Selamat Datang Ke Zawiah Diary :)

Salam Ukhuwwah Mahabbah Fillah...

Mutiara Bahasa

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Best Quotes

If success doesn't come to you, you go to it... ~ Marva Collins

Change Faster !

When you do decide to make a change in your life, do it Quickly. Be Excited and you'll change Faster!

Ketenangan Dan Kebahagiaan

“Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Fath, 4).

Showing posts with label spiritual. Show all posts
Showing posts with label spiritual. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Berkongsi 


Bismillah ...

Sekadar berkongsi .

Aboh 

Saya tahu hari ini saya disini dan menjadi seperti hari ini ( 28/10/2013) adalah kerana doa ayah ibu saya dahulu.
Walau abah dan mama sudah tiada , namun hari ini ...hasilnya mereka dah dapat .
Apa yang mereka ingini  saya jadi..sudah terhidang di depan mata.

Dahulu  arwah  abah selalu berkata , anak aboh ni muallimah .
saya  tak  tahu apa itu yang dia maksudkan. abah selalu berimpian untuk menghantar saya memasuki
sekolah agama ,berbaju labuh litup melitupi aurat .
tapi saya dengan bodohnya ,sentiasa berpakaian yang sebaliknya , tapi abah tak pernah memarahi saya.
tetap aje , arwah abah mengatakan..anak aboh ni muallimah .

kini setelah ketiadaan abah, saya sudah boleh berjubah . ya saya tahu itu adalah doa nya .
kerana kata kata baik dari abah adalah DOA untuk aku anaknya yang degil ini . 
Kini aku sudah berjubah longgar, bertudung labuh . ya IMPIAN arwah abah .


Mama

saya ini dari kecil hinggalah sudah beranak pinak , sentiasa sakit . 
dari sekecik kecik sakit ,hinggalah ke sebesar besar penyakit. ( nauzubillah hi minzalik ) 

mama dan aboh lah peneman saya yang terbaik .
keluar masuk hospital , sudah masak bagi saya .
pelbagai masaalah kesihatan saya hadapi .
yang paling saya ingat, apabila saya di warded , aboh akan meneman saya (walau saya sudah punya suami ), membaca yassin , mengaji disisi katil saya hingga saya betul2 terlena .
abah akan betulkan kain selimut dah tunggu hingga saya terjaga semula. 
begitu lah selalunya . 

saya tahu , sihat dan afiat nya saya hari ini adalah DOA mama dan abah .

tahun terakhir saya warded untuk major operation adalah pada awal tahun 2011 . 
dari situ saya bertanya diri saya , seringnya aku sakit ? mana silapnya aku ? apa kurangnya aku ?
saya mula menekuni persoalan ini .

cikgu terbaik saya ,saya jadikan rujukan ...pakcik GOOGLE !
rupanya saya dapat jawapan, orang yang selalu sakit , mempunyai satu hormon yang tak sihat , iaitu 
acid uric dalam darahnya tinggi .

dan saya menekuni bagaimana asid ini bertapa di dalam diri ...
rupanya saya ini adalah seorang yang pendendam . 
saya perlu buang sifat ini . saya perlu ,untuk saya jadi sihat.

dari sini Allah aturkan dan berikan pengajaran yang baik untuk saya . 

sekarang , saya bukan lagi pendendam . 
saya sudah belajar memaafkan .

bagaimana !?
suatu hari suami saya pulang dari tempat kerjanya .
dia bercerita pada saya . " jika kita tidak maaf pada orang yang buat jahat pada kita , esok bila kita mati , kita akan berdepan dengan orang itu :...."

mana mungkin saya nak berjumpa lagi di akhirat esok...dari situ lah timbul kekuatan saya untuk memaafkan semua orang .

Belajar lah untuk memaafkan , kerana dengan memaafkan hati kita lapang ,tenang, hidup dipermudahkan , rezeki juga mencurah curah datangnya . 
wajah pun akan sentiasa tampak muda dan ceria .
Ya..saya sudah rasainya ! 



al Fatihah untuk
 Mama ( zainab bt daud ) dan aboh ( Mohd Daud bin Salleh )


Al fatihah saya hadiahkan untuk rakan ,sahabat , saudara mara, adik beradik , para ilmuwan yang mengangkat martabat agama Islam.



