saya sentiasa bersedih...sedih ntah untuk apa..untuk perkara yang remeh...(barangkali)..
bagi orang lain mungkin ianya remeh...tetapi bagi saya ia adalah satu perasaan yang sukar dirungkai.
dulu ,kini dan selalunya saya adalah seorang yang penyedih....walaupun saya cuba sedaya upaya untuk
sembunyikan hal ini...saya tak mahu orang kata saya ni penyedih dan lemah....saya ingin kuat..kuat bekerja ,kuat keyakinan,kuat semangat demi anak anak saya dan suami saya.
dulu saya selalu berjanji dengan diri, untuk berjaya untuk mama dan aboh..untuk menjadi kebanggaan mereka berdua....kerana merekalah saya berada di tahap ini.
walau tak kaya, tapi saya gembira dan berterima kasih dengan Allah, kerana Allah telah memberikan saya
ilmu , rezeki yang amat hebat.
1. hati dan jiwa yang terasa amat bercelaru...sedih yang amat...apabila saya disahkan mengidap fibroid.
fibroid yang amat besar...doktor menyarankan agar pembedahan dilakukan segera.
saya tak lena tidur,tak lalu makan...sering menatap wajah anak anak dan suami.
alhamdulillah..Allah sayangkan saya dengan memberi ujian ini...saya sudah dapat bangun malam,sembahyang
malam...saya sudah rajin menunaikan solat sunat taubat seperti di pesan oleh arwah mama..(supaya sering melakukan sunat taubat).
alhamdulillah dalam kesedihan dan otak yang bercelaru...saya berusaha mencari ubatan....tetapi walaupun begitu , saya tahu dan bertanya pada Allah..jalan terbaik untuk saya...bahawa saya perlu melalui pembedahan
besar yang melibatkan banyak "pembetulan" pada seluruh isi dalaman saya.
saya redha..saya tahu ..inilah terbaik yang Allah berikan untuk saya.
2. saya tahu allah berikan yang terbaik untuk saya...
arwah aboh yang sakit terlantar..memberikan saya 1000 pertanyaan dan persoalan.
dan ketika itulah saya sedar , saya perlu bangkit....tak de lagi aboh untuk menyokong aku...
3. sekarang mama pula pergi meninggalkan aku...aku memang belum bersedia....tapi aku mesti redha...
bahagia aku disini menurut lunas dan jalan yang benar...bahagia juga mama "disana"...
4. alam ipar duai pun paling mengujakan..banyak rintangan dan persoalan yang harus dirungkai...
aku tahu duduk tempatku....aku perlu kuat dan yaqin...
5. aku perlu kuat...lihat mata anak anak ku..pada ku lah tempat mereka bergantung...kenapa perlu
menyerah sebelum kalah..? anak anak dan suami adalah pembangkit semangatku...
(menulis untuk terapi)
----------------------------------------------------
p/s
baru ku beritahu pada suamiku..
baru ku beritahu pada suamiku..
pada operation yang lepas, za ingatkan tak dapat nak tengok abang dan anak anak dah..
rupanya Allah ingin memberi peluang lagi padaku...
berlinang air mata cik abeku...tkasih allah memberikan aku yang terbaik..
seorang suami yang baik dan anak anak yang tak banyak kerenah...tkasih allah, allah telah pulangkan abangku kpdku kembali....
p/s
buat sesuatu yang perlu dan penting sahaja dengan kadar yang patut dan
jangan bebankan diri hanya semata ingin dipandang hebat oleh orang lain tetapi
dalam masa sama menyiksa diri sendiri. (ayu darlu)
nice entry kak za..bnyak bsabar selalu ya..
ReplyDeletemommy yen:
ReplyDeleteinsyallah....semoga allah kurniakan kesabaran buat
kita semua..
sbnrnya susah juga utk sabar...tp jika dah ajar diri agar sabar..ia akan jd mudah..uhhuuu...