Selamat Datang Ke Zawiah Diary :)

Salam Ukhuwwah Mahabbah Fillah...

Mutiara Bahasa

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Best Quotes

If success doesn't come to you, you go to it... ~ Marva Collins

Change Faster !

When you do decide to make a change in your life, do it Quickly. Be Excited and you'll change Faster!

Ketenangan Dan Kebahagiaan

“Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Fath, 4).

Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Saya juga berada disini

Saya juga berada disini :-

http://zawiahdaud.blogspot.comzawiahdaud.blogspot.com

Kini saya dibawah pengawasan ABDR ( Akademi bekerja dari rumah ).

Kunjungi lah saya disana .

Saya disarankan untuk penjenamaan , jadi doakan saya agar terus konsisten untuk terus menulis dan terus berkarya. Tujuan saya satu agar apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan bersama.

Disini saya akan jarang berkongsi .
Saya akan lebih update informasi dan interaksi di zawiahdaud.blogspot.comhttp://zawiahdaud.blogspot.com

I write to inspire others.

Teks : Zawiah Daud

Thursday, March 6, 2014

Cerita Arnab dan Kura kura .




http://1001kisah.blogspot.com/2010/11/perlumbaan-sang-anab-dan-sang-kura-kura.html



Pengajaran disini :-

Perlahan dan konsisten akan bawa ke mercu kejayaan.
Dalam apa jua bidang dalam kehidupan kita , kita sentiasa perlu istiqamah .



Monday, September 2, 2013

Kami dari Geng Mesin Jahit
Memohon bantuan dari anda yang prihatin !

Saya adalah salah seorang penerima / tempat collection centre. 

Berminat boleh berhubung terus dengan saya
Zawiah Mohd Daud 

013-3687374 



-------------------


Assalamualaikum....


September telah bermula!! Bantu kami mengumpulkan 1000 sarung bantal dalam September 1000 Pillowcases Drive. Sarung bantal ini akan dihadiahkan kepada kanak-kanak perpenyakit kanser dan penyakit kronik yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital seluruh Malaysia. Bantu kami membawa senyuman dan keceriaan kepada mereka!!!!

Para dermawan boleh membantu kami dengan cara:-

1. Menjahit sendiri sarung bantal
2. Membeli fabrik dan menghantar kepada kami untuk dijahit
3. Mendermakan wang ringgit untuk kami membeli fabrik dan menjahit sarung bantal.

Ketetapan adalah seperti dibawah:

Material: 100% cotton lembut berwarna dan bercorak ceria sesuai untuk kanak-kanak.

Ukuran: 29 x 19 inchi.

Untuk sumbangan fabrik: 100% cotton lembut berwarna dan bercorak ceria sesuai untuk kanak-kanak. Berukuran sekurang-kurangnya 1 meter bagi setiap corak.

Sumbangan wang ringgit:

Bank in ke akaun Maybank Geng Mesin Jahit Selangor - 569954054394
atau cek diatas nama Persatuan Geng Mesin Jahit Selangor

Mohon maklumkan ke email: gmjclub@yahoo.com

Hantarkan sarung bantal/fabrik ke:-

1. Zawiah Mohd Daud - No. 51, Jalan 12, Taman Dato Senu, Sentul, 51000 Kuala Lumpur.HP: 013-3687374


2. Rozi Abdul Rahman - No 21, Jalan P9B 1/15, Presint 9, 62250 Putrajaya. Wilayah Persekutuan Putrajaya. HP: 012-2038117


Kami akan mewujudkan pusat Koordinator bagi setiap negeri. Sila lawati page KSK dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.

PERHATIAN:

Pesakit kanser mempunyai immuniti yang rendah dan kulit mereka mungkin sangat sensitif jadi perlu diingatkan supaya anda semua TIDAK menggunakan fabrik campuran polyester.

Sarung bantal akan diberikan kepada pesakit kanak-kanak jadi pihak kami memohon agar corak dan warna yang digunakan adalah sesuai dengan kanak-kanak.

Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami.

Salam sayang

Admin
KSK

Assalamualaikom :)


Bekam .

Ramai orang takut apabila disuruh berbekam .
kenapa .....mereka fobia dan takut dengan darah .
Pada mulanya, saya juga begitu takut dengan bekam, sebab di fikiran ini hanya ingatkan darah ...merah ,hitam ...fuhhh...bepeluh juga ..ngeri !
Tetapi yang membuatkan saya nekad bekam adalah ...

