Selamat Datang Ke Zawiah Diary :)

Salam Ukhuwwah Mahabbah Fillah...

Mutiara Bahasa

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Best Quotes

If success doesn't come to you, you go to it... ~ Marva Collins

Change Faster !

When you do decide to make a change in your life, do it Quickly. Be Excited and you'll change Faster!

Ketenangan Dan Kebahagiaan

“Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Fath, 4).

Showing posts with label hibur hati. Show all posts
Showing posts with label hibur hati. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Saya juga berada disini

Saya juga berada disini :-

http://zawiahdaud.blogspot.comzawiahdaud.blogspot.com

Kini saya dibawah pengawasan ABDR ( Akademi bekerja dari rumah ).

Kunjungi lah saya disana .

Saya disarankan untuk penjenamaan , jadi doakan saya agar terus konsisten untuk terus menulis dan terus berkarya. Tujuan saya satu agar apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan bersama.

Disini saya akan jarang berkongsi .
Saya akan lebih update informasi dan interaksi di zawiahdaud.blogspot.comhttp://zawiahdaud.blogspot.com

I write to inspire others.

Teks : Zawiah Daud

Wednesday, April 27, 2011

Nak tahu ?

Allahim

Nak tahu ?

Wanita, perempuan, anak gadis , gila berfesyen.
Macam macam ada sampai rasa nak tutup muka , malu .

Mengarutlah fesyen sekarang ini.
Baju singkat, nampak lurah ponggong..tapi kepala bertudung .
Fesyen..?

ASTAGHFIRULLAH , SUBHANALLAH




http:// zawiahdiari.blogspot.com

Tuesday, April 26, 2011

alhamdulillah ~ 26 april

alhamdulillah..alhamdulillah...

hari ini 26 april....dilahirkan dan dapat melihat dunia
nikmat yang Allah kurniakan..dapat lagi melihat matahari,merasa bayu , mendengar angin mendesir...
merasa nikmat tangan,kaki,mulut mata...dan ya allah tak terkira nikmat Mu ya Allah.


satu persatu anak tangga kita daki .
Kita sering lupa bahawa hidup ini memang ujian.
ujian dari Allah , untuk memberi kita kenal dan memberi kita ajaran.
sorak gembira juga ujian .
ujian alpa dan lagho..ujian hasutan syaitan.

  "Lalu nikmat yang mana lagi yang AKU dustakan "

Dan satu lagi anak tangga ku pijak..dan umurku bertambah lagi....

bulan April , adalah bulan yang banyak kenangan bagi diri ku .
Pertama nya aku dilahirkan , keduanya aku dikahwinkan di bulan april...
ketiga aku melahirkan anak sulungku dibulan april...
dan berkebetulan...kak ipar a.k.a biras juga sama menyambut hari lahir pada bulan april...
dan yang paling memilukan...abah ..menghembuskan nafasnya juga pada bulan april.


p/s : tak lupa pada yang menghantar ucapan hari lahir...alhamdulillah..alhamdulillah..terima kasih
semoga kalian juga diberikan nikmat , berkat dan redho Nya.

Monday, January 3, 2011

back to school day



Hari ni 3.1.2011 - anak anak kembali bersekolah
setelah hampir 2 1/2 bulan bercuti ...aktiviti biasa kembali lagi
alhamdulillah kakak dah masuk Ting 4 dan adik masuk Ting 3 (w/pun belum cukup umur)




nota kaki :
p/s agak lama tidak mencoret apa apa disini
sikap punca nya..jangan salahkan apa apa..!

Thursday, December 23, 2010

PMR + Nur Syamim

Seramai 30,863 daripada 439,456 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding tahun lalu.

Keputusan PMR keseluruhan itu diumumkan Kementerian Pelajaran sebentar tadi.

Sumber : Bharian


                                      *********************************** 




Alhamdulillah ..terima kasih Allah
8A berada dalam genggaman Nur Syamim
kami mampu mengucap terima kasih Allah dan sujud syukur pada Mu Ya Allah
sadar : dengan izin Allah jua
Airmata  gembira dan syukur yang mengiringi kejayaan mu.
TAHNIAH  buat  anakandaku sayang.
" this is not the end of your struggle "...keep on going
perjalanan mu masih jauh sayang ..!





