Monday, April 25, 2011

meehoon + nasi tomato

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Semalam hari minggu ahad 24.04.2011 , aku bercadang untuk memasak beehoon goreng ,
berkebetulan abang ipar dan kakak akan datang berziarah .


bangkit dari tidur , aku pun mengemas dan menyediakan serba sikit bahan bahan yang perlu untuk beehoon goreng ..simple sajer..udang , beehoon , cili giling ,bawang putih dan merah..
Sambil menantikan anak anak bangkit tidur ...al maklum hari cuti , mereka menyambung balik tidur .


Fikirku , tengahari nanti , mau masak apa ya...sambil berkira kira didalam kepala...ermm, abang mesti pekena nasi ,kalo tak angin satu badan ( senang nak kena sakit kepala ) . tak pe lah ..tengoklah mana yang rajin nanti...getus ku dalam hati ..membuat perhitungan sendiri .

"Ya allah..maafkan aku, sebenarnya peancangan Mu adalah terbaik untuk ku."


Siap memblender bawang merah serta bahan bahan lain, aku tanpa bertangguh , meneruskan misi menggoreng beehoon .
Sambil memasak beehoon , abang sudah siap berpakaian..beseluar jeans tanpa berbaju ...rutin harian abang tatkala di rumah.


bang..nanti dadarkan telur ni ya

tunjukkan dulu ..macamana nak dadar telur ni...

Aku menujukkan cara serta gayanya mendadar telur ..abang akur saja

Assalamualikom..oh ..abang dan kakak dah sampai.


Kami besembang seadanya..bercerita keadaan semasa ..seperti biasa...hal ehwal keluarga dan adik beradik.
Dari kawasan depan tv ,kami beralih ke meja makan...bersambung sembang

Beberapa ketika , mereka mohon mengundur diri ..

Seusai mereka berundur , aku mengemas mana yang patut..

sambil duduk berehat melepaskan lelah..

za...za...

sahut ku ..yaa

ahhh...ada pun

ni haa...

nasi tomato lengkap dengan lauk serta papadam ..
Ya Allah, engkau hantarkan rezeki Mu..


"Ya Allah , engkau hantarkan rezeki ini kepadaku dan anak anak ku, sepertinya Engkau tahu, bahawa aku masih belum masak..ya allah..terima kasih ya allah
sesungguhnya Engkau Maha Tahu "


Tima kasih bebanyak kak iti...ujar ku

Lalu selesai solat zohor, terus ku ke dapur, menyediakan kek Coklat Kukus ..tempahan dari kawan anak di sekolah...dan aku telah lebihkan untuk diberi balasan
pinggan jiran ku tadi.


Lalu , nikmat Allah yang mana yang mahu kau dustakan.

2 comments:

  1. moga2 urusan kita sebagai isteri dipermudahkan oleh ALLAH untuk suami dan anak2

    ReplyDelete
  2. salam.. allh sntisa melindungi hambanya yg ssh mau pn snang..singga bk yer..my blog
    20 top lagu english masa kini part 2

    ReplyDelete