"kakla bekam"...ujar kakak biras saya .
Terdiam seketika...
"sakit"..."takkk"...
acara interview seterusnya ...

dan kami pun suami isteri dan anak anak pergi berbekam .wahh ...betapa selesa dan ringannya badan.
selepas ini....azamku ....nak terus berbekam .
sakit kepala saja, terus ku terjah bekam.....
sakit badan, sengal badan....terus ku terjah bekam...
kini sudah setahun berbekam.

kini sudah sampai masanya dan rasanya sudah berani untuk membuat bekam sendiri .
alatan bekam sudah dibeli bersekali dengan lancets dan jarumnya .
testing dulu dengan bekam angin.
esok lusa....pasti jarum dan lancets itu akan bekerja......dan mangsanya adalah anak anak dan suami ..!

dan ...............cubalah dan percayalah...bekam memang meringankan badan dan membuang sisa kotoran yang ada didalam badan .
sesuai untuk pelbagai jenis penyakit .
niatkan kerana allah , sambil berbekam tu bersalawatlah ,mohon kesembuhan dari allah dan kasih sayang dari allah dan rasul Nya.
dan niatkan juga kerana mengikut sunnah rasulullah s.a.w.

Insyallah...janji allah adalah pasti ...tiada insyallah .



Tuesday, April 26, 2011

alhamdulillah ~ 26 april

alhamdulillah..alhamdulillah...

hari ini 26 april....dilahirkan dan dapat melihat dunia
nikmat yang Allah kurniakan..dapat lagi melihat matahari,merasa bayu , mendengar angin mendesir...
merasa nikmat tangan,kaki,mulut mata...dan ya allah tak terkira nikmat Mu ya Allah.


satu persatu anak tangga kita daki .
Kita sering lupa bahawa hidup ini memang ujian.
ujian dari Allah , untuk memberi kita kenal dan memberi kita ajaran.
sorak gembira juga ujian .
ujian alpa dan lagho..ujian hasutan syaitan.

  "Lalu nikmat yang mana lagi yang AKU dustakan "

Dan satu lagi anak tangga ku pijak..dan umurku bertambah lagi....

bulan April , adalah bulan yang banyak kenangan bagi diri ku .
Pertama nya aku dilahirkan , keduanya aku dikahwinkan di bulan april...
ketiga aku melahirkan anak sulungku dibulan april...
dan berkebetulan...kak ipar a.k.a biras juga sama menyambut hari lahir pada bulan april...
dan yang paling memilukan...abah ..menghembuskan nafasnya juga pada bulan april.


p/s : tak lupa pada yang menghantar ucapan hari lahir...alhamdulillah..alhamdulillah..terima kasih
semoga kalian juga diberikan nikmat , berkat dan redho Nya.

Friday, February 25, 2011

solat dan sains

Monday, February 21, 2011

hidup berilmu ,hidup bahagia

Sebenarnya ibu bapa lah yang mencorakkan kehidupan anak anak .
Baik dari segi pelajaran dan kewajipan menuntut ilmu hinggalah hidup bersahsiah 
dan berperibadi baik .

Dari pemerhatian , jika di rumah sudah kelam kabut , tiada keindahan dan ketenangan
berada dirumah, mendorong anak anak mencari keseronokan diluar.

Bagi saya ...pertama tama sekali perbaiki lah diri sendiri dulu sebelum ingin menakluki
perhatian orang terutama keluarga dan rakan disekeliling.
Jika peribadi akhlak yang terpuji . lantaran dengan ilmu yang ada, tidak ada 
yang akan memungkinkan kita menuju jalan bahagia.

Disamping perbaiki solat yang menjadi teras utama kita dalam hidup berTuhan.


Inilah hidup berTuhan. Rendah diri dan hati dengan Allah, pasti akan juga merendah diri dengan manusia dan alam. Sentiasa sedar akan Allah, kita pasti akan berfungsi dengan baik sepertimana seharusnya kita berfungsi. Kata lainya, kita akan menjadi hamba yang 'reliable'. Kita bukan sekadar 'menyala' tetapi kita juga menerangi keliling kita.

