Selamat Datang Ke Zawiah Diary :)

Salam Ukhuwwah Mahabbah Fillah...

Mutiara Bahasa

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Best Quotes

If success doesn't come to you, you go to it... ~ Marva Collins

Change Faster !

When you do decide to make a change in your life, do it Quickly. Be Excited and you'll change Faster!

Ketenangan Dan Kebahagiaan

“Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Fath, 4).

Showing posts with label koleksi. Show all posts
Showing posts with label koleksi. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Kita harus belajar

Kita harus belajar daripada kekecewaan
Kita bangkit daripada kegagalan
Kita harus memahami kejatuhan kita
Bukan bererti matinya semangat
Berkubur keyakinan begitu sahaja

Tetapi……..
Daripada rebahnya sekeping hati
Akan bangkit seorang insan
Mengangkat martabat maruahnya
Menjulang kembali kekuatannya
Menggegar kembali jeritan dan laungan

Kejayaan serta kemegahan diri
Sebagai tanda bahawa…….
Setiap yang jatuh dan rebah itu
Bukannya tersengkur mati…

Malah….
Kehidupan berselimut kelesuan
Akan menjadi jaringan perkasa
Dan menyerkup kembali dunia baru
Dan pada masa itu……

Kita adalah merupakan seorang insan
Yang paling bertuah di bumi
Tempat kaki berpijak dan berjunjung
Kita harus dan mengambil iktibar

Bahawa kekecewaan dan kegagalan
Bila dipintal mulia akan menjadi ratu
Simbol kejayaan diri sendiri…


majalah thn 98

Monday, September 27, 2010

berdoa lah !

berdoa lah

*semoga entri ini dapat menambahkan ilmu kita semua


ADAB - ADAB BERDOA:
1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.
2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji - muji Allah serta berselawat keatas Nabi Muhammad.
3. Menghadap ke kiblat.
4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesilapan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum tidur.
5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh - sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.
6. Berdoa dengan penuh khusyuk , tawadduk dan ikhlas serta merendahkan suara.
7. Mendahulukan doa dan permintaan diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka - mereka yang lain.
8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.
9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama samada pada makanan, minuman, pakaian atau pekerjaan.
10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERDOA:

001 - Waktu Sahur.
002 - Waktu selepas azan.
003 - Waktu 1/3 malam.
004 - Waktu hujan lebat.
005 - Waktu melihat kaabah.
006 - Waktu tawaf dan saie.
007 - Waktu setiap kali selepas solat.
008 - Waktu setiap kali selepas membaca Al Quran.
009 - Waktu hampir untuk berbuka puasa.
010 - Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
011 - Waktu diantara dua khutbah.
012 - Waktu diantara Iqamah dan solat.
013 - Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
014 - Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
015 - Waktu semasa minum air zam - zam.



HARI - HARI YANG TERBAIK UNTUK BERDOA:

1~ Malam Jumaatdan waktu siangnya.
2~ Malam Hari Raya dan siangnya.
3~ Malam Lailatul Qadar.
4~ Malam Isrk dan Mikraj.
5~ Malam Nisfu Syaaban.
6~ Malam pertama bulan Rejab.
7~ Hari Arafah.


BULAN - BULAN YANG TERBAIK UNTUK BERDOA:

1 + Bulan Rejab.
2 + Bulan Syaaban.
3 + Bulan Ramadan.
4 + Bulan Zulhijjah.



Tempat - tempat yang terbaik untuk berdoa:

- Di rumah sendiri.
- Di Multazam, Masjidil Haram.
- Di telaga ZAM - ZAM. Masjidil Haram.
- Di Makam Nabi Ibrahim A.S.
- Dalam hijr Nabi Ismail A.S
- Dibukit Safa dan bukit marawah.
- Di raudhah masjid Nabi iaitu masjid Nabawi.
- Di tempat - tempat mulia yang lain seperti masjid, surau dan rumah ibadah.
- Dalam masjidil haram di kala melihat Ka'abah atau sisinya.
- Di tempat - tempat wajib haji seperti di Mina, Muzdalifah, Arafah dan di tiga jamrah.

Monday, August 23, 2010

sekilas ikan di air...

Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.
zawiahmd


Kami adik beradik berborak sesama sendiri, selepas melepaskan lelah beriftar dan bersolat  bersama.
Sambil bertukar tukar menu untuk berbuka di bulan puasa.

“ Nak masak lah rendang daging tu, tapi tak best sangat...” ujar ku kepada adik ku .
Kan ke akak selalu masak rendang ayam tu..”?
“ Ye ..tapi akak rasa tak se best yang arwah mak buat..”