Friday, August 30, 2013

Uban di kepala .



Uban di kepala memberi tanda ,memberi peringatan...Allah sayangkan kita. Jelas
sekali, masa semakin hampir . Ia datang bersama fizikal yang makin lemah .



Biarlah ia begitu, memberi kita peringatan yang jelas dan jitu . Usah ditutup dengan warna rambut. Kerana dengan uban yang cantik bersinar ini , membuatkan aku ini sadar diri ....masa sudah tidak banyak, masa sudah tidak lama ....cuma aku berharap , umurku yang sedikit ini dapat dimanfaatkan sebanyak banyaknya untuk umat sekitar . 

Allah ...allah ..betapa kolotnya pemikiran aku ini......tapi aku suka dengan cara hidup yang begini .


Allah
Kami hanya memohon keampunanMu Allah

Monday, August 19, 2013

Timbul tenggelam ....

Semenjak ada fb ni, suka kami melepak disana
update status disana, cari info disana ....betapa hebat penangan fb...

Tapi alangkah baik dan bagusnya jika dapat terus terusan menulis di blog, kerana dengan menulis di
blog ia nya seakan mengajar kita lebih mengatur susun atur ayat.
Suatu masa nanti ianya dapat dijadikan rujukan berguna juga .


-----------

Tahun 2012 ...merupakan tahun ujian..tapi kami tidak merasa ianya satu kesusahan pun untuk kami.
meskipun terpaksa berulang alik dari KL - KB (kelantan ) 2 minggu sekali. Tidak pernah rasa susah .
Syukur ...sujud syukur dengan Rahmat Allah ......kesedihan
 ,kesusahan kekurangan itu di berikan dengan rasa selesa dan bahagia . Diberikan dengan rasa kecukupan..............aku yaqin ....ajaran Allah padaku waktu itu amat berkesan sekali.....

Kerana dengan itu juga , aku jadi pengadu setia kepada Allah , mengadu siang dan malam ..alloh betapa manis nya ujian Mu ...itulah Rahmat disebali Ujian ....
Dalam ujian ini...aku diajar untuk terus bersujud , berdoa ,berserah padaMu.......tak dapat digambarkan betapa manisnya hidup ini ............

Dalam ujian ada Rahmat...bersangka baiklah dengan Allah .........
Baru aku faham, baru aku sedar....

.

Tuesday, June 18, 2013

Hidup bermula # 1

Beberapa lama hamba menyepi diri dari mencoret apa apa disini. Bukan tiada....terlalu banyaaakkk.....

Bermula perjalanan hidup....walaupun sudah berumur hampir ke usia 50 an...tapi perjalanan hidup
baru bermula di kala ini.

Allah mengajari ku sesuatu......dari sini, sini dan seterusnya......baru ku mengerti .....ajaran ,ujian adalah sentuhan kasih sayang Allah buat diri yang lalai agar tidak terus lalai....Allah memanggilku balik padaNya dengan kisah ini .

.......


Abah.

Aboh adalah idola ku. Walaupun dia tidak sehebat Dr Mahathir ,George Bush dll ..... tapi bagiku Aboh hebat.
Tahun 2002 merubah segalanya, sedang kami bersedia untuk menyambut Ramadhan, aku dikejutkan dengan panggilan dari mama....mengatakan Aboh sakit.( aku dapat rasakan ianya serius, kerana mama menangis ).

Tanpa lengah, malam itu juga selepas selesai berbuka, kami bertolak balik kampung.
Jiwaku sudah disana ......inilah yang di panggil pertalian erat di jiwa.
Allah hilangkan rasa penat, letih,lapar,mengantuk.......

Sekarang baru ku tahu.( 2009)....selepas mengingati ajaran Pak guru.....apa itu jiwa di depan.......
Yang pastinya......jiwa lah yang perlu dirawat lebih dari pada fizikal.
..
Astaghfirullah...maafkan hambaMu ini, lalai dari pada mensyukuri nikmatMu.