Wednesday, January 26, 2011

aku tidak tahu- Allah mengajarku




pertama kali ku jumpa dia 
20 tahun lalu
oh, orang nya tidak cantik, tak apa
oh, dia bertudung labuh,malu nya aku

oh tuturkata nya dingin
agaknya dia 'berhalus'
oh,jauh sangat dengan diriku,kasar dan gelojoh

tapi ,sayang nya setelah lama ku kenali ia
semakin paham aku
senyum nya kelat
tawanya kelat
tuturnya menyindir
fikirnya negatif
hidupnya kikir

arghh, apa yang tidak kenanya dia ?

saat aku ,termangu mencari jawaban
aku di ajari Allah
sekarang aku tahu

Monday, January 3, 2011

back to school day



Hari ni 3.1.2011 - anak anak kembali bersekolah
setelah hampir 2 1/2 bulan bercuti ...aktiviti biasa kembali lagi
alhamdulillah kakak dah masuk Ting 4 dan adik masuk Ting 3 (w/pun belum cukup umur)




nota kaki :
p/s agak lama tidak mencoret apa apa disini
sikap punca nya..jangan salahkan apa apa..!

Thursday, December 23, 2010

PMR + Nur Syamim

Seramai 30,863 daripada 439,456 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding tahun lalu.

Keputusan PMR keseluruhan itu diumumkan Kementerian Pelajaran sebentar tadi.

Sumber : Bharian


                                      *********************************** 




Alhamdulillah ..terima kasih Allah
8A berada dalam genggaman Nur Syamim
kami mampu mengucap terima kasih Allah dan sujud syukur pada Mu Ya Allah
sadar : dengan izin Allah jua
Airmata  gembira dan syukur yang mengiringi kejayaan mu.
TAHNIAH  buat  anakandaku sayang.
" this is not the end of your struggle "...keep on going
perjalanan mu masih jauh sayang ..!





SMKBBS 
Sekolah Bandar Baru, Sentul
Pencapaian 8A = 14 orang ( ujar pengetua ada peningkatan )
Terima kasih cikgu cikgu dan tenaga pengajar yg bertungkus lumus memberi ilmu untuk anak anak kami.

  
Barisan yang mendapat 8A , dipanggil ke pentas .



dah ambil result , baru lah perut terasa lapar.
ok lah, mak belanja makan KFC.


nota kaki :
terima kasih dari kakak untuk mak2 sedara dan pak2 sedaranya, sepupu2 nya yg banyak memberi dorongan untuk nya. ( ikhlas dari hati kami )

doa hindari anak dari melakukan maksiat

 seeloknya diamalakn doa ini berterusan

doa dan mohon adalah yang terbaik yg perlu kita lakukan sentiasa

segalanya adalah dihidayah kan dan di wahyukan Allah.


                                         ***************

 

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.
by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, 22 December 2010 at 11:01

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: (Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Bagi yang ingin mendapatkan doa2 seperti ini sila dapatkan daripada buku 101 Doa drp hadis2 sahih Terbitan Telaga Biru sdn Bhd.

Tuesday, December 21, 2010

Birthday Sanim @ Janda baik

Pandanglah alam ini. Pandanglah dengan mata hati. 
Keindahan Allah....persembahan untuk umat Nya yang mensyukuri nikmat yang diberi .

                                                           ********



19.12.2010 :- hari kelahiran anakanda ku yang ke2.
selamat hari jadi adik , doa mak dan ayah mengiringi adik sepanjang 'perjalanan' ini.

adik , nak kek ke birthday ni ?
tak nak lah mak , adik dah jemu dah tengok mak asik selalu buat kek untuk orang..dah kenyang kek dah...
dah...apa sudah jadi ...
bang..nak celebrate apa ari jadi adik ni bang..?
kita gi makan makan aje lah..ujar cik abe ku...
diam...sepi...

beberapa hari ....ilhamku datang...text sms pada cik abe ku...
inilah persembahan nya..





ini adalah kawasan rumah Pak Habib.
unik....terasa pula seperti "kerajaan langit" ciptaan Pak Pin!




cik abe ku dan anak anak tertarik ( kagum ) dengan susunan batu batu sungai sbg dinding rumah.(Pak Habib )




kawasan perkhemahan dan tempat kami berkelah.
ada tempat untuk memasak.
dan yang penting ada tandas....
anak sungai , airnya bersih



ada rumah 2 tingkat lagi
rajin nya....kreatif...
 

ini bagi ku adalah surga dunia
terlalu cantik tempat ini
terletak bersebelahan tempat kami  'camping'.
wadi SAMRAH (kepunyaan Datuk Samsuddin dan isteri Rahmah ) ujar penjaga kawasan Samrah.

