Friday, December 17, 2010

karipap rangup

Resepi karipap rangup

500 gm tepung gandum (1/2 kg)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air kosong
garam 

- uli tepung dgn minyak terlebih dahulu - gunakan senduk kayu
- masukkan  air sedikit demi sedikit
- jika rasa masih keras,masukkan sedikit lagi air sampai rasa elok adunan .
- uli sehingga adunan licin, dan peramkan sekejap agar senang diterap nanti.

dengan size yang kecil molek ini, dapat dalam 40-50 bj karipap
masukkan dlm bekas yg elok berlapik dengan plastik, jadikan frozen
boleh digoreng pagi dan petang.
boleh juga dibuat bekalan untuk suami dan anak anak ke sekolah nanti.

tips : tambahkan butter (pure butter ) sedikit
-tambahkan sebj telur
untuk kerangupan dan kulit yang sedap dan tahan rangup .

tips ini saya dapat dari Chef Sabri , semasa mendengar siaran IKIM Suri 
setiap pagi Jumaat 10pagi.
banyak dapat manfaat dari siaran bersama Chef Sabri.


kali ini saya tak panaskan minyak.

p/s mmg sedap kulitnya
senang di terap dan dikelim tepi


inti kali ini, saya gunakan sardin 
inti terpulang kpd citarasa memasing.



karipap rangup sedia untuk dimakan



inti sardin 
masukkan bawang besar beberapa ulas (5-7 ulas )
cili merah
garam
limau nipis
masakkan atas api kecil untuk keringkan airnya (agak lama juga) 






0 comments:

Post a Comment