Sunday, September 15, 2013



Saya dah amalkan ini...bagi saya ia amat berkesan .
Disini saya cuba kongsikan ...agar ianya dapat dipanjangkan lagi ....
untuk sesiapa yang berminat .

Saya terbaca dalam fb . lalu saya save kan ia ..nak cuba . Dah lama sangat di save kan,baru tergerak
dihati nak mencubanya .
















jus halia 1 cawan
jus bawang putih 1 cawan
1 cawan apple cider ( apa apa brand pun boleh )
1 cawan lemon ( dlm lebih kurang 4 biji lemon )

dicampur semuanya dlm periuk ( saya gunakan vision )
dimasak dengan api kecil ..
dimasak sehingga tinggal separuh atau 3 cawan .
sambil mengacau itu niatkanlah " ya allah jadikanlah ini sebagai penawar segala penyakit "
sambil berselawat . Insyaallah ...Allah yang menyembuhkan .
Kemudian disejukkan , dicampur dengan madu asli dlm 2/3 cawan , dikacau dan dimasukkan dalam
bekas / botol yang senang dituang .
Saya masukkan ia ke dalam peti ais...minum sejuk sejuk gitu .


Saya ada baca dalam perubatan ayurveda , minuman ini adalah baik untuk kesihatan jantung .
Dan ada testimoni yang mengatakan kolesterol mereka sudah turun ke tahap normal dan pelbagai lagi .
Dan bagi saya ...tak salah untuk mencubanya , kerana ia adalah asli dan herba .Dan bahan bahannya mudah didapati...di dapur saja ,memang sudah tersedia semuanya .


Bagi saya ;-( testimoni )
permulaan meminumnya amat takut sekali dengan warnanya , nampak pekat likat ...semacam ajer...
minum dipermulaan pagi , semasa perut kosong .
bagus sekali untuk ke tandas...lawas
dada dan perut saya rasa lega, sebab sebelum ini ,perut dan dada saya selalu rasa sebu !
saya rasa ia juga baik untuk pesakit gastrik .
badan juga terasa ringan dan segar sepanjang hari ..! LEGAAAA.....
sebelum ini jantung saya selalu rasa sebak dan berdebar debar.....mungkin juga salah satu sebab ia dapat
melegakan yang ini .
thyroid saya juga mengecut dan mengecil .

ianya sedap , rasa manis madu nya , tapi masih rasa rasa halia dan bawang putih ...
pun begitu .....diteruskan juga .....sedap disejukkan dalam peti ais....
Encik suami pun suka...siap nak buat jus minuman macam sunquick tu lagi....
anak perempuan saya marah2...."mak bagi adik minum ni, adik berlari lari nak ke tandas....."

p/s
jangan teragak agak untuk komen
saya juga mengharap dapat pandangan dari anda sekalian .

0 comments:

Post a Comment