Kawasan seluas 6 ekar .
Terdapat pokok buah buahan durian dll.


Ada swimming pool lagi
cantik..lihatlah dengan matahati....nikmati keindahan Allah
menenangkan, mendamaikan....kekayaan Allah



 SAMRAH tower - sungguh terpegun


cukup berkenan dengan rumah ini
lihatlah atap nya..


kawasan 'camping' kami
camping site Lurah Lurau (camping site)
masuk ke Janda Baik , melalui pintu gerbang 
agak2 dalam 500 meter ke dalam 
berdekatan dgn kawasan Umno .

perjalanan dari Kuala Lumpur - 45 minit - 1 jam sahaja






 SAMRAH TOWER (JANDA BAIK )


terima kasih Allah
kami menikmati nikmat mu dgn hati ikhlas .

Friday, December 17, 2010

karipap rangup

Resepi karipap rangup

500 gm tepung gandum (1/2 kg)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air kosong
garam 

- uli tepung dgn minyak terlebih dahulu - gunakan senduk kayu
- masukkan  air sedikit demi sedikit
- jika rasa masih keras,masukkan sedikit lagi air sampai rasa elok adunan .
- uli sehingga adunan licin, dan peramkan sekejap agar senang diterap nanti.

dengan size yang kecil molek ini, dapat dalam 40-50 bj karipap
masukkan dlm bekas yg elok berlapik dengan plastik, jadikan frozen
boleh digoreng pagi dan petang.
boleh juga dibuat bekalan untuk suami dan anak anak ke sekolah nanti.

tips : tambahkan butter (pure butter ) sedikit
-tambahkan sebj telur
untuk kerangupan dan kulit yang sedap dan tahan rangup .

tips ini saya dapat dari Chef Sabri , semasa mendengar siaran IKIM Suri 
setiap pagi Jumaat 10pagi.
banyak dapat manfaat dari siaran bersama Chef Sabri.


kali ini saya tak panaskan minyak.

p/s mmg sedap kulitnya
senang di terap dan dikelim tepi


inti kali ini, saya gunakan sardin 
inti terpulang kpd citarasa memasing.



karipap rangup sedia untuk dimakan



inti sardin 
masukkan bawang besar beberapa ulas (5-7 ulas )
cili merah
garam
limau nipis
masakkan atas api kecil untuk keringkan airnya (agak lama juga) 






Wednesday, December 15, 2010

sekitar kenduri rumah abe din ~2







photo editing done by me ! 
15.12.2010

Tuesday, December 14, 2010

sekitar kenduri rumah abe din


akhir akhir tahun ramai yang naik pelamin
tahun ni giliran abe din kaknor menerima menantu
2 sekaligus abe din dapat menantu
sepasang,menantu laki dan pompuan

supian abang sulung belum nak bergirlfriend lagi
tapi adiknya suhail sudah mendahuluinya(kawen)
lepas ni giliran sape pula nak bermenantu
sama sama la membantu

tarikh 11.12.2010
tarikh yang ditetapkan
alhamdulillah majlis berjalan lancar
ujan pun bagai tempiasnya ke lain tempat

majlis perkahwinan dan majlis menyambut menantu
dia adakan kedua nya sekali gus




klik pada gambar utk lihat lebih jelas dan gambar
yang lebih besar.


ada banyak lagi gambar
nanti lah yer
nak cuba letakkan link nanti
dapat tgk 1 album


Thursday, November 25, 2010

Nota dari Pak Abu Sangkan


Dari Pak Abu Sangkan  
pencerahan ini yang kita perlukan
saya copy dari nota Pak Abu di FB.


Ittaquu firasatal mukmin,  innahu yandhuru binurillah : Percayalah dengan Firasat orang beriman, karena Ia melihat dengan Cahaya Allah. ( Al hadist )

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada Pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada Cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.( QS. An Nur, 24: 35)

Inilah dasar pengajaran spiritual yang sesungguhnya, digambarkan sebagai Cahaya Tuhan yang menyinari jiwa manusia. Spiritual bukan kajian ilmiah di Universitas atau Pondok Pesantren (Ma’had) sebagaimana biasanya kita kenal. 

