taruk crab stick...





taruk salad...




taruk carrot yg dipotong panjang panjang...



letak dan susun dalam tuperware...
simpankan dalam peti ais...
nak guna...keluarkan dan kukuslah dalam kukusan...
boleh dimakan bersama cili sos @ sos thai
saya campurkan sos cili thai dengan sedikit daun ketumbar...
sedap.....mcm sos steamboat kat johnys steamboat tu...ehhee...



dan semestinya saya gunakan pengukus yang ini...
steamer elektrik..yang amat menyenangkan sekali.







013- 368 7374

Monday, July 12, 2010

kueh talam dan aku



ni lah kueh talam ambo...
meletup jugok rasanya...
ambo ambik jugok tempahan dan order...
bulih tengok sini ...kalu raso nok ngoder ..


saya ni surirumah sepenuh masa...
kueh talam ni homemade.....
ambo jual kueh talam nih, sebab tengok tak ramai yang menjual
dan meniaga kueh talam...




teringin nak pegi meniaga kat pasar malam...
kalo ikut kata Irfan Khairi...kena ada "niche" dalam perniagaan...
jadi niche ambo kali ni...."TALAM "....


ambo guna pengukus moden..
cepat dan mudah...
tak payah tunggu air menggelegak...
on kan dan air dalam tu terus menggelegak...
masa utk memasak kueh talam..30 minit saja...
samping guna, ambo pun jual jugok pengukus nii...


pengukus ni ambo jual ansuran dan cash
ansuran , bayar abis dulu..barang akan dihantar kemudian
kalo cash....ada sikit diskaun ambo beri...tapi dengan syarat
self collect.



nanti ambo akan bagi free resipi...
dan akan cuba masukkan resipi dan cara cara membuatnya di youtube...
cuba..tak salahkan..?

Saturday, May 22, 2010

mee rebus MAHARANI


ni menu hari jemaat tu..
dah jemu makan nasi...ambo buat menu paling simple..
tapi yang pasti menyelerakan....
mee rebus MAHARANI ...

senang dan simple (pastinya)

cara cara membuatnya :
- rempah MEE REBUS MAHARANI 2 pkt
- mee Ibu ( ni mee yg tak masuk air abu dan pengawet) tahan 1hari je
mee juga dicelur 
- tauge (dicelur )
- telor direbus
- udang, ayam, daging ( ambo guna udang saje) yg ada dlm esbox
- cili api potong . limau nipis ,
- tauhu digoeng terlebih dahulu , kendian dipotong2

bahan bahan ini basuh lah dulu yerr...kendian yg nak dicelur , celurkan

- penyediaan kuah :
rempah MEE REBUS MAHARANI
masukkah dlm periuk ,masukkan sedikit air, agak2 tenggelam rempah
panaskan dgn api kecil , agar rempah ini mencair
tak payah tumis bagai...senang citer...lebur jer...
apabila dah mencair seluruhnya, masukkan air (agak2 dlm 2 mug )
jgn terlalu bnyk ,jika cair tak berapa umphhh...
masakkan hingga menggelegak elok
tak payah tambah apa apa lagi, sbb ianya sudah cukup masam manis dan masin
agak2 dah lama menggelegak masukkan udang @ ayam
jika nak gunakan daging, masuk semasa awalan lagi ( bg elakkan daging liat )

cara cara menghidang :
letak mee
tauge yg dah dicelur
telur rebus yg dah dipotong potong
daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili api potong, tauhu goeng
dan curahkan kuah ke atasnya...agak2 banjir...

alhamdulillah..........siap sudah MEE REBUS MAHARANI anda...
memang berbaloi baloi...
jimat belanja, jimat masa..makan pun sodappp....
dijamin sedapp...

pada yang dah meleleh air liuq tu...
nak cari rempah MEE REBUS  MAHARANI ..
boleh ke sini    DISINI

jumpa lagi
insyaallah 

Tuesday, May 11, 2010

kedai online ambo~ zawiahshop.com



(rajin rajin lah klik ya..)














inilah kedai online ambo..
sila lah jengah..kalau ada yang berkenan boleh email ambo...
ambo mengisi masa yang ada...
walaupun tak banyak barang yang dijual ..

tapi HOT ITEMS kat sini adalah produk Melilea Organik, BSY Noni ..
dulu sabun Mior...sekarang mior dah tak dikeluarkan..tukar kepada Evolle..
pada sesiapa yang berminat nak ber"evolle"...boleh lar...email kan pada 
ambo..cuma gambar nya yang tak dimasukkan..ada sikit kepayahan teknikal...

ambo jugak menjual barang2 DCL...tapi disebabkan semua yang nak membeli tu...menalipon dan mennyakan tempat nok pegi beli sendiri..
jadi ambo pun dengan senang hati btaulah tempatnya...jadi sekarang ni
barangan DCL dijual atas order sahaja...( baru ambik stok)
tapi hot item untuk DCL adalag RGC, amazing, bidadari..
pada keluarga ambo ni RGC tak tinggal..1 sachet setiap pagi mesti....
amazing ni, anak sedara ambo memang tak leh lepas....setiap bulan stok untuk dia 2/3 botol...
kater dia " tak best ler yang lain..yang ceksu jual ni best.." testi hot tuu...
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 *

http://www.zawiahshop.com

Thursday, April 22, 2010

ruang kerja


seronok nya kalau dapat memiliki bilik ruang kerja sebegini...dah lama mimpikan ruang kerja yang bess sebegini..layan jer lah gambar dulu..moga moga impian jadi kenyataan.











(dr google)






ni lagi satu ruang kerja yang menarik hati dan minat ...

nampak gayanya,semua perabot nak kena godek dan cat warna putih..bersih dan sejuk...

Monday, February 9, 2009

ruang kerja ku @ SOHO


Inilah ruang kerja ku dirumah.
Amat selesa dengan ruang yang ditempatkan di ruang menonton tv kat umah.
Berdekatan dengan dapur.
Selamat kenalan untuk semua.

salam kesejahteraan

Assalamualikom dan salam sejahtera ,
Terpesona dengan template blogger yang menawan hati
maka dengan ini saya persembahkan zawiahdiari .

Nukilan dari saya tentang aktiviti harian saya sebagai ibu,isteri
dan sebagai CEO rumahtangga yang perlukan tuntutan pengorbanan
yang tinggi serta kesabaran yang mendalam.

Minat dengan usahawan membuatkan saya mengenali internet dan
berniaga melalui online.
Kenapa berniaga melalui online menjadi pilihan..?
Ini adalah kerana saya ingin menjaga anak anak sendiri,mengajar,
melatih mereka dengan cara saya sendiri disamping berusaha
menambahkan pendapatan keluarga serta ingin memajukan diri
sendiri.

Lagi pun minat meniaga ini sudah sebati dengan diri .
Memandangkan masa kecik dulu ,arwah emak dan ayah meniaga
kecil kecilan di rumah.
Arwah ayah dulu pernah meniaga ayam dan membela ayam sendiri.