Selamat Datang Ke Zawiah Diary :)

Salam Ukhuwwah Mahabbah Fillah...

Mutiara Bahasa

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Best Quotes

If success doesn't come to you, you go to it... ~ Marva Collins

Change Faster !

When you do decide to make a change in your life, do it Quickly. Be Excited and you'll change Faster!

Ketenangan Dan Kebahagiaan

“Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Fath, 4).

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Monday, April 14, 2014

#1

Photo

Thursday, March 6, 2014

Cerita Arnab dan Kura kura .




http://1001kisah.blogspot.com/2010/11/perlumbaan-sang-anab-dan-sang-kura-kura.html



Pengajaran disini :-

Perlahan dan konsisten akan bawa ke mercu kejayaan.
Dalam apa jua bidang dalam kehidupan kita , kita sentiasa perlu istiqamah .



Monday, September 2, 2013

Kami dari Geng Mesin Jahit
Memohon bantuan dari anda yang prihatin !

Saya adalah salah seorang penerima / tempat collection centre. 

Berminat boleh berhubung terus dengan saya
Zawiah Mohd Daud 

013-3687374 



-------------------


Assalamualaikum....


September telah bermula!! Bantu kami mengumpulkan 1000 sarung bantal dalam September 1000 Pillowcases Drive. Sarung bantal ini akan dihadiahkan kepada kanak-kanak perpenyakit kanser dan penyakit kronik yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital seluruh Malaysia. Bantu kami membawa senyuman dan keceriaan kepada mereka!!!!

Para dermawan boleh membantu kami dengan cara:-

1. Menjahit sendiri sarung bantal
2. Membeli fabrik dan menghantar kepada kami untuk dijahit
3. Mendermakan wang ringgit untuk kami membeli fabrik dan menjahit sarung bantal.

Ketetapan adalah seperti dibawah:

Material: 100% cotton lembut berwarna dan bercorak ceria sesuai untuk kanak-kanak.

Ukuran: 29 x 19 inchi.

Untuk sumbangan fabrik: 100% cotton lembut berwarna dan bercorak ceria sesuai untuk kanak-kanak. Berukuran sekurang-kurangnya 1 meter bagi setiap corak.

Sumbangan wang ringgit:

Bank in ke akaun Maybank Geng Mesin Jahit Selangor - 569954054394
atau cek diatas nama Persatuan Geng Mesin Jahit Selangor

Mohon maklumkan ke email: gmjclub@yahoo.com

Hantarkan sarung bantal/fabrik ke:-

1. Zawiah Mohd Daud - No. 51, Jalan 12, Taman Dato Senu, Sentul, 51000 Kuala Lumpur.HP: 013-3687374


2. Rozi Abdul Rahman - No 21, Jalan P9B 1/15, Presint 9, 62250 Putrajaya. Wilayah Persekutuan Putrajaya. HP: 012-2038117


Kami akan mewujudkan pusat Koordinator bagi setiap negeri. Sila lawati page KSK dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.

PERHATIAN:

Pesakit kanser mempunyai immuniti yang rendah dan kulit mereka mungkin sangat sensitif jadi perlu diingatkan supaya anda semua TIDAK menggunakan fabrik campuran polyester.

Sarung bantal akan diberikan kepada pesakit kanak-kanak jadi pihak kami memohon agar corak dan warna yang digunakan adalah sesuai dengan kanak-kanak.

Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami.

Salam sayang

Admin
KSK

Wednesday, May 4, 2011

petikan syurgadunia mengenai MLM

Saya terjumpa kata-kata hikmah ini disebuah blog yang mempromosikan MLM

“I would rather earn 1% of 100 people’s efforts than 100% of my own efforts” – John Paul Getty (American Billionaire).

Cinta itu buta dan sains membuktikannya... baik cintakan manusia ataupun cintakan harta. Manusia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta itu baik dari manusia ataupun harta dan tidak mampu melihat keburukan akibat dari perbuatan mereka itu.

"I would rather earn 1% of people effeort than my own 100% effort"...

Itu kata mat saleh, apa pula kata Al Quran?

