Monday, April 14, 2014


  1. Alhamdulillah, semenjak saya berkomunikasi dengan Allah saya rasakan hidup saya lebih lapang dan kurang stress. Sememangnya Allah Maha Pengasih & maha penyayang terhadap hambanya, namun hakikat ini selalu kita lupakan. Tetapi bila sentiasa berkomunikasi dengan Allah, ini membuatkan kita sentiasa ingat padaNya dan sentiasa terasa betapa pemurahnya Allah.
    Sememangnya sudah terlampau banyak senario dalam hidup saya yang menunjukkan Allah sebenarnya mendengar luahan dan doa hambaNya. Terima kasih Allah atas kemudahan & pertolongan yang Engkau berikan. Di bawah ini saya ceritakan salah satu senario yang pernah saya alami:

    Pengalaman marah pada rakan sekerja:
    Memang lumrah manusia, sememangnya ada yang suka mementingkan diri sendiri dan sanggup menindas orang lain demi untuk kepentingan diri. Kebetulan ada seorang manusia sebegini sama bekerja dengan saya. Kita panggil dia A. A suka sangat mengampu boss dan sanggup memburukkan rakan sekerja lain semata-mata untuk menunjukkan dia lagi bagus.
    Boss saya pun jenis yang suka mendengar semua cakap si tukang ampu ni. Habis nama saya dan rakan sekerja lain terjejas dan boss mula memandang serong pada kami. Sudahlah begitu kerja yang sepatutnya A buat dia tak mahu buat dan kadang-kala orang lain pula yang terpaksa buatkan kerja untuk dia.
    Walau apa yang dia buat, boss tetap buta dengan keadaan sebenar dan sentiasa memihak pada A. Pada suatu pagi, saya teramat sibuk dengan hal-hal lain, datang si A dan mengatakan saya harus siapkan satu bahagian kerjanya. Dia mengatakan itu bahagian saya (padahal itu kerja dia) dan saya harus bertanggungjawab untuk menyiapkan bahagian itu pada pagi itu juga.
    Dia juga menggunakan nama boss – “Boss yang suruh saya buat”. Mahu tidak mahu, dengan banyak lagi kerja2 lain yang belum beres, saya terpaksa juga menyiapkan apa yang disuruh. Walaupun begitu, dalam hati saya hanya Allah sahaja yang tahu betapa marah dan geramnya saya.
    Saya menyumpah seranah dia di dalam hati. Tetapi bila teringat balik pada Allah, saya mula mengadu & meluahkan perasaan marah yang meluap2 itu pada Allah… “ya Allah, geramnya aku ya Allah… Ada jugak manusia macam ni ya Allah… jahatnya dia ya Allah… busuknya hati dia ya Allah… teruknya dia ya Allah… geramnya aku pada dia ya Allah… …. Berikan kesabaran padaku ya Allah… ”.
    Selepas meluahkan pada Allah, Alhamdulillah rasa marah yang meluap-luap tadi serta-merta hilang. Buktinya apabila A datang kembali pada saya dan bertanya soalan lain, saya mampu tersenyum dan menjawab soalan dia dengan baik, seolah-olah tiada apa yang telah berlaku. Maha suci Allah, dialah yang telah mengangkat rasa marah & telah berikan rasa sabar pada saya.
    Terima kasih ya Allah…
    Ini cuma satu kisah yang saya alami yang menunjukkan Allah sentiasa mendengar luahan hati hambanya. Sebenarnya ada banyak lagi kisah benar yang lain, mungkin di kesempatan lain saya akan menulis lagi. Terima kasih kerana sebarkan ilmu yang bermanfaat ini.
    Sama-samalah kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah.. Terima kasih Allah..

0 comments:

Post a Comment