SMKBBS 
Sekolah Bandar Baru, Sentul
Pencapaian 8A = 14 orang ( ujar pengetua ada peningkatan )
Terima kasih cikgu cikgu dan tenaga pengajar yg bertungkus lumus memberi ilmu untuk anak anak kami.

  
Barisan yang mendapat 8A , dipanggil ke pentas .



dah ambil result , baru lah perut terasa lapar.
ok lah, mak belanja makan KFC.


nota kaki :
terima kasih dari kakak untuk mak2 sedara dan pak2 sedaranya, sepupu2 nya yg banyak memberi dorongan untuk nya. ( ikhlas dari hati kami )

Tuesday, December 21, 2010

Birthday Sanim @ Janda baik

Pandanglah alam ini. Pandanglah dengan mata hati. 
Keindahan Allah....persembahan untuk umat Nya yang mensyukuri nikmat yang diberi .

                                                           ********



19.12.2010 :- hari kelahiran anakanda ku yang ke2.
selamat hari jadi adik , doa mak dan ayah mengiringi adik sepanjang 'perjalanan' ini.

adik , nak kek ke birthday ni ?
tak nak lah mak , adik dah jemu dah tengok mak asik selalu buat kek untuk orang..dah kenyang kek dah...
dah...apa sudah jadi ...
bang..nak celebrate apa ari jadi adik ni bang..?
kita gi makan makan aje lah..ujar cik abe ku...
diam...sepi...

beberapa hari ....ilhamku datang...text sms pada cik abe ku...
inilah persembahan nya..





ini adalah kawasan rumah Pak Habib.
unik....terasa pula seperti "kerajaan langit" ciptaan Pak Pin!




cik abe ku dan anak anak tertarik ( kagum ) dengan susunan batu batu sungai sbg dinding rumah.(Pak Habib )




kawasan perkhemahan dan tempat kami berkelah.
ada tempat untuk memasak.
dan yang penting ada tandas....
anak sungai , airnya bersih



ada rumah 2 tingkat lagi
rajin nya....kreatif...
 

ini bagi ku adalah surga dunia
terlalu cantik tempat ini
terletak bersebelahan tempat kami  'camping'.
wadi SAMRAH (kepunyaan Datuk Samsuddin dan isteri Rahmah ) ujar penjaga kawasan Samrah.

Kawasan seluas 6 ekar .
Terdapat pokok buah buahan durian dll.


Ada swimming pool lagi
cantik..lihatlah dengan matahati....nikmati keindahan Allah
menenangkan, mendamaikan....kekayaan Allah



 SAMRAH tower - sungguh terpegun


cukup berkenan dengan rumah ini
lihatlah atap nya..


kawasan 'camping' kami
camping site Lurah Lurau (camping site)
masuk ke Janda Baik , melalui pintu gerbang 
agak2 dalam 500 meter ke dalam 
berdekatan dgn kawasan Umno .

perjalanan dari Kuala Lumpur - 45 minit - 1 jam sahaja






 SAMRAH TOWER (JANDA BAIK )


terima kasih Allah
kami menikmati nikmat mu dgn hati ikhlas .

Thursday, November 18, 2010

aidil adha 17/11/2010

muffin inti sambal daging

juadah kami di hari raya korban 2010

red velvet cake

kami sekeluarga

red velvet cake

Tuesday, November 9, 2010

siaran tertunda

Maaf yer,semenjak dua menjak ni saya kurang bersiaran.


Kepada yang sudi hadir dan singgah, terima kasih jua diucapkan.
Insyallah kelapangan masa, saya hadirkan diri di 'laman' kengkawan semua.

cupcake ku  



Jemput makan yer, saya hidangkan cupcake dulu
ini cupcake untuk doorgift cukur jambul cucu along dan feruz.(hehhhee)

 





Yoshh......

Tuesday, October 12, 2010

memoir abah

ya allah, ya rahman , ya rahim


Malam sudah semakin larut.
Dah agak lama , aku dah makin jarang berjaga memalam . ( jaga kesihatan yg makin usang !).
Tetapi malam ini, entah kenapa , mata yang pejam celik mengadap siling, mengira  ngira   nombor di siling.

