assalamualikom
ya allah, ya rahman, ya rahim
alhamdulillah, kita dah masuk hari hari terakhir ramadhan.
sekarang semuanya sibuk dok sediakan persiapan hari raya, dari segi kuih muih juga
pakaian , perhiasan diri juga perhiasan rumah.
kami...! Insyallah , tidak ketinggalan juga.
tapi bagi kami keterujaan kami adalah untuk balik kampung, yang mana sudah menjadi tradisi
bagi kami, jika diizinkan Allah, memang perancangan kami untuk selalu merasai suasana
berpuasa kat kampung, negeri kesayangan, Kelantan.
Dari dulu lagi, amalan berpuasa di kampung ,selalu di lakukan semasa arwah aboh dan mama masih ada.
Walaupun kini, keduanya sudah tiada, tapi insyallah (diberi kemudahan ) kami sudah semestinya menghadirkan
diri di rumah arwah, menerangi rumah yang sememangnya meninggalkan bekas kenangan yang
paling manis bagi ku.
Berpuluh tahun , kami tinggal di rumah itu, kini ianya ditinggalkan sepi, tapi bagiku, segala
isi rumah seperti arwah masih bersama dengan ku. tidak terjejas.
Sepertinya mama masih lagi ligat di dapur, sepertinya aboh masih lagi berpelikat setakat betisnya
dengan tuala di bahu ke hulu ke hilir.
insyallah kami akan bertolak balik ke kampung esok pagi Sabtu 4.09.10
seusai solat subuh dan sahur, kami gerak keluar.
semoga Allah berikan kami kekuatan .dan kemudahan.
kalau line wifi kat area umah kat sana, ok..
akan bersiaran dari sana.
----------------------------
warna warni kuih hari raya. tima kasih kpd penyumbang gambar. |
'za..buat kuih raya tak..?"
satu soalan keramat yang sering diajukan untuk ku.
hehe, almaklum lah, dulu aku berjualan kuih raya, tetapi aktiviti kuih raya sudah
diberhentikan.
kenapa berhenti ? semenjak arwah aboh sakit, kesedihan itu seakan merenggut semangat ku.
aku terus stop dari membuat persediaan raya. hati ini sudah tidak se gembira semasa arwah aboh
dan mama ada bersama.
cumanya yang ku ingat pesanan arwah mama " za...belilah kasut raya ,baju raya budak2 tuhh..."
lantas aku sentiasa kenangkan pesanan itu, seawal puasa sudah disediakan ala kadar untuk anak anak ku.
berbalik kepada kuih raya, kalo orang kampung panggil, "ssekut raya".
banyak betul kuih moden di jual.
berlambak aku tengok, di tepi jalan di Chow Kit.
aku, hanyalah pengintai sepi . mengintai sambil melusuri laluan chow Kit road yang terkenal tak
pernah putus dengan orang.
Jam 3 pagi, sepertinya pukul 8 malam....."tak tidur agak nya deme ni, kuatnya deme ni cari makan.."
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa
berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya)
serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka
...selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada
mereka. (16)
nota : semoga kami di beri kekuatan dan dalam redho Allah
tidak lah terkejar kejar yang duniawi .
lindungi kami dari perasaan dunia yang melampau.
Selamat Hari Raya kak za jelita,
ReplyDeleteInsyaALLAH, kita jumpa di rumah kak za ya...hehe