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Surah Al Najm 53:39

Nampaknya Al Quran kata "I would rather earn from my own 100% effort..."

Mengambil hak insan lain walaupun hanya 1% pada pendapat saya tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang manusia, kerana apa? Kerana kita menghambakan orang lain baik dengan kerelaan mereka sendiri ataupun tidak, sedangkan manusia itu sepatutnya hanya menghambakan diri kepada Allah SW sahaja.

Tiada bezanya dengan mengambil dan memberi riba' yang mana kita makan hasil usaha orang lain. MLM ciptaan barat yang memberi ilusi bahawa kekayaan boleh datang dari SISTEM dan bukan memberi nilai sebenar kepada manusia (barang keluaran MLM juga rata-rata agak mahal dari yang dijual secara langsung dikedai-kedai), sama juga dengan manusia terpedaya dengan sistem riba' (terutamanya dari sistem perbankan yang juga ciptaan barat) yang mana dapat menikmati nikmat dunia walaupun diri diperhambakan dan sistem ini jugalah yang membuat golongan yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Harap ulasan pendek ini dapat menjelaskan mengapa saya menolak MLM sebagai punca rezeki didalam banyak artikel tulisan saya.

Itu pendapat saya, apa pula pendapat rakan-rakan semua?
 
terima kasih kepada saudara Helmis 

Friday, February 25, 2011

solat dan sains

Friday, January 28, 2011

mohon sebarkan

Ini saya copypaste dari blog melurjelita 

PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi Putih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828
Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong..keprihatinan anda amat dihargai :) ni berita benar..sila sebarkan.. to be specific bukan kat puchong.. tp kat saujana impian kajang.


latest update:  polis dah dpt tangkap penculik td tp budak tu dah kena jual… cepatkan. ish.. kesiannya. jom doakan budak tu kembali pada keluargnya secepat mungkin…amin

Wednesday, January 26, 2011

Aung San Suu Kyi - wanita cekal


Bunga Perjuangan

Aung San Suu Kyi tidak akan dibenarkan untuk berdiri untuk pilihanraya di Myanmar yang dikuasai tentera kerana dia pernah berkahwin dengan orang asing draft perlembagaan yang dicadangkan mengatakan.

Ms Aung San Suu Kyi, pemimpin pro-demokrasi yang ditahan junta paling lawan tangguh, adalah dilarang daripada kerusi presiden dan dia akan tidak memenuhi syarat bahkan untuk kerusi parlimen, dokumen-dokumen menunjukkan.

Suu Kyi, 62, berkahwin dengan Inggeris Michael Aris akademik dari 1972 hingga kematiannya pada tahun 1999, dan dengan demikian berhak untuk memegang pasport Inggeris. Oleh kerana itu, ditahan pemenang Nobel dan pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi tidak akan dibenarkan untuk berdiri untuk pilihanraya di Myanmar yang dikuasai tentera kerana dia pernah berkahwin dengan orang asing draft perlembagaan yang dicadangkan mengatakan.

Satu salinan piagam draft menegaskan bahawa "orang yang berhak atas hak-hak dan keistimewaan dari kerajaan asing atau warga negara asing" tidak boleh mencalonkan diri untuk jawatan.

 Junta yang berkuasa merancang untuk membawa perlembagaan untuk referendum pada bulan Mei, sebagai antisipasi pemilihan dijadualkan untuk tahun 2010. Masyarakat setakat ini tidak mempunyai peluang untuk mengkaji rancangan akhir, dan beberapa salinan bocor dari dokumen 194-laman adalah versi hanya tersedia.

Oleh draft bocor, dengan jelas menunjukkan bahawa sementara perlembagaan akan membentuk kerajaan awam dan memberikan hak-hak sivil kepada masyarakat, itu dibumbui dengan peringatan yang membolehkan tentera untuk dengan mudah menegaskan kembali kawalan langsung pada kepentingan keselamatan negara.

