Thursday, September 16, 2010

Tahniah Tuanku Faris Petra ! rakyat kelantan

Pemasyhuran tuanku Faris Petra
Ampun Tuanku !
Tahniah dari ambo untuk Tuanku Faris Petra




Berikutan 4 Syawal 1431 (13 sept 2010), rakyat Negeri Kelantan mendapat seorang raja baru menggantikan ayahanda beliau yang sudah agak gering.

AL SULTAN AYAHANDA GERING


Sesungguhnya ambo sebagai rakyat Kelantan, amat bangga dan rasa bersyukur sekali
dengan pemasyhuran ini.
Sekali gus bagi pihak rakyat Kelantan , diharap dapat merungkai pelbagai masaalah istana
Kelantan sejak setahun yang lalu.

Ambo dengan sejujurnya bangga dan bersyukur sekali mendapat Raja yang berjiwa rakyat.
Menamatkan pelbagai isu juga . Pentadbiran Tok guru yang timbul akibat kemelut istana
juga dapat dijernihkan .

Moga moga dengan raja kami yang baru, Kelantan dapat berdaya maju, makmur dan lebih dilindungi
Allah taala.
Ambo menyokong penuh ~ cukuplah dunia di dahulukan.


p/s : akan ada lah lagi pengguguran datuk2 sekalian!
lepas ni ramai dato' ketaq lututsemoga negeri Klate dan rakyat Klate makmur dunia dan akhirat.
pada hari raya lepas 1 Syawal, kami berkesempatan solat hari raya bersama Tuanku Faris di
Masjid Besar Kelantan.

TAHNIAH TUANKU !
AMPUN TUANKU !


---------------

MB: Pemasyhuran Sultan selesai kemelut Istana
 
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dapat menyelesaikan kemelut istana negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta segenap lapisan rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agar mendoakan semoga negeri ini selamat zahir dan batin serta dunia dan akhirat.

Berikutan pemasyhuran itu juga, beliau tidak mahu ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah ‘rumah siap pahat berbunyi’.

“Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing,” katanya kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian di Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis penghadapan dan penyerahan watikah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata selama lebih setahun beliau menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kemelut yang melanda istana Kelantan kerana beliau amat menghormati institusi itu.












Dibawah, dilampirkan coretan berkaitan YM Tengku Faris oleh Syed Hussain Idros

PUJIAN PADA TENGKU FARIS
Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. 
Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. 
Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat.... sehingga tidak terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. 
Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat Baginda.

Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2..
Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau makan sorang2..
tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri untuk rakyatnya....

Dibawah pula, versi berita yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA...

Tengku Muhammad Faris Petra Dimashurkan Sultan Kelantan Hari Ini

Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Sering mengenakan jubah atau berbaju "gumbang" (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Pernah satu ketika di Pantai Damat, Bachok, baginda tidak kekok duduk bersila dan mendengar kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang uzur dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mata baginda berkaca ketika mendengar kisah keperitan hidup Azizah Abdullah, 41, membesarkan tiga anaknya.

Membahasakan diri baginda dengan perkataan "kita" menyebabkan baginda dan rakyat seperti tidak ada jurang pemisah yang boleh merenggangkan hubungan rakyat dan raja.

Ketika di rumah Azizah, baginda yang turut menghulurkan sumbangan peribadi, juga sempat memberikan perangsang kepada tiga anak wanita itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Baginda pernah mengimamkan solat hajat bersama-sama rakyat jelata sebelum ini bagi memohon kesejahteraan ayahanda baginda.
credit to :  selatan online

0 comments:

Post a Comment