F

Saturday, February 18, 2012

 

Sempena bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw . marilah sama sama kita memperbanyakkan salawat kepada baginda nabi saw . 

Sama sama lah kita istiqamah .

Sabda baginda Nabi " barangsiapa yang tidak mengasihi ku , melbihi kasih nya ibu ayah , maka 

tidak akan lengkap iman seseorang itu "

 ---------

42 Kelebihan Selawat ke atas Nabi s.a.w

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata " Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar"
1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersemaan dngn selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut "alhamdulillahirabbil'alamin" di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan ynag paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
petikan dari Pondok Pasir Tumboh Kelantan

Tuesday, October 25, 2011

assalamualikom

agak lama tidak mencoret apa apa disini . walhal bukannya tiada cerita ...banyak hingga tak terungkapkan kata.

semalam terlihat Tuan Razali Rashid Kelinchi ( http://lilysitiaishah.blogspot.com) update blognya , jadi aku pun mengambil aura positifnya untuk terus mencari "line dan tune " untuk terus berkarya disini ( cewah !) ...

moga moga diberi kekuatan dan kerajinan untuk terus disini berkarya !

Thursday, May 26, 2011

nikmat ALLAH

"katakan lah sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat kalimat tuhanku , sungguh habislah laut lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat kalimat tuhan ku  meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula "

al kahfi 109



Bisikan  syaitan  menghantui diri.
Engkau sudah bersolat dhuha, engkau sudah solat taubat....engkau sudah solat hajat....
tapi mana janji Tuhan Mu...ya allah.....aku dibisikkan syaitan.
Ya allah...maafkan aku...aku sujud pada Mu ya allah....sesungguhnya rahmat Mu amat banyak sekali buatku.

Aku masih kekurangan amalku untuk Mu ya allah...aku perlu pertingkatkan lagi amalku.

"sesungguhnya allah berkuasa ke atas segala sesuatu "

kita sering kagum dengan kepintaran , kekayaan seseorang .
Kita takjub akan indahnya karya dan canggihnya ilmu teknologi yang dicipta manusia.

Sesungguhnya ilmu ALLAH  lebih jauh melampaui semua itu .



.....................

dia merasakn dia sudah cukup kaya , sehingga dia  sentiasa melekehkan kami.
dia tidak menepati janjinya pada kami.

mendengar berita yang dikhabarkan suami tengahari semalam , membuatkan dada ini bergelegak
dengan nafsu amarah .
aku tahu , sesungguhnya nafsu amarah itu adalah hasutan syaitan semata mata.

astaghfirullah..astaghfirullah....aku memohon kekuatan mu

namun masih lagi teringat ingat , terbayang bayang wajah nya, terngiang ngiang lagi suara hinanya.
melekehkan kami .
mentertawakan kami , mengatakan kami .

Oh adakah kamu punya tuhan...tak mengapa...aku ada allah...allah membantu ku
itu sahaja penyejuk hati ku. walau hati ini masih berkecamuk duka dan amarah yang mendalam.

ya allah aku mohon hidayah mu....
sesungguhnya ayat ayatmu adalah penguat bagiku.

tidak dapat aku melelapkan mata pada malamnya. hasutan syaitan menjelma lagi.

ya allah...bangkit..bangkit..bangkit...solat lah kamu wahai hambaku..AKU  ada ...

ya allah, sesungguhnya hidayah mu datang .

aku sujud padamu ,mengadu ,merintih , merayu, memohon dan meminta padamu bahawa
engkau lah yang maha pemberi balasan.

ya allah....aku sudah punya jawapan nya...allah sudah berikan jawapannya ..
ya allah..tanpa ku sadari....hati ini tenang setenangnya......seperti apa ...seperti tiada nya berita itu
di pundak ku ini.
tiada lagi keresahan , tiada lagi amarah...ya allah...hati ku gembira , syukur ....

ENGKAU  telah temukan jawabannya padaku!


lalu allah berkata AKU adalah Tuhan Mu..sujudlah pada Ku, AKU adalah penyelesai segala 
masalaalh MU.



 nota : ujian : - bagaimana mahu sentiasa hampir, tunduk dan patuh kepadaNya.


Monday, May 16, 2011

abah

16/05/11

hari ini hati saya sungguh sayu.
sayu ,merindui arwah abah, saya rindukan abah.
saya rindukan  senyumnya,  hanggukan nya  tika  membaca  akhbar , rindu dia berpelikat takat betis ,
dan rindu serindu rindunya.
di  pagi  ini , sudah saya titipkan  al fatihah buat abah.