Keadaan kecemasan dapat dinyatakan tidak hanya untuk pemberontakan pertempuran, tetapi untuk memerangi ancaman 'disintegrasi perpaduan nasional'. Pihak tentera akan menerima kekebalan dari tuntutan atas tindakan yang diambil di bawah pemerintahan kecemasan.

undang-undang keselamatan yang ada digunakan untuk pembangkang penjara politik dan menekan perbezaan pendapat akan tetap berlaku, dan pihak-pihak akan diperlukan untuk berlatih disiplin.

Sementara itu adalah belajar bahawa kuasa Penjara di penjara Insein dilaporkan cuba meyakinkan banduan untuk menyokong referendum nasional pada bulan Mei dalam pertukaran untuk keluaran awal.

 Tetapi di bawah undang-undang referendum diperkenalkan pada bulan Februari tahun ini, orang menjalani hukuman penjara untuk kesalahan apapun tidak berhak untuk memilih sementara mereka ditahan.

 Di sisi lain, para pemimpin pembangkang Burma mendesak yang hidup di Birma untuk tegas memberikan suara 'Tidak' dalam referendum yang akan datang.
 "Kami mendesak orang-orang dari semua lapisan masyarakat, bangsa etnik dan organisasi mereka untuk pergi ke TPS tanpa gagal dan untuk tegas memberikan suara 'Tidak'" 

sumber :- Tribune Asia -



Aung San Suu Kyi :

Kecekalan tokoh wanita pejuang demokrasi Burma ini haruskan dijadikan pelajaran dan pengajaran buat buat kita.Pembebasannya kali ini merupakan satu mesej penting pada dunia tentang kebebasan, keamanan dan demokrasi.

Perjuangannya berhadapan dengan pemerintahan tentera junta Myanmar mewarnai liku-liku perjalanan hidup yang amat sukar, hampir dua dekad dalam tahanan tidak membuatkan semangat beliau luntur walaupun sedikit untuk terus hidup dalam perjuangannya membebaskan Myanmar dari kemelut dan jurang yang jauh dengan kebebasan dan demokrasi.

Tanpa diberikan sebarang nikmat kebebasan untuk menikmati pembelaan dari pihak pemerintah,  saya kira beliau merupakan seorang tokoh pemimpin yang cukup kuat dalam menempuh perjuangan dalam menuntut hak-hak kebebasan dan demokrasi di Myanmar.
Dua dekad merupakan satu tempoh masa yang cukup lama untuk beliau lebih tekad dan berani bersama-sama penyokongnya membebaskan bumi Myanmar ke arah Negara yang lebih aman dan telus.

Kini, dunia sudah boleh mendengar langkah tapak perjuangannya.
Suara kebebasan dan demokrasi akan dipelajari oleh kita.

dipetik dari :Lutfi Hafifi.com

Thursday, January 20, 2011

salat - solat - sembahyang







semoga dapat memberi manfaat buat semua
Solat  adalah salah satu cara terapi yang paling terbaik dalam Islam
di dalam solat lengkap segala pergerakan fizikal
dari berdiri (qiam ), rukuk , sujud dan tahiyat.

Cubalah perbaiki solat , kerana sesungguhnya dengan solat yang teratur dan sempurna
kita dapat menghindari segala perbuatan mungkar , juga jika dikira dari sudu fizikal ,
kesihatan akan jadi bertambah baik . 

Tuesday, January 4, 2011

isu minyak masak pula

sambutan tahun baru digegarkan dengan kenaikan harga minyak masak pulak ke?

minyak petrol naik ,gula naik ..semua naik 
tarif elektrik naik ..!
naik ..naik dan akan naik ...
 
heboh orang bercerita sana sini..
kami belum lagi serbey....
nanti agaknya berapa se botol besar utk 5kg ?

Siapa yang tamak ? 

Thursday, December 23, 2010

PMR + Nur Syamim

Seramai 30,863 daripada 439,456 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding tahun lalu.

Keputusan PMR keseluruhan itu diumumkan Kementerian Pelajaran sebentar tadi.