Saturday, June 30, 2012




Kami mengalu alukan sumbangan dari tuan/puan untuk menjayakan projek amal kami ini .

Bantuan dan sumbangan dari tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Allah lah membalas segala galanya.

Jika ada pertanyaan boleh lah emailkan kepada saya di azlan_za@yahoo.com .

Wednesday, June 13, 2012

NLP teknik : pakai lah getah ditangan anda ( getah bungkus nasi tu ) ..jika rasa ingin mengumpat, rasa ingin riak, ( perasaan yg tak baik ) tarik getah tu biar rasa sakit .

Cubalah..insyallah jika kita ada niat untuk menuju ke arah kebaikan, pasti di permudahkanNya.


mujahadah itu pahit, namun buahnya amat manis sekali.

ini saya ada kongsikan di wall fb saya .(zawiah mohd daud)

Wednesday, May 30, 2012

Definasi kejayaan #1

Dua tahun kebelakangan ini definasi kejayaan bagi saya sudah berubah , saya menghitung kejayaan dengan mengira bagaimana cara untuk saya cinta dan khusyuk kepada Allah.
Menghitung dan mengira untuk terus memberi .....menjadi tangan yang diatas!

Saya menghitung untuk berjaya mengeluarkan dunia dari hati saya , kerana saya tahu dan ingat dengan pesan pak guru , janganlah digenggam dunia . Walaupun begitu , dunia adalah alat untuk kamu menuju akhirat.
Saya menghitung untuk terus istiqomah dan iklas. Bukan dengan berkata kata , tetapi dengan "qolbu".

Sesungguhnya ia adalah amat manis dan lazat sekali .
Benarlah rupanya mujahadah itu pahit, namun kesannya manis....

catatanku
9.20 malam
29.05.2012






Saturday, February 18, 2012

 

Sempena bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw . marilah sama sama kita memperbanyakkan salawat kepada baginda nabi saw . 

Sama sama lah kita istiqamah .

Sabda baginda Nabi " barangsiapa yang tidak mengasihi ku , melbihi kasih nya ibu ayah , maka 

tidak akan lengkap iman seseorang itu "

 ---------

42 Kelebihan Selawat ke atas Nabi s.a.w

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata " Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar"
1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersemaan dngn selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut "alhamdulillahirabbil'alamin" di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan ynag paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
petikan dari Pondok Pasir Tumboh Kelantan

Thursday, May 26, 2011

nikmat ALLAH

"katakan lah sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat kalimat tuhanku , sungguh habislah laut lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat kalimat tuhan ku  meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula "

al kahfi 109



Bisikan  syaitan  menghantui diri.
Engkau sudah bersolat dhuha, engkau sudah solat taubat....engkau sudah solat hajat....
tapi mana janji Tuhan Mu...ya allah.....aku dibisikkan syaitan.
Ya allah...maafkan aku...aku sujud pada Mu ya allah....sesungguhnya rahmat Mu amat banyak sekali buatku.

Aku masih kekurangan amalku untuk Mu ya allah...aku perlu pertingkatkan lagi amalku.

"sesungguhnya allah berkuasa ke atas segala sesuatu "

kita sering kagum dengan kepintaran , kekayaan seseorang .
Kita takjub akan indahnya karya dan canggihnya ilmu teknologi yang dicipta manusia.

Sesungguhnya ilmu ALLAH  lebih jauh melampaui semua itu .



.....................

dia merasakn dia sudah cukup kaya , sehingga dia  sentiasa melekehkan kami.
dia tidak menepati janjinya pada kami.

mendengar berita yang dikhabarkan suami tengahari semalam , membuatkan dada ini bergelegak
dengan nafsu amarah .
aku tahu , sesungguhnya nafsu amarah itu adalah hasutan syaitan semata mata.

astaghfirullah..astaghfirullah....aku memohon kekuatan mu

namun masih lagi teringat ingat , terbayang bayang wajah nya, terngiang ngiang lagi suara hinanya.
melekehkan kami .
mentertawakan kami , mengatakan kami .

