Monday, August 30, 2010

sanggul ke bonggol ?






"ehh..tinggi nya sanggul dia...apesal ehh..."
tak pepasai aku ni, semayang terawih..tapi asik dok lihat bonggol kat kepala orang..

dalam kereta aku berceloteh dengan " imam " ku...
'bang..tadi kan orang tu tinggi betul sanggul dia, za rasa kan, sah lah dia pakai sanggul tinggi.." hehee..tak pepasai kuruih puasa ku...

satu malam lagi ...dimalam bulan puasa. semasa berterawih.....selepas habis nya solat sunat .
aku tetapkan misi ku, mengintip si jelita yang bersanggul tinggi itu. dilurutnya tudungnya...dia bukakan tudung nya untuk memakai telekung semayang, sah..aku dah nampak dah sanggul dia.
owhh..begitu rupanya sanggul tu...bisik ku dalam hati.
tapi berbeza sekali warnanya dengan rambut kita...
apa ke jadahnya dibawa pakai untuk ke tempat solat....
sungguh hodoh pada pandanganku. tak tahulah , apa yang menariknya!


Menjadi satu trend pula. Hilang niat dan tujuan.
Bertudung untuk bergaya!

Aku dah tutup aurat, tapi masih bergaya. Sanggul ku dalam tudung, tak de orang yang nampak.
Tapi mereka seakan alpa, masih bergaya dengan sexy dengan menampilkan bonggol
dengan meninggikan ikatan rambut serta bersanggul .
Tanpa sedar ada 2 dosa :
- dosa memakai sanggul/ rambut palsu
- dosa bertabaruj( menunjukkan kecantikan kpd yg bukan muhrim )


Kata pula sang pereka fesyen :
- kami membantu kaum muslimah yang bertudung agar tampil anggun dan menarik 
sepanjang masa.
- masih lagi bergaya walaupun bertudung 
- wanita bertudung tidak akan dipandang kolot lagi


makanya sang wanita , pencinta kecantikan terikut ikut tanpa usul periksa.


umpama bonggol unta

gunalah logik akal...
sanggul arab? nape dapat nama cam tu?
antara yang ditulis oleh sang blogger yang prihatin :

Sebelum memakai selendang, pastikan rambut disisir ke belakang dan diikat supaya dijadikan sanggul tinggi. Dandanan sanggul tinggi mampu membuatkan bentuk muka kelihatan bujur dan kecil. Inilah gaya yang dipraktikkan wanita Arab

 

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
(hadis sahih )

3 comments:

  1. Pada pandangan mata kakcik - memang nampak tak cantik.. lepas tu, melanggar hukum pula! :(

    ReplyDelete
  2. betullah..enatah apa-apalah pereka tudung ni.

    ReplyDelete
  3. salam kak cik dan kak ina..

    mcmana ni ehh, warna kat nama komentor hilang, apa yg saya dah godek pun tk tahu..uhhuuhh


    kakcik
    mmg tak cantik langsung..

    kakina..
    peeka fesyen ni menokok tambah, pastu kata fesyen lah..

    ReplyDelete