Wednesday, October 13, 2010

Facebook






Facebook 
Kebaikan vs Keburukan

Pelbagai ragam kerenah kita jumpa di ruang maya FB , suka juga kengkadang tu membaca
luahan hati sesorang di wall memasing . Ada yang lucu , ada yang mengutuk , ada yang mencari jodoh etc , etc lagi.
Tak kurang juga dijadikan medan 'berperang ' di ruang maya FB. Canggih sunggoh dunia sekarang , semua orang dah celik IT, apatah lagi makcik seperti ku selalu bertenggek di ruang maya ini. 


Luahan hati di ruang maya ni , seakan membuka pekung di dada sendiri . Satu ayat kontroversi 
bisa mengundang pelbagai andaian .


KEBURUKAN 
 

' huhhh..penat nya ari ni ..' 

- eii ko pi mana ?
- ooo..kau sopping sakan yer
- ko sopping hape ke bende ? aku nak tengok ngko letak lah gambo !


dah, dengan 1 pernyataan saja dah jadi berjela jela telahan orang kan .
Macam hampeh pulak . 


Fikirlah dengan teliti , sebelum meluah perasaan di wall kita.(peringatan untuk saya jua ni )
Apabila marah ,kesal ,geram cuba lah bermuhasabah dengan cara lain. Simpan lah jurnal 
diri dan rumahtangga diam diam dalam lipatan kemas. 


Itu baru bab menulis di wall, belum lagi sampai ke peringkat gambar dll.

 ' ni ruang dinner aku , aku baru beli meja ni semalam , diharap dapat komen yer'.

- sstgh orang yang membaca dan melihat gambar , mereka tiada menyimpan perasaan .
Tapi sesetengah menganggap itu adalah satu gaya untuk 'gah'.(dah masuk dlm hasutan syaitan )
- kununnya , aku bukan nak menunjuk , aku hanya nak btau saja. 
- boleh bergaduh beb , dan mungkin ada yang tukang tepuk tangan,cebik mencebik muka.




'haii , ni gambar i ngan pakwe i , hensem kan ?' 

- ape kejadahnya hang nak tunjuk gambar peluk peluk niii
- jadilah agenda yang tak baik, dengan makcik makcik yang bertudung pun sebok nak tengok ( dah jadi nya isu lain pulak )
- bergossip tak pepasai pulak, abis dosa , nak mintak ampun ngan sapa lah pulak tu .
sedangkan muka dan tuan pun tak kenal 


-jangan lah terlalu addicted dengan game di FB , makan diri . hehhee



KEBAIKAN


-dalam masa yang sama dapat menjejaki kawan kawan lama , serta sedara yang terpisah atau jarang dapat berjumpa ( ambo lah tu )
- dapat gak promosi (iklan ) perniagaan atau barangan yang dijual ( bukan jual orang yer)
- selain itu , maklumat dan info adalah TERKINI ( ini yang paling disukai ) i need info !
- kedai kedai online tumbuh dgn cepatnya . ( kaki sopping online suka nii , ME too )




Kita kena ingat , sebagai manusia tidak dapat lari dari dengki dll .
40 %  tersenyum melihat kegembiraan dan dapat share suka duka.
60% ingin menepuk tangan , dengki , laser dll sambil berkata padan muka ngko . ( arwah mama selalu berpesan ,jangan berniat sebegini ,padahnya kita terima nanti )


(% sumber dari justkhai )


Tersilap langkah , nanti tanggung sendiri .


Ini juga peringatan buat diri sendiri .
Sampaikan lah walau sepatah peringatan yang baik untuk kaum mu , niscaya kamu 
juga akan sentiasa diberi peringatan.

2 comments:

  1. setuju dengan entri ni...dah lama delete akaun di FB... :)

    ReplyDelete
  2. cik min..
    wahh, sunguh berkeyakinan cik min delete kan akaun..

    saya masih berfikir fikir...tp saya suka dgn info info paling terkini di fb..
    skrng akan cuba utk mengurangkan aktiviti fb..sungguh aman rasanya.."keluar" dr kerenah manusia

    ReplyDelete