Ujar pula biras ku...”kak apa beza kerutuk tu..?” memandangkan aku ni pure Kelantanese, jadi seeloknya
soalan itu diajukan untukku..aku rasa lah.

Suami ku menunggu dengan tenang  untuk mendengar jawapan yang tepat dari ku..
“ Kerutuk masak guna rempah kerutuk, special made from kelantan..tapi rendang segala jenis rempah
nya kena adun dan blend sendiri..”“ooo..ujar birasku..tapi sama kan,masuk kerisik gak..”

Kami berborak mesra, persoalan utama adalah bab makan ..apa lagi bagi kami kaum hawa.
Memasak adalah rutin kami, walau seluas pengajian dan selautan gunung yang diredah untuk
segulung ijazah kami kaum hawa perlu akur, masakan dari air tangan ibu,isteri adalah pasti didambakan
oleh keluarga.Sesekali tutur kami berubah kepada anak anak dan lain lain hal, tapi apa apa pun pasti
melibatkan hal wanita,isteri, iaitu ibu rumahtangga.

Ahli baru keluarga kami, yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, seminggu sebelum puasa hari tu,
tidak turut serta dalam perbualan kami.Aku perasan. Tapi aku diamkan sahaja. Dalam hati  berkata..biarlah dia...
Bagi ku, aku sering sangat , memperhatikan gerak laku orang . Kerana aku pasti gerak hatiku berkata benar.
Setidak tidaknya aku dapat mengerti tentang hidup ,kehidupan ,manusia dan sekitaran.

Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang yang tak mahu begaul sesama ipar biras mempunyai satu
perwatakan yang tidak berapa disenangi kemudian hari nanti.
Tidak rugi bagi saya bergaul sesama biras , ipar dan adik beradik suami asalkan tidak melebihi batasan
pergaulan .

Banyak rahasia yang dapat kita kutip dari pengalaman mereka yang dalam keluarga.
Yang mana kesukaan suami, kebencian suami dan lain lain dapat kita nilai bila kita berborak .
Yang penting juga, kita dapat mengenal hati budi memasing.
Riak ikan di air sudah ku tahu,jantan betinanya – begitu indahnya kata kata kiasan orang lama.
Bermaksud disini – daripada tingkah laku atau gerak geri seseorang itu sudah boleh diketahu perangai atau tabiatnya. Peribahasa yang hampir sama dengan peribahasa :- sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya.

Ianya juga seiras maknanya riak iaitu ego. Ego perkataan sebenar dari bahasa Inggeris.
Kekata setara riak atau ego ialah angkuh, bongkak dan sombong.
Pengajaran yang boleh diraih dari isu ini , ialah kita seharusnya jangan ikut kata hati. Penyebab menjadi nya sebegini adalah “ apa aku heran ..” aku sudah punya sumber ku sendiri, kawan ku sekeliling. Ada aku kesah...


artikel asal : zawiahmd

Wednesday, July 7, 2010

berkongsi citarasa





sekadar perkongsian...
ini adalah mangkuk tambah yang dibeli di kedai apek tempohari...(dah agak lama)
memula jumpa mangkuknya saja...lepas ditanya pada apek tuh...
ada plak penutupnya..cun sungguh...

apa lagi terus rembatlah...sebab kenangan di pinggan mangkuk sebegini...
mengimbau kenangan ambo semasa kecik kecik dulu....

kat rumah arwah maa..banyak yang sudah pecah.....lagi pun kami
bukan orang berada..........hanya ada beberapa biji pinggan untuk
santapan kami hari hari.........






ambo nih peminat teko...
pantang kelih teko...nak ajer merembatnya...

nak minum air...tak pun buat dalam teko....
bila tamu datang...barulah teko digunakan...
boleh pilih pilih......kalau tamu tu 2 orang, ambik yang
cinonit tu......agar tak membazir ...buat air dan gula sikit jer..........(ehhhee)
ada 4 beradik semuanya.........yang  size XL - S

ambo nih tak tahu ler....peminat peminat pinggan lama ni panggey
ni "bunga kangkung"...jadi ambo ikut je lah...
ambo nih mana tahu.........bab bab nama khas ni...




ni saja nak tunjuk ..teko yang paling bongsu tu....
kecik kiut...

sebab musabab nya ambo beli teko tuu........sebabnya....masa kecil dulu....
ambo nih selalu demam....boleh dikatakan 1 minggu ajer sihat dalam sebulan tuu....
bila demam dan tak boleh bangun, arwah maa selalu buatkan air manis dalam teko
kecik tu...mama pesan "minum air nihh...smpai abis..." hiiii.........airnya manis.....
agaknya nak sedapkan tekak ambo yang pahit tika itu..........kenangan yang
sungguh menyentuh hati..........

jadi sebab itulah ambo collect pinggan lama ni....bukan sebagai peminat tegar.........
tapi kenangan yang terlalu dalam pada masa arwah maa dan aboh semasa hayat mereka
ada.....



ni enterprem lilin yang dah di decoupagekan..(tampal decal)
lawa kan....
menarik sebagai hiasan atas meja...dalam lemari gobok pun lawa....



