Sunday, February 20, 2011

ikut Allah sahaja

Penagih dadah ,mereka tahu dadah itu merbahaya
tapi mereka isap juga..ambik juga dadah
kenapa..? kerana tarikan seronok dan sedap , mereka langsung lupakan
larangan ..dan melupakan kedukaan yang berlarutan.


Penghisap rokok..mereka tahu , rokok membahayakan, penyebab segala penyakit bukan
pada diri mereka sahaja bahkan pada keluarga dan rakan serta penghidu asap rokok.
Tapi mereka masih tidak mempedulikan  . kerana jika merokok mereka boleh dapat
kawan , lagi pun mereka akan dilihat gentleman dan asap yang berkepul kepul itu menyeronokkan mereka. 
Merana ..arghh..tolak tepi..keseronokan didulukan..


Tanyalah pada penzina yang ditangkap khalwat...kenapa menyembunyikan diri tatkala ditangkap..tertangkap..
sampai sanggup lari dan sembunyi diatas bumbung ...
Mereka tahu zina haram..mereka tahu Allah melaknat zina..tapi dek kerana perasaan bahagia dipuja, dibahagiakan, tiada yang lebih bahagia kata mereka..mereka terus terbuai dibuai mimpi yang hina.


Peringatan  ayat Allah untuk kita, "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu.
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216

Seperti juga sang pengidap kencing manis dan orang yang berpenyakit darah tingi dll ..
ada larangan larangan yang dibolehkan untuk mereka mengambil makanan diet untuk mereka...
tetapi kerana kedegilan sendiri ....terus tidak endahkan diet mereka..akibat nya sendiri tanggung, 
keluarga yang mesti menempuhnya...habis nak salahkan siapa..


Jom kita ingat peringatan Allah untuk kita...ikut cakap Allah sahaja....
diri kita terdiri dari ruh,nafsu dan jasad....jadi biarkan nafsu menderita , agar kita dapat berjumpa Allah dengan bahagia .

0 comments:

Post a Comment