Sumber : Bharian


                                      *********************************** 




Alhamdulillah ..terima kasih Allah
8A berada dalam genggaman Nur Syamim
kami mampu mengucap terima kasih Allah dan sujud syukur pada Mu Ya Allah
sadar : dengan izin Allah jua
Airmata  gembira dan syukur yang mengiringi kejayaan mu.
TAHNIAH  buat  anakandaku sayang.
" this is not the end of your struggle "...keep on going
perjalanan mu masih jauh sayang ..!





SMKBBS 
Sekolah Bandar Baru, Sentul
Pencapaian 8A = 14 orang ( ujar pengetua ada peningkatan )
Terima kasih cikgu cikgu dan tenaga pengajar yg bertungkus lumus memberi ilmu untuk anak anak kami.

  
Barisan yang mendapat 8A , dipanggil ke pentas .



dah ambil result , baru lah perut terasa lapar.
ok lah, mak belanja makan KFC.


nota kaki :
terima kasih dari kakak untuk mak2 sedara dan pak2 sedaranya, sepupu2 nya yg banyak memberi dorongan untuk nya. ( ikhlas dari hati kami )

Tuesday, December 21, 2010

terapi solat 2

sampaikan walau satu ayat....






pengalaman sendiri.

Lebih mudah disampaikan ,lebih mudah dijelaskan.
pengalaman sendiri, persepsi berbeza.



Setelah hampir 3 bulan menghadiri KSK (solat khusyuk ) dan diajarkan pada anak anak
dan suami , aku sudah yaqin , bahawa yang terbaik untuk segala ubat hati dan jiwa adalah SOLAT yang khusyuk.
Setiap hari aku punyai pengalaman baru , masih banyak yang aku tak tahu...


Bak kata Pak Abu , untung nya diujud neraka dan syurga.
Berlumba lumba berlari memasuki ruang syurga....kita solat untuk masuk syurga..?
Benar , itu yang diajari kepada kita.
Tanpa mengetahui asal kejadian nya.
Kita solat untuk apa ?
Untuk siapa ?
Kenapa solat..?
Lelah kala solat..?
Cepat2 mahu habiskan solat....1..2...4 rakaat...selesai...


Terima kasih Allah , aku faham !
Wahyu dari Mu , memimpin ku ke jalan yang lurus aku harapkan.


Kita perlu berhubung terus dengan Allah ..itulah solat .
Dalam solat, sudah terujud segala bentuk komunikasi (doa dan mohon ) sama ada dalam rukuk, sujud, iftitah, Allahu Akbar  ....segala pergerakan dan petuturan adalah komunikasi dengan Allah.






nota kaki : aku faham !





 

Birthday Sanim @ Janda baik

Pandanglah alam ini. Pandanglah dengan mata hati. 
Keindahan Allah....persembahan untuk umat Nya yang mensyukuri nikmat yang diberi .

                                                           ********



19.12.2010 :- hari kelahiran anakanda ku yang ke2.
selamat hari jadi adik , doa mak dan ayah mengiringi adik sepanjang 'perjalanan' ini.

adik , nak kek ke birthday ni ?
tak nak lah mak , adik dah jemu dah tengok mak asik selalu buat kek untuk orang..dah kenyang kek dah...
dah...apa sudah jadi ...
bang..nak celebrate apa ari jadi adik ni bang..?
kita gi makan makan aje lah..ujar cik abe ku...
diam...sepi...

beberapa hari ....ilhamku datang...text sms pada cik abe ku...
inilah persembahan nya..





ini adalah kawasan rumah Pak Habib.
unik....terasa pula seperti "kerajaan langit" ciptaan Pak Pin!




cik abe ku dan anak anak tertarik ( kagum ) dengan susunan batu batu sungai sbg dinding rumah.(Pak Habib )




kawasan perkhemahan dan tempat kami berkelah.
ada tempat untuk memasak.
dan yang penting ada tandas....
anak sungai , airnya bersih



ada rumah 2 tingkat lagi
rajin nya....kreatif...
 

ini bagi ku adalah surga dunia
terlalu cantik tempat ini
terletak bersebelahan tempat kami  'camping'.
wadi SAMRAH (kepunyaan Datuk Samsuddin dan isteri Rahmah ) ujar penjaga kawasan Samrah.

