Monday, April 11, 2011

Mengadap yang Maha Agung

Wahh,dapat undangan makan malam di hotel 5 star ni..
Suka nya hati.
Baju apa nanti harus dipakai..? Tudung.mesti maunya yang hebat hebat belaka.

Di panggil mengadap Raja ..owh,sultan memnaggilku mengadap.
Patut dipakai pelbagai kebesaran di baju.
Kasut lagi...
Risau takut tak memenuhi kriteria ...begitulah kita kira Adanya jemputan khas
Lagi ber'gah'

Masa , Tarikh perlu tepat, mana boleh lewat...nanti di senarai hitam nama
Kita nanti...

Namun apakah persediaan kita untuk menghadap Allah, Tuhan kita.?
Laungan allahuakbar, allahuakbar kadang2 dibiar begitulah saja..
Pakaian pun ala kadar.
Kita bersolat Tanpa kita sedar bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah...
Sehari semalam kita dipanggil 5 Kali sehari mengadap Raja kita, Tuhan kita..


Sadarilah bahawa kit a punya Raja yang maha hebat.
Segala permintaan kita dikabulkan.
Segala kesedihan ,kekusutan kita pasti dileraikanNya..pasti!


Sediakanlah diri kita sentiasa bahawa kita datang kepada Allah setiap masa.
Solat lah kita bersama jiwa,berhadapan dengan Yang Maha Agung .
Sesungguhnya jika kit a ingat bahawa setiap solat itu kita adalah berhadapan di
Depan Allah ,Tuhan kita.
Pasti pabila tatkala kita bersolat kita bersantun di depan Tuhan kita, membaca
Ayat ayat dengan lafaz yang teratur .
Bahawa ayat ayat dal am lafaz solat kita adalah merupakan doa Dan permintaan kit a
Hambanya untuk Tuhan nya.

sungguh indah Dan tenang jika kita berada sentiasa dal am ihsan.




From I pad

3 comments:

  1. Salam kak Zaa,

    Oooh kerdilnya kita disisi ALLAH
    apa yang kita miliki adalah dgn keizinnan yang MAHA AGUNG..
    Ya ALLAH lembutkan hati kami,
    menginsafi dan mensyukuri nikmat
    dan kami amat2 dahagakan rahmat MU robb.

    ReplyDelete
  2. wassalam ainhany

    ameennn...

    yer,kita tiada apa apa
    yg ada hanyalah Allah...

    ReplyDelete
  3. hidupkan lah hati yg mati sebelum mati menjemput diri

    ReplyDelete