Lalu kebiasaanya , akan aku aturkan jari ku ke keyboard ini + tetikus yang menular bergeser di mouse pad.
Wahh, ku tahu , ku tahu , bahasa ku sudah menunjukkan maju . Tak rugi untuk ku menuntut ilmu .
Sesungguhnya ilmu dan qalam sentiasa beriringan , bak irama dan lagu.

Malam ini , jiwa ku sedikit kacau . Sudah tentunya ada yang mengetuk nya siang tadi .
Owhhh , benar kata RTL , nombor ku adalah tanggungjawab dan amanah  yang tinggi . Gusar juga aku !


Aku mencari abah , mencari pada bayang , mencari pada mimpi , dalam hati .... segalanya yang ada. Aku rindu abah !


Pelbagai ungkapan dan persoalan bermain di benak fikir ku. Dan sudah semestinya abah adalah segalanya bagi ku , sentiasa di legar otak ku .
Sekarang ! segala yang ku fikir , segala yang ku lakukan , segala galanya aku akan berpandukan kepada ajaran dan semangat juang  yang abah tinggalkan  untuk ku . 

Segala yang ingin ku lakukan , aku akan rujuk pada abah . Apa yang beliau fikir , keresahan hati nya dapat ku telek bersama segelas kopi dan kain pelikat takat betis.

Dan yang pastinya abah adalah idola ku dan dialah abah yang berada dalam jiwaku , mekar segar bersama semangat nya yang tak pernah luntur .
Dan dialah my guiding star , fikirannya bersama ku tika ini!
Abah kekuatan semangat mu menjadi resmi bersemadi nya dalam diri ku .



p/s segala nya ku serah kan pada Allah
Engkau lah penyelesai segala masaalah.

Janji Allah adalah benar .
Benarlah, Tuhan tidak pernah berhenti menyiram hikmah dan rahmat-Nya
walaupun pada masa yang sama kita diduga dengan hempedu ujian yang
begitu pahit untuk ditelan!

Monday, October 11, 2010

Adab dan aturan memasak



Sebelum saya berkongsi gambar masakan serta resepi nya,  suka juga saya  untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat , ibu ibu rumahtangga semua,  adab-adab ketika memasak.

tersangat lah afdhal nya  ibu-ibu mengetahui dan mengamalkan adab-adab ketika memasak, kerana makanan yang dimasak mengikut adab-adab sunnah, akan melahirkan makanan yang baik untuk jiwa suami dan anak-anak.Juga jika memasak dengan penuh keikhlasan , niat untuk memberi makan pada ahli keluarga dan rakan taulan, insyallah dengan izin Nya, masakan akan sesedap rasa , macam iklan Knorr , sesedap rasa, secukup rasa !

3 adab dan aturan  memasak pada hari ini :)
  1. Apabila memasak, sebaik nya  kita berada dalam keadaan wudhu’.( ada air sembahyang )
    *Sekiranya  terpaksa memasak sebelum sempat mandi hadas besar, maka seeloknya  untuk mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum  memasak.
  2. Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak. Pakaian yang tidak keterlaluan.
  3. Berzikirlah sewaktu sedang dalam mood memasak.( ya allah, ya rahman, ya rahim @ subhanallah @ salawat kepada Nabi ) .cuba elakkan dari bercakap yang tidak penting semasa memasak 
Ok, disini saya sharekan dulu , aktiviti memasak saya sepanjang minggu yang lalu.
Masak , makan , masak ..makan...! ( hidup untuk makan ke..? )
resepi akan di share kemudian. insyallah ! jika ingat .



ganache chocolate cake

marble cake



roti manis bun


Kebetulan abang dan kak ipar datang bersama anak anak saudara yang keletah bangat.
Juga ziarah kunjungan dari anak anak sedara yang masih sudi menjengah rumah nan tua  ini !

Maka nya aku suka bangat , dengan aktiviti yang mengenyangkan perut ini.
Suka dengan suasana , makanan disediakan sendiri , penat lelah hilang terasa ,  apabila sang penjamu selera melakar wajah ceria, lelah penat letih pergi segala gundah , gundah dan risau melakar pergi dengan sendiri .