Kawasan seluas 6 ekar .
Terdapat pokok buah buahan durian dll.


Ada swimming pool lagi
cantik..lihatlah dengan matahati....nikmati keindahan Allah
menenangkan, mendamaikan....kekayaan Allah



 SAMRAH tower - sungguh terpegun


cukup berkenan dengan rumah ini
lihatlah atap nya..


kawasan 'camping' kami
camping site Lurah Lurau (camping site)
masuk ke Janda Baik , melalui pintu gerbang 
agak2 dalam 500 meter ke dalam 
berdekatan dgn kawasan Umno .

perjalanan dari Kuala Lumpur - 45 minit - 1 jam sahaja






 SAMRAH TOWER (JANDA BAIK )


terima kasih Allah
kami menikmati nikmat mu dgn hati ikhlas .

Friday, December 17, 2010

'BOKASHI '



I love D.I.Y and i like composting .

Diatas ini adalah tong BOKASHI yang kami gunakan di rumah.
Alhamdulillah, pendidikan 'GO GREEN'  kat rumah berjaya dijalankan. 

Asalnya tong tu berwarna cerah (tong air yang dibeli dikedai ) tapi my cik abe sudah
spraykan hitam bagi proses penapaian senang berlaku.

Kenapa BOKASHI ?
- makanan ,sisa makanan memang terlalu banyak 'waste' jadi ke dalam tong ini kami masukkan
- kami gunakan pengurai nya GULA MERAH sebagai ganti E.M.(effective microorganism)
- memang pembuangan sampah amat bekurangan sekali

Bagaimana hendak bermula ?
- permulaan ialah nekad dan niat ..(hehhe)
- LETS GO GREEN 
- sediakan tong seperti diatas,boleh dibeli sekitar harga RM20.00 ++
- letakkan herhampiran dengan sinki / sekitar dapur
- masukkan semua lebihan , sisa makanan ke dalam tong BOKASHI anda
- sediakan bekas kecil di kawasan sinki, untuk memasukkan makanan lebihan (didikan utk famili ) kemudian transferkan ke dalam bekas BOKASHI yang besar itu
- kemudian 30 hari , anda boleh kutip hasilnya.
melalui muncung paip itu, anda boleh alirkan air (BOKASHI JUICE) yang akan digunakan sbg baja untuk pokok2 tanaman dan pokok hiasan, juga sbg gantian kpd pembersih (cleaner for clog sink)
air yang di dapati itu boleh dicairkan /dilute 1:10 
boleh juga digunakan untuk penghapus perosak tanaman .(masukkan dlm bekas spray )

As the kitchen waste starts to ferment, Bokashi Juice will form in the bottom of the bucket. This should be drained off as it builds up. 
  • Bokashi Juice can be diluted with water and makes a terrific fertiliser for garden or pot plants.
  • It can be poured down drains and it is safe to use in septic tanks. 
When used in drains it will help to clean up our water ways by competing with harmful bacteria. 

- dan hasil pepejal yang didalamnya itu boleh digunakan sbg baja , digaul bersama tanah.
- INGAT ! jangan masukkan sumber / buah2 citrus spt limau dll kerana ianya akan merosakkan hasil di dlm tong BOKASHI anda.
- hanya lapisan demi lapisan (waste dari dapur), anda berjaya membuat baja kompos sendiri dan juga menyelamatkan duit dari membeli  baja untuk tanaman hiasan anda serta pokok2 yang lain.

WASTE KITCHEN  spt kulit bawang, sisa makanan, kulit telur ,perut ikan dll.

BERBAU ? tidak sesekali, ianya berbau masam manis shj, seperti peraman buah buahan.
Jika ianya busuk dan dihinggapi lalat, BOKASHI anda tidak menjadi.

--------------

Bokashi  is a Japanese term that means “fermented organic matter. EM Bokashi is a pleasant smelling product made using a combination of sawdust and bran that has been infused with Effective Micro-organisms (EM). EM Bokashi has traditionally been used to increase the microbial diversity and activity in soils and to supply nutrients to plants.
  • Place your kitchen waste into the bucket, then sprinkle a hand full of EM Bokashi over the waste.
  • Repeat this layering process until the Bokashi Bucket is full.
  • Drain off liquid (Bokashi juice) as necessary.


