Wednesday, May 4, 2011

petikan syurgadunia mengenai MLM

Saya terjumpa kata-kata hikmah ini disebuah blog yang mempromosikan MLM

“I would rather earn 1% of 100 people’s efforts than 100% of my own efforts” – John Paul Getty (American Billionaire).

Cinta itu buta dan sains membuktikannya... baik cintakan manusia ataupun cintakan harta. Manusia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta itu baik dari manusia ataupun harta dan tidak mampu melihat keburukan akibat dari perbuatan mereka itu.

"I would rather earn 1% of people effeort than my own 100% effort"...

Itu kata mat saleh, apa pula kata Al Quran?

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Surah Al Najm 53:39

Nampaknya Al Quran kata "I would rather earn from my own 100% effort..."

Mengambil hak insan lain walaupun hanya 1% pada pendapat saya tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang manusia, kerana apa? Kerana kita menghambakan orang lain baik dengan kerelaan mereka sendiri ataupun tidak, sedangkan manusia itu sepatutnya hanya menghambakan diri kepada Allah SW sahaja.

Tiada bezanya dengan mengambil dan memberi riba' yang mana kita makan hasil usaha orang lain. MLM ciptaan barat yang memberi ilusi bahawa kekayaan boleh datang dari SISTEM dan bukan memberi nilai sebenar kepada manusia (barang keluaran MLM juga rata-rata agak mahal dari yang dijual secara langsung dikedai-kedai), sama juga dengan manusia terpedaya dengan sistem riba' (terutamanya dari sistem perbankan yang juga ciptaan barat) yang mana dapat menikmati nikmat dunia walaupun diri diperhambakan dan sistem ini jugalah yang membuat golongan yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Harap ulasan pendek ini dapat menjelaskan mengapa saya menolak MLM sebagai punca rezeki didalam banyak artikel tulisan saya.

Itu pendapat saya, apa pula pendapat rakan-rakan semua?
 
terima kasih kepada saudara Helmis 

3 comments:

  1. Salam.

    Saya pon setuju dgn pendapat yg diberikan.
    Sebagai org Islam, setitis keringat utk rezeki yang halal akan dapat ganjaran di dunia dan di akhirat. Orang kafir barat mana nak pikir hal2 akhirat.

    ReplyDelete
  2. Mohon dikongsi..terima kasih sangat berguna

    ReplyDelete
  3. Mohon dikongsi...sangat berguna, Terima kasih

    ReplyDelete