Alhamdulillah , sujud dan syukur ku kepada Mu ya allah, diberi kekuatan dan rezeki  lagi untuk ku  terus menyumbang usahaku yang kecil ini.
(w/pun ianya tidak mendatangkan kegembiraan pd sstgh orang )

Terima Kasih Allah, allah memberi yang terbaik untuk ku

Sering saya baca , di majalah , di intenet berita keruntuhan rumahtangga.
Terasa di jiwa amat takut dan gementar nya.

Allah telah hantarkan dan berikan saya yang terbaik. Syukur dan sujud kepada Allah.
Allah telah menganugerahkan saya seorang yang terbaik , iaitu suami saya Azlan .
Syukur teramat dengan pemberian ini ya allah.

Sehingga kini , kami sudah bersama sepanjang dua puluhan  tahun, dia amat memahami dengan
perangai ku, amat memberi sokongan kepada ku. Terima kasih bang !

Kini apabila aku sudah tiada mak dan abah untuk berkongsi , dialah yang terbaik , memahami
kesedihan  hati ini. Terima kasih allah.
Saya sangat sangat bersyukur. Alhamdulillah...segala puji bagi Allah. Sesungguhnya perancangan
allah adalah yang terbaik .


"bang .." abang baca tak blog za..?
ermmm....tak lah...nape nya..?
allaaa ..tulis lah, nanti abang rajin, abang bacalah..
bila...??
terhenti disitu...
abang tidak pernah jengah pun...





lagu dan lirik ini ditujukan untuk suami tersayang En Azlan bin Haji Omar.
 
walaupun abang tak jengah, tapi ianya memang khas untuk abang!

Sunday, September 26, 2010

puding roti berkuah kastad

Puding roti berkuah kastad




( semalam terguna butter yg lama dlm esbox, rasa nya ada sikit spoil )



Bahan bahan
- 8 keping roti gardenia
- telur 2 bj
- sedikit butter 2 marjerin /cairkan
- susu segar 500ml ( 1 cwn )
- vanilla essen
- gula 4 sudu besar

di perap seketika biar meresap
bakar selama 30-45 minit

loyang yang hendak dibakar , dilengeserkan marjerin

tips hendak melengserkan marjerin ke loyang
ambik tissue dapur, leserkan marjerin, dan sapu terus ke loyang


Kuah kastad
- 200ml susu cair
- 200 ml air
- 2 sd besar kastad
- gula 2 sudu besar / secukupnya

kacau kacau atas api kecil hingga likat.
jangan biarkan berketul.



ratings : 5 star
hehee..kami suka sngt dgn roti berkuah kastad ni
style hotel 5 star punya
tak cuba , tak tahu
cubalah !

Wednesday, September 22, 2010

resepi rendang



rendang masih dlm periuk 

 


resepi rendang minang

ayam tua
bawang merah?besar  5 ulas
bawang putih 4 uls kecil
halia sebesar ibu jari
ketumbar, sangai ,tumbuk halus 2 sudu besar
lengkuas sebesar ibu jari
serai 4 btng
cili merah hidup
cili api
belacan
kunyit hidup
asam keping 1 keping ( jika besar )
buah keras 2 biji

nissey, garam


tumis serai , bwng putih, dan masukkan bahan2 blender
santan 1 kg ( boleh dikurangkan )
masakkan hingga empuk

* perlukan masa lebihkurang 5-6 jam untuk empuk
* petua untuk empukkan daging ayam pencen : semasa memasaknya masukkan
sudu stainless steel ke dlm periuk.


------------------------------------------


resepi rendang ( versi 2 )

ayam
bawang merah
bawang putih
halia
ketumbar, sangai ,tumbuk halus
lengkuas
serai
cili merah
cili api
belacan
kunyit hidup
asam keping
buah keras
asam keping
nissey, garam


* ayam biasa 1 ekor
* tambahan rempah kari ayam @ daging 2 sudu besar
* kerisik beli siap 2 ringgit
* santan 2 ringgit

tumis rempah kari dulu , baru masukkan bahan2 giling yang lain
dah garing masukkan ayam , santan ,

masakkan hingga masak , sama ada nak berkuah atau tidak
bg kami sekeluarga , suka yg jenis ada kuah sikit, tidak terlalu kering

sedap dimakan begitu saja ( ratah ) cicah roti , makan dgn nasi panas.



* hasil carian dan pengubahsuaian pd beberapa bahan bahan tertentu.
sesiapa yg sudi boleh mencuba
senang saja membuatnya
cuma mengambil masa sedikit utk menunggu kuah nya bebetul kering mengikut
kehendak dan selera rasa.

SELAMAT MENCUBA !

Saturday, September 11, 2010

mengisi usia di hari raya

 ya allah , ya rahman, ya rahim


salam lebaran untuk pengunjung blog , rakan taulan , sahabat handai , kawan kawan maya , jua
buat anak anak sedara yang dikasihi serta ipar, biras dan abang yang paling ku sanjungi.

hari ni dah masuk hari raya ke 2 .(11/09/2010)
hari ni juga aku sudah melalui hari raya sebanyak 46 kali dalam hidup.
hari raya dikala umur menginjak senja sebegini, tak sepertinya  hari raya kala anak anak semasa dulu duluan.

hari raya kini , aku mampu bersyukur dianugerah kesihatan yang baik, suami yang pengasih dan
amat memahami diriku serta anak anak yang senang diurus.
alhamdulillah , beribu terima kasih ku alunkan untuk mu Ya Allah.


sekadar melihat keriangan hati anak anak, sudah cukup memadai untuk ku di hari raya.
sekadar dapat mengisi tekak dan mengalas perut dengan santapan hari raya sudah menggembirakan
hati ini.
sekadar menghulur tangan memohon maaf dan mengucap selamat hari raya buat sedara mara ,
sudah cukup menginsafkan diri ini.
ini lah makna dan manfaat hari raya buat ku di kala mengisi usia .
melihat dan meneliti kehidupan.( subjek utama )


Selamat Eidul Fitri.!


p/s : bersiaran dari kampung




Kita cuma mengisi usia dengan sebaik khidmat bagi diri dan bagi masyarakat dengan sentiasa beringat bahawa “kita datang ini kosong tangan kosong dada…bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.”
~kata kata Pak Samad

Tuesday, August 10, 2010

bersama Ramadhan ini








didahulukan dengan Asmaul Husna
moga moga dengan amalan asma ul husna...
kehidupan kita akan diberkati

salam Ramadhan untuk semua kawan kawan, sedara mara yang jauh dan dekat..
untuk anak anak sedara, biras , ipar dan abang serta kak ipar...
selamat menyambut Ramadhan yang mulia...
ampun maaf, jika ada kesilapan yang sengaja dan tak disengajakan...
moga moga keberkatan bersama kita di Ramadhan ini




---------------
p/s tahun ini, sambutan puasa ku adalah yg ke2 kali, mama meninggalkan kami
dan arwah abah pula menginjak ke tahun ke 4 meninggalkan kami.
semoga di Ramadhan kali ini Allah lapangkan kubur mama dan abah, ampunilah
dosa dan kesilapan mama dan abah....inilah doa za untuk mama dan aboh.
AMIN.

Wednesday, August 4, 2010

cinta dalam hati ku


" cinta dalam hati ku "

kemarin jumaat hingga ahad...
aku di "ganggu" dengan kehadiran dan kenakalan anak anak buahku yang
kecik....ahhhaa...aku suka sangat melayan situasi begini....suka, terhibur  dengan kehadiran
anak anak buah , keluarga serta ipar dan biras.. .buat masa ini , mereka adalah supporter yang terbagus
untuk diriku.....terima kasih wahai keluarga ku sekalian.

bukan di ganggu sebenarnya....di usik dengan perangai kenakalannya...serta dengan
celotehan nya yang agak agak pelat bahasa....bahasa dan mimik mukanya membuatkan
kami semua terpesona dengan kenakalannya...




sudah lah jangan menangis.manusia akan meninggalkan kita, tapi Allah tetap ada.....