------------

gambar dibawah adalah dari ehsan web 'mat saleh'
beginilah caranya anda menguruskan BOKASHI anda
1- sediakan tong 
2- masukkan sampah (waste kitchen )
3- sprinkle / tabur gula merah @ EM - layer by layer







------------
Apa itu BOKASHI ?

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Bokashi adalah sebuah metode pengomposan yang dapat menggunakan starter aerobik maupun anaerobik untuk mengkomposkan bahan organik, yang biasanya berupa campuran molasses, air, starter mikroorganisme, dan sekam padi
Kompos yang sudah jadi dapat digunakan sebagian untuk proses pengomposan berikutnya, sehingga proses ini dapat diulang dengan cara yang lebih efisien. Starter yang digunakan amat bervariasi, dapat diinokulasikan dari material sederhana seperti kotoran hewan, jamur, spora jamur, cacing, ragi, acar, sake, miso, natto, anggur, bahkan bir, sepanjang material tersebut mengandung organisme yang mampu melakukan proses pengomposan.

Dalam proses pengomposan di tingkat rumah tangga, sampah dapur umumnya menjadi material yang dikomposkan, bersama dengan starter dan bahan tambahan yang menjadi pembawa starter seperti sekam padi, sisa gergaji kayu, ataupun kulit gandum dan batang jagung (Yusuf, 2000). 
Mikroorganisme starter umumnya berupa bakteri asam laktat, ragi, atau bakteri fototrofik yang bekerja dalam komunitas bakteri, memfermentasikan sampah dapur dan mempercepat pembusukan materi organik.

Umumnya pengomposan berlangsung selama 10-14 hari. Kompos yang dihasilkan akan terlihat berbeda dengan kompos pada umumnya; kompos bokashi akan terlihat hampir sama dengan sampah aslinya namun lebih pucat. Pembusukan akan terjadi segera setelah pupuk kompos ditempatkan di dalam tanah
Pengomposan bokashi hanya berperan sebagai pemercepat proses pembusukan sebelum material organik diberikan ke alam.
Pupuk Bokashi, menurut Wididana et al (1996) dapat memperbaiki sifat fisika, kimia, dan biologi tanah, meningkatkan produksi tanaman dan menjaga kestabilan produksi tanaman, serta menghasilkan kualitas dan kuantitas hasil pertanian yang berwawasan lingkungan. 

Pupuk bokashi tidak meningkatkan unsur hara tanah, namun hanya memperbaiki sifat fisika, kimia, dan biologi tanah, sehingga pupuk anorganik masih diperlukan (Cahyani, 2003). Pupuk bokashi, seperti pupuk kompos lainnya, dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kandungan material organik pada tanah yang keras seperti tanah podzolik sehingga dapat meningkatkan aerasi tanah dan mengurangi bulk density tanah (Susilawati, 2000, dan Cahyani, 2003). 

Berdasarkan hasil penelitian Cahyani (2003), Penambahan pupuk bokashi berbahan dasar arang sekam padi dapat meningkatkan nilai batas cair dan batas plastis tanah latosol, namun terjadi peningkatan indeks plastisitas

Penambahan bokashi arang sekam padi juga berpengaruh terhadap kekuatan geser tanah dan peningkatan tinggi maksimum tanaman. Bokashi juga dapat digunakan untuk mengurangi kelengketan tanah terhadap alat dan mesin bajak sehingga dapat meningkatkan performa alat dan mesin bajak (Yusuf, 2000), dengan pengaplikasian bokashi sebelum pengolahan tanah dilakukan.

Wednesday, December 15, 2010

sekitar kenduri rumah abe din ~2







photo editing done by me ! 
15.12.2010

puasa 10 Muharram -dalil





 sumber : wikipedia
 
Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 

Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram.
Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram.
Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Pada hari ke 10 dibulan Muharam, disunatkan berpuasa .Iaitu dipanggil juga hari Asyura ,
memperingati kejayaan Nabi Musa , dan juga Firaun dan pengikutnya ditenggelamkan Allah. 

