Kerana mulut badan binasa
Lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, dalam pertutur harian, haruslah kita berhati-hati menggunakan lidah.
Kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur.
Kita perlu mengajar diri , melatih jiwa untuk terus berkeadaan baik .
Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Bahkan ada pula yang membawa kesusahan dan kerugian.
Luqmanul Hakim pernah ditanya:
"Apakah falsafah hidupmu?"
Beliau menjawab:
"Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."
Penyalahgunaan lidah dan percakapan bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksa Allah malah kesannya amat buruk kepada masyarakat, keluarga dan orang yang terdekat.
Kesan percakapan yang tidak sihat , memperli , mengumpat dan menghasut menjadikan sebuah masyarakat ,keluarga huru hara dan porak peranda. Tidak mengasihi satu sama lain serta hilang kasih sayang.
Keanehan yang kita temui adalah lidah. Daging kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Tapi amat berbisa sekali, lebih bisa dari racun, memakan diri .
Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar. Mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, bertutur , memohon doa mahu pun mencapai redho Allah.
Lidah jugalah menyebabkan manusia terjerumus ke dalam api neraka.
Pepatah seperti 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang.
Tegas dengan pepatah itu, nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia.
Kesan terlanjur cakap tidak kurang tergadai maruah .
Kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.
Tidak ada istilah dalam Islam “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” .
Dalam sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.”
Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.”
[2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda,
“Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain.
Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” [1]
Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan, hilang saudara.
Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya.
Makin lama makin hilang nikmat dunia dan hilang nikmat kasih sayang.
Sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara yang tidak diingini ialah dengan diam.
Diam dalam erti kata tidak bercakap / menghindar dalam perkara yang sia - sia dan tidak baik.
ditulis : zawiahmd hari raya ke3 (12/09/2010)
artikel ditulis oleh penulis atas penilaian sendiri dari melihat keadaan sekeliling.
wallahuaklam.
Sunday, September 12, 2010
kerana mulut badan binasa
Sunday, September 12, 2010
artikel, catatan harian, isu semasa, kehidupan, penulisan, terapi menulis
1 comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat hari raya
ReplyDelete