Thursday, July 22, 2010

simfoni buat abah

kalaulah aku ni penulis hebat....akan ku bukukan kisah abahku
bagiku abah adalah idola ku, guruku  yang terbaik untuk selamanya.
biar 1000 tahun ...abah adalah orang yang paling ku sayang dan paling ku sanjungi.

abah orang yang paling teliti, dedikasi  dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
masih aku ingat........untuk mengikat seutas tali.,,sambil melunjurkan kaki,dengan
kain pelikatnya takat lutut.....baju tak pernah lekat di badan...tapi towel sentiasa
tersangkut di bahu....
mau ambik masa 1-3 jam untuk mengikat tali dengan sempurna.
bila dah lama mcm tu..mulalah dia buka cerita lama...
"aboh dulu pengakap..pandai ikat tali....."ehheee...


wahh...apa lagi...berbunyilah leter mama....bila nak siap...?
ermm....sampai saat ini...aku rasa masih lagi di zaman bersama sama
dengan abah...walau abah dah hampir 4 tahun meninggalkan aku.
"aboh....za rindu aboh...rindu kat aboh......"



pernah mak sedara ku berpesan padaku...
katanya  "contohilah abah ...abah datang ke kota baru dgn jari sepuluh..."
aku sering terngiang ngiang perkataan keramat itu di telinga ku...
yaa..memang aku takkan sia siakan usaha abah selama ini.....
peninggalannya untuk ku adalah amat berharga sekali buat kami anak beranak.

abah berasal dari kampung...dia sanggup mengharungi hutan dan lopak untuk ke kota
bharu (bandar) untuk menuntut ilmu. dulu mana ada jalanray...mana ada kereta, untuk
beli basikal pun ...tak upaya....
aboh asal dari kampung..nun jauh Beris Kubor Besar...di situlah aboh di semadikan
bersama kaum keluarganya yang lain....adik beradik,mak ayah nya...semoga aboh aman
bersama pencipta Nya.


baginya ilmulah yang bakal merubah kehidupan kita untuk menjadi ke arah yang
lebih baikdisamping mencari bekalan akhiat.
pada masa dulu, memang susah untuk bersekolah, tapi dengan nekad dan semangat
yang tinggi abah dapat menjadi orang yang berjaya.


dari jawatan kerani biasa, dia dinaikkan pangkat....pangkat demi pangkat....hinggalah akhirnya
jawatan yang disandangnya merupakan jawatan  penting  di JKR Kota Bharu.

aku apa tahu masa itu....bodoh dan tak mengerti pengobanan abah....
maafkan aku ya allah...
tapi abah tetap seperti biasa,berpakaian ala selekehnya, membawa beg kegemarannya...
jika pak guard datang berlari kepadanya hendak membimbit begnya..dia akan berkata
"tak payoh..ambo bulih bowok..".......jadi pak guard hanya mengangguk angguk kepala sahaja.
tapi..jika aku yang membimbit begnya...tak kisah pulak....


sebalik ketegasan aboh.....aboh adalah seorang ayah yang amat penyayang...
dia amat menyayangi anak anaknya....
mama adalah orang yang paling disayangi nya...
selalu bila aku buat perangai ....abah akan pesan..."jange....nanti mama susah ati.."
bila aku nakkan sesuatu..."btau maa dulu...nok gapow.."
jadi disini ..baru aku paham...aboh meletakkan mama di tempat pertama ....seorang ibu
harus dihormati.....begitu juga sebaliknya...mama dan aboh adalah insan yang saling bekerjasama.

.....selalu abah berpesan padaku selepas aku berkahwin..........." air tangan kita adalah yang terbaik..."
"buat air pun tak pe....""....jange malah...."
jadi sekarang..kalau aku malas.........aku akan ingat pesanan keramat ini........itulah asas kebahagiaan
dan keharmonian dalam rumahtangga.


hinggalah saat aboh kena stroke.....aku rasa hampir separuh jiwaku hilang.........
aku sedih yang amat..........setiap hari menangis........aku dah hilang suara yang
ingin aku dengari.........setiap kali pulang ke kampung.........
abah terbaring saje di katil.....bila aku menghampirnya...dia usik usik pipiku...gerak2 mulut...
ada sesuatu yang ingin dipesannya...aku tahu...aku tahu...abah ingin pesan...jaga mama baik baik...
za jaga mama...za jaga diri....itu yang selalu dipesannya......tengok Lan tu.....Lan orang baik....
itulah saja pesan dia.......selalu yang itulah dipesannya...
untuk suamiku...dia selalu berpesan..."Lan duduk baik baik dengan za.....Lan anak aboh....Lan jaga
za....za selalu sakit..jange maroh dio..."
sesungguhnya aku amat rindukan aboh....
aboh ...za rindu aboh....