Dalam hal ini, Allah menjelaskan proses pengajaran dan bimbingan-Nya melalui perumpamaan Myskat. Yang didalamnya terletak sebuah pelita yang tertutup kaca. Cahaya-Nya terkumpul dalam cerukan dinding yang berlubang, merupakan perumpamaan dada manusia yang dipenuhi Cahaya Allah.

Dengan Cahaya itulah manusia mampu menangkap dengan jelas bimbingan Allah dalam setiap langkah kehidupannya. Cahaya ini tidak dapat diperoleh dari mendengarkan pengajian dan mengumpulkan data ilmu pengetahuan yang tercatat dalam kitab-kitab. Itu hanya petunjuk awal untuk memahami bagaimana orang bersikap dan belajar menerima bimbingan Allah secara ruhani.

Kitab Suci Al qur’an merupakan “Peta Ruhani” dan petunjuk bagi pejalan menuju Tuhan. Yang didalamnya dijelaskan mengenai pengajaran yang dapat diterima secara langsung dalam jiwa manusia. Sikap ini dikenal dengan istilah ihsan, yaitu menyadari Tuhan melihat sikap dan tindak tanduk hati manusia. Tuhan tidak hanya terbatas mengamati perilaku kita dan hanya berdiam diri. 

Akan tetapi Tuhan Yang Maha Hidup memberikan pengajaran kepada jiwa manusia yang percaya dan yakin atas keberadaan Tuhan. Disebutkan dalam Al qur’an Tuhan ada, namun keberadaan-Nya tidak bisa ditangkap oleh penglihatan dan pikiran manusia.  Ia ada sangat dekat dengan jiwa manusia, sehingga apa yang dibisikkan dalam hatinya terdengar dengan jelas, karena Ia Maha Mendengar. Tidak Hanya sampai disini penjelasan mengenai Tuhan, dengan tegas Al qur’an mengatakan bahwa Tuhan akan merespons setiap do’a bagi yang berdo’a. 

Inilah yang dinamakan sikap ihsan atas keberadaan dan kegiatan Tuhan terhadap manusia. Maka dengan demikian, pemahaman atas Tuhan dengan segala keadaan-Nya disimpulkan dalam bentuk sikap yang sederhana berikut ini :
Duduklah dalam keadaan bersih lahir maupun bathin, tinggalkan kegiatan lahir yang berasal dari nafsu. Aktifkan ruhani anda, karena Tuhan tidak bisa dijangkau oleh pikiran dan penglihatan kita. 
Setiap manusia pasti memiliki jiwa, dengan jiwa inilah manusia dapat berkomunikasi dengan Allah.
Dan kepada jiwa manusia, Allah menuntun kegiatan Ruhani menuju pengetahuan-Nya berupa ilham. Pengetahuan ruhani dapat anda rasakan secara langsung tanpa hijab.

Anda akan merasakan setiap tuntunan itu mengarah kepada kebaikan dan kebahagiaan sejati. Lihatlah hasilnya dalam Al qur’an yang menjelaskan mengenai pengalaman pengajaran spiritual dalam diri anda. Anda akan diajak berada dalam keadaannya, bukan dalam pengetahuan berupa pikiran anda. Anda akan berada (being experience) yang tidak bisa diungkapkan dalam kata dan artikulasi. Sebagaimana anda merasakan berada dalam keadaan rasa cinta yang sejati.

Allah berkata : Jika kita menyebut nama-Nya didalam jiwa dengan merendahkan diri dan penuh hormat. Maka akan diturunkan rasa tenang  mengalir dalam jiwa anda. Jika anda mengalami keadaan ini, berarti anda memahaminya secara nyata dalam jiwa anda, bukan dalam pikiran anda. Allah Yang Maha Hidup selalu merespons apa yang kita lakukan dihadapan-Nya.
Jika kita hadir Allah juga hadir, jika kita  berkata Allahpun berkata dalam bahasanya yang dipahami oleh Jiwa. Lakukan seperti dibawah ini :
Allah berfirman :

……..barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.  Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.( QS. Ath Thalaq,65:2-3)

Pernahkan anda merasakan apabila ada kesulitan kemudian berdoa dan bertawakkal kepada Allah, kemudian langsung anda rasakan jawabannya dan mendapatkan jalan keluar ? Bahkan mendapatkan rizki dari arah yang tidak disangka-sangka. Jika semakin buntu (tidak ada jalan keluar) apa yang anda lakukan ketika melakukan komunikasi kepada Yang Maha mengetahui segala urusan. 
Sudahkah anda menundukkan jiwa anda kemudian berserah total dan memahami apa yang diturunkan kedalam jiwa anda ? Sebab Allah memberikan jawaban dalam setiap doa langsung kedalam hati orang beriman. Jika tidak ada jawaban, pasti ada yang salah dalam hal ini. 

