Wednesday, October 16, 2013



Berbekam


Sebelum ini , saya selalu dengar bekam.
Yang terbayang di mata adalah darah pekat, hitam ...takut !

Selepas beberapa tahun, saya sudah lupa dengan bekam. Tak de lagi kedengaran orang berbekam.


Pada satu hari , dengan izin Allah ,kak ipar saya bercerita....dia pergi berbekam .
wahhh....sudah bagus....sebab pada hemat ku ini...kak ipar ku berani berbekam..aku pun mestilah juga
berani berbekam.
Sebab dikala itu kesihatan ku agak berserabut sikit, kepala asik sakit berdenyut.
Darah pun bacaan nya naik tinggi juga.
Badan asik letih , belikat sakit , gestrik asik melanda . 

Aku pun bercerita dengan cik abe ku...tanpa banyak soal dia terus bersetuju untuk ke tempat bekam. 
Dan yang paling aku terkejut...adalah.....dia juga ingin berbekam.
Alhamdulillah ..wa syukurilah .


Sekarang sudah hampir setahun lebih ,aku masih setia dengan bekam.
Sudah pandai pula teknik nya dan tahu titik point nya .Sudah advance lah !

Kini ...aku sudah boleh berbekam .
Bekam untuk keluarga ku sendiri .
Permintaan sudah menular....kak ipar mahu aku membekam untuk nya juga.


Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” (Asy-Syu’ara: 80)


Dalam berikhtiar berubat merawat penyakit ,ianya adalah ibadah .
Kita tiada daya usaha apa apa pun, yang menggerakakn adalah allah, yang menyekbuhkan jua adalah Allah .


Sekarang kami anak beranak sudah mengamalkan bekam .
Cik abe hamba juga sudah tidak takut dan gerun lagi .
Dia sendiri sudah boleh berbekam ...sudah dapat jadi juru bekam. 

Kita tunggu ..nak berbekam untuk ayah long pula. :)



bahagian yang paling hamba suka , bahagian belakang dan belikat.
jika dah bekam , rasa badan tu ringan dan nyaman sekali.

panas dalam badan akan hilang.


Anak sulung saya , demam dan sakit sakit badan . Saya tak pikir lain dah , terus bekam.
alhamdulillah demam nya kebah dan pulih , tanpa makan ubat ( dengan izin allah jua ).
sekarang bila dia rasa badan tak sihat , terus minta maknya bekam kan untuk dia....



p/s  apabila aku membebel :)

-dulu jari saya sebelah kiri , jari kelingking dan jari manis ,kebas ,seperti ada aliran elektrik .
sekarang sudah tiada...syukur 
-bila kepala rasa nak sakit saja - terus saya berbekam. tidak masaalah lagi, kerana juru bekam sudah ada dirumah sendiri ( cik abe hamba ).

0 comments:

Post a Comment