Monday, September 2, 2013

Kami dari Geng Mesin Jahit
Memohon bantuan dari anda yang prihatin !

Saya adalah salah seorang penerima / tempat collection centre. 

Berminat boleh berhubung terus dengan saya
Zawiah Mohd Daud 

013-3687374 



-------------------


Assalamualaikum....


September telah bermula!! Bantu kami mengumpulkan 1000 sarung bantal dalam September 1000 Pillowcases Drive. Sarung bantal ini akan dihadiahkan kepada kanak-kanak perpenyakit kanser dan penyakit kronik yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital seluruh Malaysia. Bantu kami membawa senyuman dan keceriaan kepada mereka!!!!

Para dermawan boleh membantu kami dengan cara:-

1. Menjahit sendiri sarung bantal
2. Membeli fabrik dan menghantar kepada kami untuk dijahit
3. Mendermakan wang ringgit untuk kami membeli fabrik dan menjahit sarung bantal.

Ketetapan adalah seperti dibawah:

Material: 100% cotton lembut berwarna dan bercorak ceria sesuai untuk kanak-kanak.

Ukuran: 29 x 19 inchi.

Untuk sumbangan fabrik: 100% cotton lembut berwarna dan bercorak ceria sesuai untuk kanak-kanak. Berukuran sekurang-kurangnya 1 meter bagi setiap corak.

Sumbangan wang ringgit:

Bank in ke akaun Maybank Geng Mesin Jahit Selangor - 569954054394
atau cek diatas nama Persatuan Geng Mesin Jahit Selangor

Mohon maklumkan ke email: gmjclub@yahoo.com

Hantarkan sarung bantal/fabrik ke:-

1. Zawiah Mohd Daud - No. 51, Jalan 12, Taman Dato Senu, Sentul, 51000 Kuala Lumpur.HP: 013-3687374


2. Rozi Abdul Rahman - No 21, Jalan P9B 1/15, Presint 9, 62250 Putrajaya. Wilayah Persekutuan Putrajaya. HP: 012-2038117


Kami akan mewujudkan pusat Koordinator bagi setiap negeri. Sila lawati page KSK dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.

PERHATIAN:

Pesakit kanser mempunyai immuniti yang rendah dan kulit mereka mungkin sangat sensitif jadi perlu diingatkan supaya anda semua TIDAK menggunakan fabrik campuran polyester.

Sarung bantal akan diberikan kepada pesakit kanak-kanak jadi pihak kami memohon agar corak dan warna yang digunakan adalah sesuai dengan kanak-kanak.

Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami.

Salam sayang

Admin
KSK

0 comments:

Post a Comment