ya allah , ya rahman, ya rahim
salam lebaran untuk pengunjung blog , rakan taulan , sahabat handai , kawan kawan maya , jua
buat anak anak sedara yang dikasihi serta ipar, biras dan abang yang paling ku sanjungi.
hari ni dah masuk hari raya ke 2 .(11/09/2010)
hari ni juga aku sudah melalui hari raya sebanyak 46 kali dalam hidup.
hari raya dikala umur menginjak senja sebegini, tak sepertinya hari raya kala anak anak semasa dulu duluan.
hari raya kini , aku mampu bersyukur dianugerah kesihatan yang baik, suami yang pengasih dan
amat memahami diriku serta anak anak yang senang diurus.
alhamdulillah , beribu terima kasih ku alunkan untuk mu Ya Allah.
sekadar melihat keriangan hati anak anak, sudah cukup memadai untuk ku di hari raya.
sekadar dapat mengisi tekak dan mengalas perut dengan santapan hari raya sudah menggembirakan
hati ini.
sekadar menghulur tangan memohon maaf dan mengucap selamat hari raya buat sedara mara ,
sudah cukup menginsafkan diri ini.
ini lah makna dan manfaat hari raya buat ku di kala mengisi usia .
melihat dan meneliti kehidupan.( subjek utama )
Selamat Eidul Fitri.!
p/s : bersiaran dari kampung
Kita cuma mengisi usia dengan sebaik khidmat bagi diri dan bagi masyarakat dengan sentiasa beringat bahawa “kita datang ini kosong tangan kosong dada…bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.”
~kata kata Pak Samad
Saturday, September 11, 2010
mengisi usia di hari raya
Saturday, September 11, 2010
catatan harian, hibur hati, isu semasa, kenangan, terapi menulis
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment