Friday, April 22, 2011

cerpen # 1

Setelah 5 tahun berlalu .

Start 11.04.2011 -

Ralit sungguh Izah merenungi seorang ibu menggendong bayinya .. berjalan tanpa menampakkan keletihan. Terik mentari tidak dihiraukan oleh ibu muda itu.
Uhh tabahnya dia..desir hati Izah.
Adakah aku juga setabah itu.
Aku punya banyak kemudahan, berkereta sedangkan ibu muda tu , memanjat bas saban hari ke hospital menjengah suaminya yang sakit terlantar sudah beberapa minggu dihospital .

Membuat perbandingan kesusahan orang lain dengan kita , sedikit sebanyak melegakan dan memberikan satu semangat untuk Izah . Walaupun masih bersisa baki kesedihan dan kegelisahan , namun untuk sementara waktu ianya bisa membangkit semangat nya untuk terus melaksanakan tugasnya sebagai anak .

“Pakcik sehat hari ini ? sapa nurse yang datang melawat abah pagi ini..
Akak dah lap ke pakcik ? Tanya nurse tadi .
Dah ..ujar ku sepatah . Sambil melemparkan senyum kelat .Abah Izah sayang abah . Aku menangis didalam hati , ingin ku peluk cium abah . Tapi aku malu .
Kami tidak diajar demikian menunjukkan kasih sayang .

Izah menatap wajah sayu abah ….sudah beberapa lama abah terlantar kesepian begini . Izah sedih .
Abah hanya ditemani mama dan cucu cucu abah yang berdua itu . Anak anak Izah cukup sayangkan atok nya .

Tok abah, tok abah..ujar anak anak Izah yang baru saja sampai dengan papa nya.
Gembira terserlah di wajah abah Izah . Walaupun tanpa kata yang terucap dibibir abah , namun kecerahan gembira terpancar di wajah abah.

Dah makan ke abah ? tegur suami izah ..
Abah hanya menganggukkan kepala sahaja , tanda mengiyakan
Apa abah makan ?
Roti bang..
Hospital bagi roti tadi , dah suapkan abah dengan air milo .


Mama mana bang ?
Mama kata dia nak datang tengahari , dia nak tidur dulu..ujar suami ku .
Terima kasih bang…getus ku didalam hati…Allah kurniakan abang sebagai suami izati…pada abang lah izati meluah segala gundah .


Hampir 3 minggu sudah mama berkampung dihospital , tanpa balik ke rumah .
Sejati nya cinta dan kasih mama untuk abah . apakah aku kuat untuk menghadapi semua ini ?

Ambik darah pakcik ..
Sudah biru lebam lengan abah , dek setiap hari di ambik darah .
Untuk apa tiap tiap hari ambik darah ? tegurku bodoh pada nurse itu.

Perlu kak..sebab kita akan buat ujian berdasar darah setiap hari.
Dah lebam dah tangan abah..sakit tu…ujar ku sedikit gusar
Sambil tangan ku mengusap usap lengan abah.
Sikit je abah ..tahan ye abah…

Abah senyum lesu…tanpa pengharapan.
Kelu tanpa kata…namun kasih abah terpancar melalui luhur biji mata
lesu abah.

Abah kuat, abah teguh pendirian .
Tanpa berkerut , sepicing syringe sudah di penuhkan nurse tadi dengan menyedut darah dari lengan abah.


Disapu dengan gauze dan ditampal nya dengan plaster.
Dah siap pakcik….di tariknya selimut menyelimuti dada abah yang sudah
dapat dibilang kerangka nya.


Suamiku sudah mengheret anak anak keluar dari wad….uhh..takut lah tu..
Abang memang fobia dengan jarum dan darah.

0 comments:

Post a Comment