Karena tidak mungkin Allah mengingkari janji (laa tukhliful mi’aad).  Untuk itu, perlu dilakukan pemahaman lebih dalam persoalan kepercayaan kita kepada Allah, terutama bagaimana menangkap signal atau getaran yang dapat dipahami.  Mungkinkah orang biasa seperti kita bisa menerima petunjuk Allah, seperti apakah keadaan yang akan kita rasakan ?

Duduklah dengan penuh taqwa dan percaya serta mewakilkan (menggantungkan) segala hidupnya kepada Allah saja. Hadirlah dihadapan-Nya dengan tunduk dan hormat, hilangkan keraguan dalam hati. 
Sebutlah Nama Allah dengan penuh harap, sehingga terasa hening dalam jiwa anda. Rasakan keheningan yang diturunkan dalam hati anda, semakin lama akan terasa bening dan menenangkan. 
Tundukkan jiwa anda semakin dalam , biarkan lintasan pikiran yang sesekali muncul menggangu. Jangan perdulikan, tetapkan jiwa anda mengamati keheningan jiwa anda.

Dan berusahalah tetap menyebut Nama Allah sampai pada tahapan anda mampu membedakan pikiran, emosi, perasaan dan ilham yang datang sangat cepat dan jelas.  Biasanya muncul petunjuk pada saat pikiran anda tidak terlibat, nafsu dan emosi kita tersapih.
Petunjuk datang bukan hasil rekayasa dan hayalan atau rangkaian peristiwa dalam memori dalam otak. 

Ia menelusup sangat cepat dan jelas, dan rasanya seperti sudah berada pada keadaan yang akan terjadi. Anda diberi kepahaman langsung kedalam jiwa anda, cirinya tidak ada keraguan. Sebab ia datang berupa keadaan seperti yang akan terjadi sebelum terjadi. Mengapa demikian ? 

Karena anda berada pada orbit jiwa yang tidak terikat oleh ruang dan waktu  Anda telah terlepas dari ikatan tubuh yang memilki arah dan jarak. Jiwa anda bukan badan ini, yang terikat oleh putaran bumi dan orbit matahari. 
Sehingga terjadi waktu akan datang dan masa lampau. 
Beradalah dalam jiwa anda dan mendekatlah kepada Allah, anda akan merasakan petunjuk semakin jelas.

Wednesday, November 24, 2010

Khasiat surah surah

Khasiat Surah Pendek- wallahualam

 


Salam..bahan ini saya perolehi daripada email rakan-rakan. Sumbernya tidak jelas. Apa yang baik kita jadikan amalan dan yang tidak baik dan bertentangan kita jauhi..selamat beramal.

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.
Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.
Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:
barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.


(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.


(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.


(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. 

Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.

Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. 
Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.


(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.


(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. 

Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya. 

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.


(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.


(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.

Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .


(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.

Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.


(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.


(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.


(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.


(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.


(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.


(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


(35) SURAH SABA
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.


(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.


"Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. 
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.


(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat
kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat ?Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"



credit to : prakseafield.blogspot.com 

Thursday, November 18, 2010

aidil adha 17/11/2010

muffin inti sambal daging

juadah kami di hari raya korban 2010

red velvet cake

kami sekeluarga

red velvet cake

terapi solat 1

p/s aku menulis sekadar memberi ingatan kpd diriku shj
jika ada yang tidak pasti dan tidak paham diminta anda mencari 
guru .
aku sekadar berkongsi apa yg ku rasa ,dengar dan teliti .
juga aku praktikkan .

----------------------


Bertahun tahun aku mencari jawapan .
Kenapa orang solat , bertudung labuh , haji atau hajah masih tidak mempunyai keperibadian tinggi .
Masih bercakap yang tidak elok,riak,sombong, angkuh, suka memfitnah , suka mengejek ejek , memperlekehkan dan terlalu banyak lagi yg merosakkan jiwa dan akhlak.
Hati yang sakit parah . Penyakit2 kronik.
Terlalu banyak kerosakan akhlak .