  "ya allah, ampunilah dosa abah masukkan abah dalam syurgaMu ya allah
   lapangkanlah kubur abah, rahmati lah abah "

"assalamualikum "

cik abe menelefon ," angan kita musnah, allah belum mengizinkan kita ."

ya allah, aku redho ya allah, aku redho.


"ada sekeping lagi tu dalam kuali, abang dah panaskan "

berteleku seketika aku di meja makan bersama segelas milo dan sekeping roti canai yang abang tinggalkan
pagi tadi .
                                                                                                                                                                     oh tuhan , kami mohon keampunan mu ya allah, kami leka dalam angan kami, sedang engkau mengetahui apa yang terbaik buat kami. aku redho ,aku redho.

berfikir fikir bagaimana reaksi abang, ya allah, abang agaknya sudah mendamaikan dirinya dengan perkahabaran diluar jangkaan kami.
kami redho ya allah. damai dan tenang dihati aku tika ini.

ujar guru ku " berkomunikasi lah dengan allah , allah maha mendengar. allah akan hantarkan jawabanya
kepada kita hambanya "
solat dhuha , mohon rejeki
solat tahajjud , mohon niat dan masaalah
solat taubat , mohon keampunan

permulaanya saya agak bingung memikirkan .bagaimana jawaban dari allah itu.
saya cukup bingung, alangkah dungunya saya.


apabila  berfikir  dan  mendapat  ilham  dari  pembacaan  dan  dari  pencerahan  guru dengan bersungguh sungguh.
saya  faham , bahawa yang  jawaban itu  adalah  satu ketenangan yang tak terungkapkan  , satu penutup kepada  masaalah  tanpa kita  berserabut  memikirkannya.   itulah sebenarnya jawaban allah. dan  masaalah itu akan berlalu begitu sahaja,   Allah menyelesaikannya!

Lalu allah mengajarkan kita supaya berserah kepadanya 100% total !
“Dekati Allah ketika senang dan susah,” insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat!



                       bukan kah AKU  lebih berkuasa atas segala kuasa?

Wednesday, May 11, 2011

sambal pauh ikan tawar

Satu lagi yang saya suka makan.
Simple saja , tapi menyelerakan .
Sedap dimakan bersama nasi panas atau nasi bubur .

Sambal putik pauh ikan tawar

- buah mangga muda
- cili api
- ikan bakar tawar atau rebus
-
tumbuk cili api
buah mangga / buah pauh muda diracik racik halus.
masukkan ikan tawar, tumbuk jangan terlalu hancur, atau gaul gaulkan saja
dengan tangan.
rasa masin manis nya.

sedia untuk dimakan.

kerabu pucuk paku

Kami dirumah ni memang makan makanan yang simple2 ajer.
Kalau bergulai bagai, memang ditolak tepi, suka kepada sup dan kuah kuah air .
Dulu cik abe amat suka masakan yang berlemak, mungkin sebab mak dia masak selalu masakan
gulai , tapi semenjak dok dengan saya ni, masakan air adalah menu utama .
Dan makanan yang berulam adalah disukai sekarang ini.

Ini saya sharekan menu kerabu pucuk paku style klate.

Saya dan cikabe cukup suka dengan kerabu ni, anak anak tak minat.
Jadi saya masakkan menu lain untuk diarang .

( gambar tak dapat nak upload )
maaf !


Bahan bahan
- pucuk paku nak celur atau tak ikut suka
kalau celur sekejap saja
- bawang besar hiris halus
- serai hiris halus
- kelapa putih , segenggam digoreng garing
(kemudian ditumbuk agak2 halus saja )
- ikan selayang 2 ekor  (direbus dahulu atau dibakar tawar )
- limau nipis 3 biji perah airnya
- lada hitam 1/2 sudu kecil ditumbuk halus
- kelapa diambil santan nya lebih kurang 1/2 cwn saja ( guna air masak utk perahan )


Gaul rata kesemua nya .
Rasakan masam manis dan masin nya.
Sedia untuk dimakan sama ada ratah atau dimakan bersama nasi.

Wednesday, May 4, 2011

petikan syurgadunia mengenai MLM

Saya terjumpa kata-kata hikmah ini disebuah blog yang mempromosikan MLM

“I would rather earn 1% of 100 people’s efforts than 100% of my own efforts” – John Paul Getty (American Billionaire).