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab, ‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnya –pent).

Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya seorang berpuasa ‘Asyura (10 Muharram) disertai dengan (sebelumnya, ed.) Tasu’a (9 Muharram). 
Hal ini karena Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan’, maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’a.

Oleh karena itu, setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tinggal di Madinah, beliau melihat bahwa orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura [2]. Beliau pun bertanya kepada mereka tentang hal tersebut.
Maka orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Hari ini adalah hari di mana Allah telah menyelamatkan Musa dan kaumnya, serta celakanya Fir’aun serta pengikutnya. Maka dari itu kami berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah”. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kalian”.

Kenapa Rasulullah mengucapkan hal tersebut? Karena Nabi dan orang–orang yang bersama beliau adalah orang-orang yang lebih berhak terhadap para nabi yang terdahulu. Allah berfirman,
إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ
“Sesungguhnya orang yang paling berhak dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung semua orang-orang yang beriman”. (Ali Imran: 68)

Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling berhak terhadap Nabi Musa daripada orang-orang Yahudi tersebut, dikarenakan mereka kafir terhadap Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad.
Maka beliau shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan manusia untuk berpuasa pula pada hari tersebut. 
Beliau juga memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura, dengan berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan puasa pada hari kesepuluh (’Asyura), atau ketiga-tiganya. [3]

Oleh karena itu sebagian ulama seperti Ibnul Qayyim dan yang selain beliau menyebutkan bahwa puasa ‘Asyura terbagi menjadi tiga keadaan:
1. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan Tasu’ah (9 Muharram), ini yang paling afdhal.
2. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan tanggal 11 Muharram, ini kurang pahalanya daripada yang pertama. [4]
3. Berpuasa pada hari ‘Asyura saja, sebagian ulama memakruhkannya karena Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi, namun sebagian ulama yang lain memberi keringanan (tidak menganggapnya makhruh). [5]
Wallahu a’lam bish shawab.

(Sumber: Syarh Riyadhis Shalihin karya Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin terbitan Darus Salam – Mesir, diterjemahkan Abu Umar Urwah Al-Bankawy, muraja’ah dan catatan kaki: Al-Ustadz Abu Abdillah Muhammad Rifai)

rujukan : ulamasunnah.wordpress.com (tkasih)
 
nota kaki : dinasihatkan/disunatkan berpuasa pada hari ke9 dan ke10,supaya dapat dibezakan antara yahudi yang berpuasa pada hari ke10.
kerana Nabi Muhammad lebih berhak ke atas Nabi Isa.

Tuesday, December 14, 2010

sekitar kenduri rumah abe din


akhir akhir tahun ramai yang naik pelamin
tahun ni giliran abe din kaknor menerima menantu
2 sekaligus abe din dapat menantu
sepasang,menantu laki dan pompuan

supian abang sulung belum nak bergirlfriend lagi
tapi adiknya suhail sudah mendahuluinya(kawen)
lepas ni giliran sape pula nak bermenantu
sama sama la membantu

tarikh 11.12.2010
tarikh yang ditetapkan
alhamdulillah majlis berjalan lancar
ujan pun bagai tempiasnya ke lain tempat

majlis perkahwinan dan majlis menyambut menantu
dia adakan kedua nya sekali gus




klik pada gambar utk lihat lebih jelas dan gambar
yang lebih besar.


ada banyak lagi gambar
nanti lah yer
nak cuba letakkan link nanti
dapat tgk 1 album


Sunday, November 28, 2010

tabiat pemakanan

erm... nie saye dapt dari group yahoo saye... hayati ler...

dan ini saya ( zawiahdiari ) copy paste dari FB.

Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bengun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
ulang dia reput.....



Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananân
 
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.  
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.  
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal  tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer  ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit  non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi  
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 
7. Elakkan mandi selepas makan 
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.  
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda  
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada  nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam.

'sharing is caring