.
.
.
sekadar berkongsi citarasa
bukan utk menunjuk nunjuk..tapi kenangan adalah terlalu
mahal untuk diluahkan....melalui barangan, sesuatu itu terlipat
beribu kenangan ...tak de yang lama..tak de lah yang baru...

Monday, June 28, 2010

my singer ku



inilah kesayangan ku...
dulu mesin jaet ni ,kami ambik dgn bayaran ansuran RM50 inggit je sebulan..
dah lama abis terbayar....
agak2nya dah balik modal...!?
dulu masa memula ambik, ambik upah jahit langsir...langsir sekolah,langsir taska...
rezeki allah ...allah maha kaya...
dulu...rajin jahit baju sendiri...tak payah upah...
ehheee....bila arwah mak datang umah...mesin ni dia godek..jahit2kan baju untuk
cucu2nya...





sekarang tambah sikit pelaburan...
mesin jahit tepi...senang kijer..........
ruuuuuu....jahit tepi..kalau dulu, bercinta nak ke kedai nak jahit tepi...
berbaloi jugak "helper" nii...
letak kat atas meja kecik anak ku..sekarang anak dah besar...maknya
pula yang guna...
tapi bab letak benang, semua aku fail...ahhaaa...pi lah belajar kat singer pun..."benok" jugok..
lastly...ku bawak cik hubby ku ke kedai singer...sekarang cik hubby ku lah yang tukang pasang benang..
sib baik ada technician kat umah...sekarang tengah ajar anak daraku yang no 2 tu...utk jadi technician...
ahhaa..itulah gunanya anak anak mak...sayang anak anak mak...




ni lah suasana meja si "penjahit" tegar.......
mcm seorang yang pro...padahal amatur jah...
bila disini...aku ralit...stress ku hilang....berjam jam aku boleh dok sini....
tak ingat waktu....sebab tu cik hubby ku selalu kena jengah ku waktu tengahari...
katanya agar aku makan...agar anak anak nya dapat makan...kalo tak inilah kijer mak...
sayang abang....ehheee...tima kasih bang...!




satu lagi sudut...
bahagian ironing....agar jahitan kemas..
kita mesti guna iron...
seronok giler....dah memang hobi ku dari dulu sampai kini...
kegilaan ini tak menyusahkan orang....lagipun hobi ini mendatangkan faedah...
inilah warisan dari arwah mama... rindu mama (al fatihah)




 wishlist ambo :-
- snap button presser (tgh servey)
- shredder paper A4 (elektronik)





p/s
benok tu dalam bahasa kelantan
maksudnya tak paham, ajar pun tak masuk juga...

Tuesday, June 30, 2009

blogger exchange gift







di copy paste dari blog cik puan kita (mrsnor)
kami ahli dan kaki blogger (addicted) mengadakan sesi
gift exchange .......
inilah projek pertama kitaorang......
bertujuan memanjatkan silaturahim dan menambahkan rakan
taulan......




1- Yatt ~ http://yattbzgg.blogspot.com/
2- Cik Mat Gebu - http://tekokuning.blogspot.com/
3- Kak Azah ~ http://azahahmad.blogspot.com/
4- Welly ~ http://sukajadicorner.blogspot.com/
5- Kak Ina KL ~ http://roslana06.blogspot.com/
6- MrsNor ~ http://mrsnorhobi.blogspot.com/
7- Affeen ~ http://affeen.blogspot.com/
8- wardah ~ http://wardahcreation.blogspot.com/
9- Amelia ~ http://ameliaabubakar.blogspot.com/
10- Maswanie ~ http://waniecraftcottage.blogspot.com/
11- FAWA ~ http://singgahsaja.blogspot.com/
12- Gee ~ http://geearjay.blogspot.com/
13- esKay ~ http://eskaygalleria.blogspot.com/
14- Kak Intan ~ http://jariintanku.blogspot.com/
15- Maslina ~ http://masdecoupage.blogspot.com/
16- Sarah95 ~ http://dclassicshoppe.blogspot.com/
17- Zawiah ~ http://zawiahdiari.blogspot.com/
18-
casaomaantique ~ http://casaomaantique.blogspot.com/
19- mona ~ http://teratakq.blogspot.com/
20- idah ~ http://ummihanani.blogspot.com/
21- Azi/pinggan lama ~ http://pingganlama.blogspot.com/
22- Naiz ~ http://naizworld.blogspot.com/
23- Ryana ~ http://ryana74.blogspot.com/
24- Kak E ~ http://umi-e.blogspot.com/
25 ~ Mell ~ http://mumshomedeco.blogspot.com/
26- Ifa ~ http://miracle7577.blogspot.com/



