alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 10 kita umat Islam berpuasa
syukur kepada Allah ,masih diberi kekuatan untuk berpuasa dan berterawih.
kali ni nak tunjuk menu simple je, tapi agak menyelerakan tekak dibulan puasa ni
" tomyam "
sapa kata kita tak boleh masak tomyam sesedap kat kedai tomyam tu..
senang dan mudah saja...cewahh.....
tomyam adalah salah satu menu yang perlu dalam keluarga kami.
Masakan ni kami makan masa bersahur. Dibuat awal sikit sebelum masuk tidur.
Apabila bangun sahur, hanya panaskan sahaja.
Gandingkan dengan telor asin dan sambal belacan, bertambah tambah nasi .
Anak yang no 2 tu, memang 2/3 pinggan makan time sahur, jika ada tomyam.
Nak cuba rasa sedap ke tak, kena cuba buat dan masak versi ni.
Dah bertahun saya gunakan resepi ni, dan saya dah letakkan dalam bod My R..
semua yang mencuba ,mengatakan sama seperti rasa kat kedai tomyam.( bukan iklan...)
RESEPI TOMYAM SEDAP
ni versi kuah tomyam putih
bahan bahan asas yang diperlukan :
ayam,udang atau sotong
fishball
bunga kobis
bawang putih
sayur spt carrot , bawang besar Thailand yg besar tu
daun ketumbar
serai
hirisan lengkuas
daun limau purut
susu manis
sos thai
dan kiub Tomyam Knorr
cara cara
- rebus air terlebih dahulu untuk kuahnya
- masukkan kiub tomyam, bawang putih yg diketuk2, lengkuas potong2,
susu manis sedikit, daun limau dll yang perlu seperti bahan bahan asas tadi.
tunggu ia menggelegak dengan elok, taruklah sotong dll.
sekarang sudah siap, rasalah masam dan manisnya.
.............................
Nota : susu manis adalah bahan perlu dlm membuatkan tomyam .
Jika nak, tambahkan air Sprite sikit ke dalam kuahnya.
daun ketumbar tu, ambik bhg batang dan akarnya sahaja.
Gunakan kiub Tomyam Knorr, sebab rasa masam dll dah cukup,
kalau tak de serai dll dah tak payah tambah,hanya gunakan kiub Knorr saja.
Terima kasih kakzaa untuk resepi yang mudah ini. :)
ReplyDeletekakcik..
ReplyDeletetry kakcik..senang jer..ehhee..
lagi satu sedap..kenalah ngan tekak kita anak beranak nihh...
nak pedas,tambah cili api lah...
selamat mencuba..selamat berbuka poser...