16/05/11
hari ini hati saya sungguh sayu.
sayu ,merindui arwah abah, saya rindukan abah.
saya rindukan senyumnya, hanggukan nya tika membaca akhbar , rindu dia berpelikat takat betis ,
dan rindu serindu rindunya.
di pagi ini , sudah saya titipkan al fatihah buat abah.
"ya allah, ampunilah dosa abah masukkan abah dalam syurgaMu ya allah
lapangkanlah kubur abah, rahmati lah abah "
"assalamualikum "
cik abe menelefon ," angan kita musnah, allah belum mengizinkan kita ."
ya allah, aku redho ya allah, aku redho.
"ada sekeping lagi tu dalam kuali, abang dah panaskan "
berteleku seketika aku di meja makan bersama segelas milo dan sekeping roti canai yang abang tinggalkan
pagi tadi .
oh tuhan , kami mohon keampunan mu ya allah, kami leka dalam angan kami, sedang engkau mengetahui apa yang terbaik buat kami. aku redho ,aku redho.
berfikir fikir bagaimana reaksi abang, ya allah, abang agaknya sudah mendamaikan dirinya dengan perkahabaran diluar jangkaan kami.
kami redho ya allah. damai dan tenang dihati aku tika ini.
ujar guru ku " berkomunikasi lah dengan allah , allah maha mendengar. allah akan hantarkan jawabanya
kepada kita hambanya "
solat dhuha , mohon rejeki
solat tahajjud , mohon niat dan masaalah
solat taubat , mohon keampunan
permulaanya saya agak bingung memikirkan .bagaimana jawaban dari allah itu.
saya cukup bingung, alangkah dungunya saya.
apabila berfikir dan mendapat ilham dari pembacaan dan dari pencerahan guru dengan bersungguh sungguh.
saya faham , bahawa yang jawaban itu adalah satu ketenangan yang tak terungkapkan , satu penutup kepada masaalah tanpa kita berserabut memikirkannya. itulah sebenarnya jawaban allah. dan masaalah itu akan berlalu begitu sahaja, Allah menyelesaikannya!
Lalu allah mengajarkan kita supaya berserah kepadanya 100% total !
“Dekati Allah ketika senang dan susah,” insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat!
bukan kah AKU lebih berkuasa atas segala kuasa?
As Salam...luahan rasa penyubur minda, teruskan berbicara berkongsi cerita...
ReplyDeletesalam zaa,
ReplyDeletemga almarhum abah mu damai disana..sama2 kita titipkan doa buat yang mndahului..AL FATIHAH
ye sentuhan mu amat manis..semanis kurma ..subhanallah merezakan dan merelakan pemulaannya perit tapi hasilannya manis kan..semuga dapat kita amalkan..doakan ain jugak..