ya allah, ya rahman , ya rahim
Malam sudah semakin larut.
Dah agak lama , aku dah makin jarang berjaga memalam . ( jaga kesihatan yg makin usang !).
Tetapi malam ini, entah kenapa , mata yang pejam celik mengadap siling, mengira ngira nombor di siling.
Lalu kebiasaanya , akan aku aturkan jari ku ke keyboard ini + tetikus yang menular bergeser di mouse pad.
Wahh, ku tahu , ku tahu , bahasa ku sudah menunjukkan maju . Tak rugi untuk ku menuntut ilmu .
Sesungguhnya ilmu dan qalam sentiasa beriringan , bak irama dan lagu.
Malam ini , jiwa ku sedikit kacau . Sudah tentunya ada yang mengetuk nya siang tadi .
Owhhh , benar kata RTL , nombor ku adalah tanggungjawab dan amanah yang tinggi . Gusar juga aku !
Aku mencari abah , mencari pada bayang , mencari pada mimpi , dalam hati .... segalanya yang ada. Aku rindu abah !
Pelbagai ungkapan dan persoalan bermain di benak fikir ku. Dan sudah semestinya abah adalah segalanya bagi ku , sentiasa di legar otak ku .
Sekarang ! segala yang ku fikir , segala yang ku lakukan , segala galanya aku akan berpandukan kepada ajaran dan semangat juang yang abah tinggalkan untuk ku .
Segala yang ingin ku lakukan , aku akan rujuk pada abah . Apa yang beliau fikir , keresahan hati nya dapat ku telek bersama segelas kopi dan kain pelikat takat betis.
Dan yang pastinya abah adalah idola ku dan dialah abah yang berada dalam jiwaku , mekar segar bersama semangat nya yang tak pernah luntur .
Dan dialah my guiding star , fikirannya bersama ku tika ini!
Abah kekuatan semangat mu menjadi resmi bersemadi nya dalam diri ku .
p/s segala nya ku serah kan pada Allah
Engkau lah penyelesai segala masaalah.
Janji Allah adalah benar .
Benarlah, Tuhan tidak pernah berhenti menyiram hikmah dan rahmat-Nya
walaupun pada masa yang sama kita diduga dengan hempedu ujian yang
begitu pahit untuk ditelan!
walaupun pada masa yang sama kita diduga dengan hempedu ujian yang
begitu pahit untuk ditelan!
0 comments:
Post a Comment