kami kaki blogger .........
telah mengadakan EG ( exchange gift ) ......
dianjurkan oleh Puan kita (mrsnor)





Ini pula hasil undian baling baling........
partner memasing sudah diketahui........
jom redah carik harta karun untuk partner anda.....
semoga dengan projek sebegini......
perhubungan "alam maya " kami semakin erat........
persahabatan moga berterusan...........


Yatt beri kepada Ifa beri kepada esKay

Cik Mat Gebu beri kepada Mell beri kepada Gee

Kak Azah beri kepada Kak E beri kepada Fawa

Welly beri kepada Ryana beri kepada Maswanie

Kak Ina Kl beri kepada Naiz beri kepada Amelia

MrsNor beri kepada Azi beri kepada Affeen

Affern beri kepada Idah beri kepada Wardah

Wardah beri kepada Mona beri kepada MrsNor

Amelia beri kepada casaoma beri kepada Kak Ina KL

Maswanie beri kepada Zawiah beri kepada Welly

Fawa beri kepada Sarah95 beri kepada Kak Azah

Gee beri kepada Maslina beri kepada Cik Mat Gebu

esKay beri kepada kak Intan beri kepada Yatt



p/s yang bertanda merah tu, tugasan yang perlu dilaksanakan
welly rakan kenalan baru ku ...salam kenalan welly
maswanie....dah lama kenalan di alam maya ni..
moga moga persahabatan kita sentiasa berpanjangan...



Monday, June 22, 2009

koleksi lagi







errmmmmmmm...........
sila layan gambar yerr......
jiwa kacau....
gambar ini untuk menenangkan hati nan lara........

Tuesday, June 9, 2009

barang lama

beralih angin sekejap........
entri beralih ke koleksi pinggan lama arwah mama...

cerita tentang kampung halaman dan cerita tentang pasar siti khadijah
ditinggalkan sekejap...nanti sambung lagi...........












ni mangkuk besar cap DUMEX
serta piring besar
zaman zaman dulu kami diberikan susu cap DUMEX jer.....
pastu kata arwah mama , ada diselitkan kupon dalam tin susu tuu........
kupon tu ditukar kan dengan pinggan mangkuk










ni teko tinggi dan bekas susu










ni adalah barang tembaga
tapi masa dulu seingat nya mama letakkan untuk
tetamu yang hisap rokok...tempat habuk rokok ...













ini tak tahu apa nama nya....
tapi arwah mama selalu simpan ubat dalam nii......
bekas ni dibeli oleh nenek ku masa dia ke Mekah...

Tuesday, May 12, 2009

mengimbau kenangan

teko lama ni...
mengimbau kenangan masa kecil dulu...
buat air tea o dalam teko nii...




ni mangkuk bersama dengan pinggan lauk....
masa dulu, kami gunakan pinggan lauk ni untuk letak budu, ikan rebus dan ulam...

pengumpulan semula pinggan pinggan lama sebenarnya adalah satu nostalgia
dan ingatan ku bersama arwah abah dan mama.

saja jer nak tunjukkan koleksi yang tak seberapa.......bukan untuk menunjuk nunjuk....
tetapi berkongsi hobi bersama dengan collector yang lain.....
tapi bagiku ianya bukan sekadar hobi......yang ku hargai adalah ingatan dan imbauan
masa lalu...yang tak mungkin lagi kembali.




ini mug bersama penutup...
baru dibeli selepas di gelidah kat kedai apek di Pudu......
teringat kan mug bertutup.....imbauan pada arwah abah....
bila baca paper, mesti ada air kopi kat tepi....
sekarang cik abe pula yang ambik alih...mug bertutup ni ku belikan
khas buat cik abe ku....
walaupun bukan berharga ribuan ringgit.....tetapi amat nostalgik sekali.....