Cinta itu buta dan sains membuktikannya... baik cintakan manusia ataupun cintakan harta. Manusia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta itu baik dari manusia ataupun harta dan tidak mampu melihat keburukan akibat dari perbuatan mereka itu.

"I would rather earn 1% of people effeort than my own 100% effort"...

Itu kata mat saleh, apa pula kata Al Quran?

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Surah Al Najm 53:39

Nampaknya Al Quran kata "I would rather earn from my own 100% effort..."

Mengambil hak insan lain walaupun hanya 1% pada pendapat saya tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang manusia, kerana apa? Kerana kita menghambakan orang lain baik dengan kerelaan mereka sendiri ataupun tidak, sedangkan manusia itu sepatutnya hanya menghambakan diri kepada Allah SW sahaja.

Tiada bezanya dengan mengambil dan memberi riba' yang mana kita makan hasil usaha orang lain. MLM ciptaan barat yang memberi ilusi bahawa kekayaan boleh datang dari SISTEM dan bukan memberi nilai sebenar kepada manusia (barang keluaran MLM juga rata-rata agak mahal dari yang dijual secara langsung dikedai-kedai), sama juga dengan manusia terpedaya dengan sistem riba' (terutamanya dari sistem perbankan yang juga ciptaan barat) yang mana dapat menikmati nikmat dunia walaupun diri diperhambakan dan sistem ini jugalah yang membuat golongan yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Harap ulasan pendek ini dapat menjelaskan mengapa saya menolak MLM sebagai punca rezeki didalam banyak artikel tulisan saya.

Itu pendapat saya, apa pula pendapat rakan-rakan semua?
 
terima kasih kepada saudara Helmis 

Friday, April 29, 2011

kakak

Semalam anak yang sulung , mengomel ngomel
Mak laparlah ...nak tunggu rehat lambat..perut kakak berbunyi...

diam ( tiada keputusan )

siannya anak anak ku .
setiap hari roti pun jemu.

kenkadang ketika rajin menjengah diri, akan kuadunkan muffin serta kueh kueh kegemaran anak anak.
agar senang mereka mengisi bekas tupperware mereka untuk bekalan sekolah.


mak ...goreng nasik nanti
akak nak bawak bekal lah mak

diam ! ( masih tiada keputusan )

saya ni agak kurang sikit motivasi jika ingin ke dapur seawal pagi.
secawan milo atau semangkuk nestum , sudah memadai buat mengalas perut saya sehingga
makan tengahari menjelma , disulami dengan air kosong.
dan berhambatan pula ke tandas , membuang toksin.

sungut abang , kesian bebudak za , lapar deme tu

mak , kakak masak nasik ye malam ni
esok kakak bangkit, kakak goreng nasi

mak, mak
i put sugar a bit in my fried rice
eeee , syamim, not best larr
naper, mak aku tak guna pak aji
eeeee , tak best ler syamim

ketawa mendengar ngomelan anak dara sulungku , menceritakan perihal gaya mak nya memasak

sebelum masuk tidur lebih kurang 12 tengah malam , saya ke dapur , tenggekan nasi di rice cooker.
tick !!
ok." wahai nasi masak lah , aku dah nak tidur. esok anak ku bangikit dia nak gorengkan nasi untuk
bekalan nya serta adiknya ke sekolah."  gumam ku bersendirian .

terjaga sejurus azan subuh.
mengeluarkan kuali , menggembur gemburkan nasi .
menyiapkan senduk serta kuali ke atas dapur.
seketika , anak sulungku turun
ok, mak dah siapkan tu
kakak gorenglah

wangi nya bau tumisan bawang putih
pandai anak ku !

seusai solat subuhku , kakak menjengah ,  " siap.. maak !"  tegurnya perlahan .
kepala ku diangguk angguk .

tupperware bekalan mereka kuisikan dengan nasi "goreng kampung" kakak.

alhamdulillah , terima kasih ay allah , ringan kerja ku
anak ku sudah bersedia menggalas sesetengah tugasan ku.


air milo ku sediakan bersama hidangan nasi  "goreng kampung"  kakak !


"ya allah , mudahkanlah anak anak ku memahami apa yang diajari oleh cikgu cikgu nya
di sekolah
ya allah , jadikanlah anak anak ku hebat disisiMu ya allah "

solat dhuha

 Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

 Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
 Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang
 
nota : terima kasih kpd tuan empunya , saya copy dari beberapa artikel di google