Oh adakah kamu punya tuhan...tak mengapa...aku ada allah...allah membantu ku
itu sahaja penyejuk hati ku. walau hati ini masih berkecamuk duka dan amarah yang mendalam.

ya allah aku mohon hidayah mu....
sesungguhnya ayat ayatmu adalah penguat bagiku.

tidak dapat aku melelapkan mata pada malamnya. hasutan syaitan menjelma lagi.

ya allah...bangkit..bangkit..bangkit...solat lah kamu wahai hambaku..AKU  ada ...

ya allah, sesungguhnya hidayah mu datang .

aku sujud padamu ,mengadu ,merintih , merayu, memohon dan meminta padamu bahawa
engkau lah yang maha pemberi balasan.

ya allah....aku sudah punya jawapan nya...allah sudah berikan jawapannya ..
ya allah..tanpa ku sadari....hati ini tenang setenangnya......seperti apa ...seperti tiada nya berita itu
di pundak ku ini.
tiada lagi keresahan , tiada lagi amarah...ya allah...hati ku gembira , syukur ....

ENGKAU  telah temukan jawabannya padaku!


lalu allah berkata AKU adalah Tuhan Mu..sujudlah pada Ku, AKU adalah penyelesai segala 
masalaalh MU.



 nota : ujian : - bagaimana mahu sentiasa hampir, tunduk dan patuh kepadaNya.


Monday, May 16, 2011

abah

16/05/11

hari ini hati saya sungguh sayu.
sayu ,merindui arwah abah, saya rindukan abah.
saya rindukan  senyumnya,  hanggukan nya  tika  membaca  akhbar , rindu dia berpelikat takat betis ,
dan rindu serindu rindunya.
di  pagi  ini , sudah saya titipkan  al fatihah buat abah.

  "ya allah, ampunilah dosa abah masukkan abah dalam syurgaMu ya allah
   lapangkanlah kubur abah, rahmati lah abah "

"assalamualikum "

cik abe menelefon ," angan kita musnah, allah belum mengizinkan kita ."

ya allah, aku redho ya allah, aku redho.


"ada sekeping lagi tu dalam kuali, abang dah panaskan "

berteleku seketika aku di meja makan bersama segelas milo dan sekeping roti canai yang abang tinggalkan
pagi tadi .
                                                                                                                                                                     oh tuhan , kami mohon keampunan mu ya allah, kami leka dalam angan kami, sedang engkau mengetahui apa yang terbaik buat kami. aku redho ,aku redho.

berfikir fikir bagaimana reaksi abang, ya allah, abang agaknya sudah mendamaikan dirinya dengan perkahabaran diluar jangkaan kami.
kami redho ya allah. damai dan tenang dihati aku tika ini.

ujar guru ku " berkomunikasi lah dengan allah , allah maha mendengar. allah akan hantarkan jawabanya
kepada kita hambanya "
solat dhuha , mohon rejeki
solat tahajjud , mohon niat dan masaalah
solat taubat , mohon keampunan

permulaanya saya agak bingung memikirkan .bagaimana jawaban dari allah itu.
saya cukup bingung, alangkah dungunya saya.


apabila  berfikir  dan  mendapat  ilham  dari  pembacaan  dan  dari  pencerahan  guru dengan bersungguh sungguh.
saya  faham , bahawa yang  jawaban itu  adalah  satu ketenangan yang tak terungkapkan  , satu penutup kepada  masaalah  tanpa kita  berserabut  memikirkannya.   itulah sebenarnya jawaban allah. dan  masaalah itu akan berlalu begitu sahaja,   Allah menyelesaikannya!

Lalu allah mengajarkan kita supaya berserah kepadanya 100% total !
“Dekati Allah ketika senang dan susah,” insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat!



                       bukan kah AKU  lebih berkuasa atas segala kuasa?

Monday, April 11, 2011

Mengadap yang Maha Agung

Wahh,dapat undangan makan malam di hotel 5 star ni..
Suka nya hati.
Baju apa nanti harus dipakai..? Tudung.mesti maunya yang hebat hebat belaka.