Aku  keliru dan sentiasa mencari jawapan nya.
Aku  PASTI ada yang tidak kena dalam diri jika masih ada perlakuan sebegini.


Kini aku sudah semakin mengerti dan paham, ada sesuatu yang perlu di perbetulkan iaitu
SOLAT kita.
Kenapa Allah menekankan solat bisa menghindarkan diri dari perbuatan mungkar dan maksiat.


Selama ini kita solat bukan lahir dari jiwa dan ruh . 
Kita solat semata mata kerana tuntutan agama, tidak lebih dari itu.
Kita diajar sedari kecil oleh ibu bapa , solat lah, jika engkau tidak mahu masuk neraka.
Kita solat dengan keadaan keterpaksaan. Solat kita tidak sejati . Kita lelah .


Kita solat apabila sampai waktu nya kita perlu solat. Tidak lebih dari itu.
Masuk azan, perlu solat . Kenapa ? 
Sebab tak baik melewatkan solat, jadi dengan keadaan hati yang berat TERpaksa
juga menggerakan badan untuk solat. 
Tidak ada yang enak dalam solat. 
Mana bisa , orang mengatakan selepas solat badan jadi segar bugar, bahkan semakin letih,
kerana asik tunduk dan bangun !


Allahuakbar ! 
Bismillah.....owhhh, sudah 2 rakaat....lagi 2 rakaat bisa habis solat ku.
Begitulah keadaannya kita apb solat . 





Selepas menghadiri KSK (solat khusyuk ) bersama Pak Abu kini aku semakin sadar dan mengerti .Terima kasih Allah kerana memberikan ku hidayah ini, mengajarkan ku ilmu ini. 
Rupanya selama ini , aku solat kerana keterpaksaan , kerana tuntutan agama,
kerana diajar sedari kecil . 
Ya Allah , ampunilah kesalahan ibu bapa ku. 
 


SOLAT  adalah kembali bertemu dengan Sang Pencipta ( Allah ) berdialog, berkomunikasi , rendah diri , pasrah ,  berhubung dengan Allah.











Mari kita lihat dari segi  pergerakan solat .


Berdiri /qiam untuk mengangkat takbir.
bermula dengan Allahuakbar ..! (allah maha besar ..luruh dendam,angkuh,kikir ku bersama asal kejadianku ).
asalku tanah


"sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku mengikuti kehendak Zat yang Maha mengatur Alam semesta" 
(Al Anam 162)


"hanya kepada engkau kami sembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan " 
(al fatihah 5)




Rukuk
Rukuk 90 darjah . 
tulangku,sarafku,otakku,pendengaranku,penglihatan ku rukuk dan tunduk pada Mu Allah.

Nabi bersabda " tidak sempurna salat seseorang hingga diluruskan belakangnya di waktu rukuk dan diwaktu sujud. 
HR abu dawud dan Termizi


Disini kita melatih diri untuk jiwa/ ruhani  serta jasmani .
Disini kita akan terasa regangan di bahagian tulang belakang, urat bhg belakang yang sering 
sakit  juga akan terasa bahagian betis ,paha dan juga bhg refleksologi (tapak kaki ).
Terapi solat ini amat hebat.



Sujud 


Sujud adalah puncak perjalanan solat dan ruhani kita.
Dari segi ruhani , sujud merupakan bahawa kita sedang sujud tunduk patuh kepada Sang Pencipta (Allah),kita lemah,kita rendah.
Kita dicipta dan terbuat dari tanah , kita akan kembali kepada asalnya . ( sadar )









Saat kita sujud , kita disarankan untuk sujud lebih lama .
Disini kita dapat lebihkan doa dan permintaan kita kepada Allah.
Jangan desak Allah . 

