Monday, April 14, 2014

Ketika sahabat kita melakukan kesalahan yang kecil, kita melihat seolah-olah kita ini bersih suci dari apa jua kesalahan. Kita mula meletakkan pelbagai persepsi buruk kepada sahabat kita atau orang lain seolah-olah kita ini tidak ada apa jua dosa.

Dengan satu dosa sahaja, kita dedah dan hina seseorang dengan apa yang Allah sendiri tidak hina sedemikian rupa. Nabi s.a.w memberikan amaran:

“..jangan kamu mencari-cari keaiban orang muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang muslim Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan sekalipun dalam rumahnya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud/ disahihkan al-Albani).

Kata al-Imam Ahmad ketika dia dimuliakan: “Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”.

Seandainya Allah tidak menutup aib kita, kita tidak mungkin mampu berjalan di muka bumi ini kerana rasa malu yang tidak tertahan atas dosa dan kesalahan yang kita lakukan secara tersembunyi.

-Fuad Latip
92Like ·  · Promote · 

0 comments:

Post a Comment