Di panggil mengadap Raja ..owh,sultan memnaggilku mengadap.
Patut dipakai pelbagai kebesaran di baju.
Kasut lagi...
Risau takut tak memenuhi kriteria ...begitulah kita kira Adanya jemputan khas
Lagi ber'gah'

Masa , Tarikh perlu tepat, mana boleh lewat...nanti di senarai hitam nama
Kita nanti...

Namun apakah persediaan kita untuk menghadap Allah, Tuhan kita.?
Laungan allahuakbar, allahuakbar kadang2 dibiar begitulah saja..
Pakaian pun ala kadar.
Kita bersolat Tanpa kita sedar bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah...
Sehari semalam kita dipanggil 5 Kali sehari mengadap Raja kita, Tuhan kita..


Sadarilah bahawa kit a punya Raja yang maha hebat.
Segala permintaan kita dikabulkan.
Segala kesedihan ,kekusutan kita pasti dileraikanNya..pasti!


Sediakanlah diri kita sentiasa bahawa kita datang kepada Allah setiap masa.
Solat lah kita bersama jiwa,berhadapan dengan Yang Maha Agung .
Sesungguhnya jika kit a ingat bahawa setiap solat itu kita adalah berhadapan di
Depan Allah ,Tuhan kita.
Pasti pabila tatkala kita bersolat kita bersantun di depan Tuhan kita, membaca
Ayat ayat dengan lafaz yang teratur .
Bahawa ayat ayat dal am lafaz solat kita adalah merupakan doa Dan permintaan kit a
Hambanya untuk Tuhan nya.

sungguh indah Dan tenang jika kita berada sentiasa dal am ihsan.




From I pad

Friday, April 1, 2011

Hanya Allah saja

Jangan mengharap yang lain selain Aku
Jangan meminta minta sealing dare Aku

Jelas disini, kit a hanya disuruh Berharap hanya pad a Allah,
Tapi kita sbg Manusia sering alpa,lalai

Marilah kita terus berdoa agar dijaga hati kit a jangan syirik
Kepada Nya.

Monday, March 7, 2011

Allah ajarkan sesuatu

Disaat aku meminta untuk melupakan ' sesuatu'..di Saat itu juga Allah ajarkan aku
Sesuatu ..
Maafkan aku ya allah...terimakasih ya allah...'membuka' kan jiwa ini Bahawa tidak semstinya
Kita sentiasa benar dal am setiap Hal yang berlaku.

Ketika kita berdoa sesuatu hajat,rasa tersiksa bilakah Allah Akan perkenankan do a kita itu.?
Tertanya tanya Dan ternanti nanti....sebenarnya Allah bertujuan / memproses semua doa kita, dengan menggerakkan alam ini Dan makhluk yang terlibat dlm doa kita...

Jika kita faham aturan Allah, seperti doa kita Dalam al fatihah
' al ham dulillah hi RAB bil ALAM in'
RAB - yang maha Luas tak terbatas
Alam ,- alam ini semesta ini
Maka kita Akan faham, bahawa allah mengabulkan doa tidak semestinya seperti apa yang kita minta, kadang Allah berikan kefahaman di situ...maknanya Dari doa tadi terbit ilham bahawa 'sesuatu' itu dengan cara yang itu..

Seperti doa saya yg tadinya ingin melupakan 'sesuatu,'....tapi allah tidak hilangkan sesuatu itu, tapi Allah ajarkan agar saya lebih fathom tentang sesuatu ....bahawasanya saya juga Ada salah Dan silapnya...mana bisa dilupakan terus..sedangkan ianya berkait rapat dgn kami.
Terima kasih Allah..Allah sudah makbulkan doa ku...aku diberi kefahaman tentang ini...maafkan aku ya Allah....

Semoga kami bisa diberi lebih kefahaman dal am meningkat iman Dan Khusyuk kami


From I pad

Monday, February 28, 2011

Allah ajar sabar

Semua orang mengatakan sabar apabila kit a tertimpa musibah atau menghadapi masaalah kesihatan juga masaalah lain.
Tetapi bagaimana kah untuk sabar itu.?