Supaya kita tidak lelah saat sujud , kita perlu perbetulkan posisi badan .
Kepala didepankan, tangan dan bahu dikepak kan sedikit, perut jangan 
tertindih dengan bhg kaki dan paha.
Kaki dibelakangkan sedikit , seperti keadaan sedang merangkak. (menjangkau spt harimau )
Perut agak terangkat.
Telapak tangan diletakkan atas tanah/sejadah sejajar dgn bahu , tangan jari jemari tunjuk dan straight kpd kiblat. 
( boleh rujuk kpd solat sains )


Ditekankan disini supaya sujud lebih lama dan dalam keadaan yang betul , oksigen akan bergerak ke hadapan bhg frontal lobe .(otak depan )
Frontal lobe kurniaan Allah yg membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal.
Professor Hembing jelaskan ,pd masa sujud , semua otot akan berkontraksi. Otot otot akan jadi kuat dan sihat.
Urat urat darah spt pembuluh nadi (arteria ) pembuluh darah (venae) lympha akan menjadi lancar.
Sujud juga membantu jantung bekerja dgn lebih baik ,memberi ruang kpd pembuluh pembuluh darah(arteriosclesosis)  bekerja dgn lebih baik .
Waktu sujud darah ,bergerak ke otak, mengalirkan oksigen yg sangat diperlukan otak.


Nabi sering sujud lama (diriwayatkan) beliau mempunyai tubuh yang sehat dan ideal.



Berikut adalah sifat2 yang ada pada manusia yg hebat frontal lobenya.

Boleh menumpukan perhatian pada sesuatu dalam jangkamasa yg lama
Berupaya menimbang semua kemungkian sebelum bertindak.
Membuat keputusan dgn tepat dan cepat, tidak teragak2.
Jelas dalam semua perkara.
Ceria
Mahir dalam apa yg dipelajari.
Mudah menyesuaikan diri dgn perubahan.
Mampu belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
Sentiasa memikir peluang2 lain sebelum bertindak.
Punyai keyakinan diri yang tinggi.
Mampu bertindak mencapai keinginan atau cita2.
Seorang yg tinggi disiplinnya.
Mampu membina peluang yg lebih hebat berdasarkan pengalaman.
Tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh2 luaran.
Boleh menumpukan perhatian hingga lupa pada persekitaran dan masa.
Minda yg tetap dan tidak melayang-layang.
Lebih proaktif dari reaktif.
Berpendirian tinggi.
Tidak pentingkan diri sendiri, lebih bersimpati.
Punyai impian, tujuan yg jelas dan hebat hingga tidak mampu digoyah keadaan luaran dan juga dari badan.
(dr sumber intenet - syurgadunia)



sifat  negatif adalah dari sifat  frontal lobe yang lemah.
tidak cukup oksigen .







bersambung...insyallah


---------------------------
18/11/2010


p/s aku menulis berdasarkan pengalaman dan praktik ku 
apa yang ku pelajari ku praktikkan !
alhamdulillah berkesan mengubati penyakit dalaman dan luaran ku.
aku disahkan mempunyai penyakit hypertension  250/140 ,jantung , thyroid , nerve disoder(saraf),vertigo dn pelbagai lagi masaalah kesihatan.
semuanya kerana aku tak pandai menguruskan stress di jiwa , sering resah dan gelisah.
penyelesaian terbaik adalah melalui SOLAT . 
bgku tiada ubat yg lebih baik ,adalah SOLAT yang baik dan penuh rasa keabadian kepada Nya.
aku mencuba sedaya upaya mencari dan mencari redha Allah,dan aku pasti ,
sesiapa yang mencari TuhanNya akan menjumpai Nya.
dan juga aku pasti , jika engkau mencari akhirat, maka dunia akan datang dengan 
sendirinya kepada mu.




Hidup adalah kerjasama, ilmu yg ditimba gunanya untuk menolong sesama manusia
Arwah abah berpesan, kita tidak kaya, kita tidak punyai wang yang banyak, jadikanlah
ilmu , qudrat sbg  sedekah dan amal jariah yang kita berikan kpd sekaliannya.
Itulah yg menjadi prinsip dan pegangan ku hingga sekarang .
Arwah abah juga berpesan , jangan anggap itu suatu pekerjaan , kerana jika bekerja
kita mengharapkan upah , tapi tanamlah dalam diri bahawa aku sedang belajar !
Jadi kita tidak mengharapkan apa apa balasan , sebaliknya yang kita dapat adalah
ilmu yang Allah ajarkan kepada kita.


tima kasih abah dan mama(arwah) , mereka adalah berlian dlm hidupku.Sentiasa bercahaya
dan bersinar walau mereka telah lama tiada. Tapi ajaran dari mereka sentiasa bersama menerangi ku.





rujukan : pak abu sangkan , sumber2 intenet, syurgadunia ,pn nora( ummu ayman ),Tn fuad
gambar2 : dari sumber google (tima kasih kpd penyumbang )