Allah yang menetukan segalanya....
aku tidak dapat memutarkan kembali keadaan
hanya kenangan bersama abah...sentiasa segar di ingatan.
aku redha....


ya allah
ampunilah dosa dan kesilapan aboh
ya allah.letakkan lah aboh dalam syurgamu ya allah
ya allah lapangkanlah kubur aboh..
abah pergi mengadap Illahi pada umurnya76 thn
selepas hampir 5 tahun mengidap stroke.
Allah yang mengetahui segalanya.


p/s
"the success that should be awarded to you "
al fatihah untuk aboh dan mama




Saturday, July 10, 2010

ikan siakap kukus




sekarang memang rajin masak kukus...
salah satu sebabnya adalah lebur jer apa yang ada..
nak tunjuk kat kaklaa ni sebenarnya...
nak tunjuk pengukus yang glamz  sekali..
tapi tak dapat nak upload gambar...
(nanti akan tunjukkan steamer )

resipi ikan steam ( kukus )

- ikan siakap @ apa apa ikan yang sesuai utk kukus
- perapkan dlm 1/2 jam - 1 jam bersama garam, bawang putih tumbuk,
halia tumbuk halus
-daun ketumbar
carrot dipotong potong
-buah tomato @ apa apa yg selera di makan

siap untuk dikukus

p/s ikan sebaiknya dibasuh dgn asam limau nipis @ cuka utk
hilangkan hanyir


jika guna steamer elektrik hanya gunakan setakat 15- 20 mins shj
cepat, mudah , menepati citarasa dan sememangnya sihat.

Wednesday, July 7, 2010

peserta gadis melayu



peserta gadis melayu terbilang..?!
gemilang, terbilang....1 malaysia lagi...

ehhhhh...gossip lagi....
bergosip cara berhemah..
jadikan sebagai panduan dan teladan...



gadis melayu..semata mata gimmick.....
luaran tak sama dengan dalaman...
adakah betul..mereka menepati citarasa gadis melayu...

gambar gadis melayu melampau yang dihidangkan diatas ni adalah
peserta gadis melayu Sharifah Jasmine Soraya (shah alam )




perangai cam setan....orang cam ni ke yang dipanggil gadis melayu..?


gambar dan artikel ni dikongsi dari beautifulnara.com dan mytalento.com
boleh tengok gambar dan baca artikel kat sana...
saya tak pandai nak buat ulasan..
tapi yang pasti...bg saya jauhi lah perbuatan ini semua..
kembali lah kepada Al Quran dan Islam.

banyak sangat rancangan realiti
jadi yang memasuki nya tak termasuk dalam kualiti
hanya mengejar duniawi.

sesuai untuk tontonan 18SX shj
bawah umur dilarang
DILARANG MENIRU AKSI DAN GAYA MEREKA

artis oo artis sendat

(gambar dr gua.com)


kat blog ambo nih jarang sangat bercerita tentang artis...
ehhh....rasa meluat ambo dengan artis artis ni.......mengaku baik...
tapi cam hampeh jer...

ni sekoq lagi.......
walaweii.....pi daaaa........
pelbagai citer berkenaan "gadis" ni....
nama pun dah ditukar........pasha sendat lah.........kelakar pun ada
pandai deme deme ni taruk nama....

*kalau nak glamer kena ada gossip...kalau tak lambat naik.........



ni kenyataan si sendat nihhh.......
adehhhh sedih nya..........hidup ni bagai angin...sesenang dan sesedap rasa ....


"Saya tak terfikir atau rancang pun nak kahwin. Saya tidak mengharapkan perkahwinan. Sebelum ini, saya sebenarnya merancang untuk berkahwin dengan orang lain tapi takde jodoh. Jadi, saya tak fikir langsung tentang kahwin. Kalau jadi, jadilah."
 


* pesanan penaja
nak pikat makwe ..kena naik helikopter...
kereta dan motor kapcai tak main yerr....




nak baca lebih lanjut pi lah usha kat    gua.com .my