Kita tidak bisa sabar ..mana mungkin kit a dapat sabar....
Kit a perlu meminta kesabaran itu dari Allah..Allah yang Akan memberikan ilham kesabaran dal am jiwa kit a.

Ya Allah,ajarkan aku untuk sabar
Ya Allah , berikan aku kesabaran yang berterusan, ya Allah
Nah..inilah yang sepatutnya kit a ungkapkan....bukan menerobos kesabaran..kit a perlu meminta keizinan Allah...
Allah yang mama pemberi..

Semuga kit a diberi kefahaman yang lebih serta diberi khusyuk (ihsan).
Kerana dengan menyedari setiap detik kita adalah digerakkan oleh Dzat yang mama kuasa.

From I pad

Friday, February 25, 2011

solat dan sains

Sunday, February 20, 2011

ikut Allah sahaja

Penagih dadah ,mereka tahu dadah itu merbahaya
tapi mereka isap juga..ambik juga dadah
kenapa..? kerana tarikan seronok dan sedap , mereka langsung lupakan
larangan ..dan melupakan kedukaan yang berlarutan.


Penghisap rokok..mereka tahu , rokok membahayakan, penyebab segala penyakit bukan
pada diri mereka sahaja bahkan pada keluarga dan rakan serta penghidu asap rokok.
Tapi mereka masih tidak mempedulikan  . kerana jika merokok mereka boleh dapat
kawan , lagi pun mereka akan dilihat gentleman dan asap yang berkepul kepul itu menyeronokkan mereka. 
Merana ..arghh..tolak tepi..keseronokan didulukan..


Tanyalah pada penzina yang ditangkap khalwat...kenapa menyembunyikan diri tatkala ditangkap..tertangkap..
sampai sanggup lari dan sembunyi diatas bumbung ...
Mereka tahu zina haram..mereka tahu Allah melaknat zina..tapi dek kerana perasaan bahagia dipuja, dibahagiakan, tiada yang lebih bahagia kata mereka..mereka terus terbuai dibuai mimpi yang hina.


Peringatan  ayat Allah untuk kita, "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu.
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216

Seperti juga sang pengidap kencing manis dan orang yang berpenyakit darah tingi dll ..
ada larangan larangan yang dibolehkan untuk mereka mengambil makanan diet untuk mereka...
tetapi kerana kedegilan sendiri ....terus tidak endahkan diet mereka..akibat nya sendiri tanggung, 
keluarga yang mesti menempuhnya...habis nak salahkan siapa..


Jom kita ingat peringatan Allah untuk kita...ikut cakap Allah sahaja....
diri kita terdiri dari ruh,nafsu dan jasad....jadi biarkan nafsu menderita , agar kita dapat berjumpa Allah dengan bahagia .

Saturday, February 19, 2011

jangan kamu meminta selain dari AKU



kata Allah ,janganlah kamu meminta minta selain dari Aku
tapi kita manusia, semestinya dan selalunya lupa,lalai ,lagho
kalau susah, sering meminta pertolongan dengan manusia sahabat, kawan, adik beradik
kita lupa yang memakbulkan dan yang menggerakkan adalah Allah
DIA yang maha berkuasa
DIA yang maha menggerakkan

sering mendakwa ,apabila sesuatu usaha itu berjaya mengatakan
bahawa akulah yang berusaha , bukan ALLAH..ya allah janganlah kami dimasukkan
dalam golongan orang sebegini

Ya Allah, maafkan kami ya allah
berilah petunjuk kepada kami agar sentiasa ingat kepadaMu
jangan hanya berkata kata dibibir sahaja ,bahawa aku punya ALLAH

Monday, February 7, 2011

airmata Rasulullah

 sumber : copy paste dari mirfano.com
******

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam”, kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”, tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
“Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”, tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.”
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”
“peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii,ummatii, ummatiii? ” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mu lia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
 
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk
mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan
Rasulnya mencintai kita.