Wednesday, October 13, 2010

Didik lah anak anak






Berikutan daripada pembacaan saya di majalah SOLUSI isu no 24 . terpanggil saya untuk menulis beberapa permasaalahan berikutan pelbagai fenomena isu remaja  sekarang ini.(semoga anak anak kita berada di dalam lindungan Nya )


Anak anak adalah amanah besar yang dipertanggungjawabkan Allah kepada kita.
Dulu semasa memula perkahwinan kami , kami diuji , kami lewat untuk mendapat cahaya mata.
Sedih hati tak terkira tika itu . tapi sebenarnya perancangan Allah adalah terbaik untuk kami .
Selepas 7 tahun , kami dikurniakan anak yang comel . Alhamdulillah , gembira tak terkata. 
Siang malam berdoa , agar kandungan yang dikandung selamat ,sihat dan sempurna sifat .
Bertitik tolak dari situ , saya  berazam untuk mendidik anak anak  ke arah yang diredhai Nya.
Insyallah, semoga saya dipermudahkan oleh Nya serta diberi kekuatan akal dan fizikal .


Mudah mudahan kita ambil peduli dan tidak bermudah mudah dalam mendidik anak anak .



DIDIKAN 
- kenalkan mereka dengan dosa dan pahala dengan cara yang santai .
- ajar anak anak cara untuk berdoa berserta ajarkan mereka memahami ayat ayat yang mereka baca dalam solat mereka.
- selalu lah bertazkirah dengan anak anak 
- selalu makan bersama sama dengan anak anak dan keluarga kerana disini kita berkumpul dan akan terkeluar pelbagai cerita seharian kita .(anak anak suka mendengar kisah mereka semasa mereka kecil dan
ketika mereka baby)



PERGAULAN ANAK ANAK 
- kita perlu tahu dengan siapa anak anak berkawan .
- sebaiknya bagilah panduan bagaimana ingin memilih kawan cthnya : cari kawan yangpercakapan mereka berbudi , bersolat  dll contoh yang baik yang boleh diikuti .
- anak anak lebih cenderung untuk mendengar pendapat kawan kawan berbanding ibu bapanya , sebab itulah pergaulan mereka dan kawan mereka perlu kita pantau seawalnya.
- kita perlu ada curiga dengan anak anak yang semakin membesar
- jadilah  pendengar dan pembimbing yang terbaik  untuk anak , seeloknya bacalah buku buku psikologi anak anak remaja ( kita tidak faham keperluan mereka !)
- sesekali mereka berbuat salah, cuba tegur sebaik mungkin ( walau nak marah pun )
- pergaulan antara kawan lelaki dan perempuan juga perlu dibicarakan
- pergaulan antara sepupu dan saudara mara terdekat mereka jangan diabaikan.
-pada umur 12-15 tahun ,anak anak remaja cuba mencari personaliti tersendiri - ketika ini teguran amat2 mereka tidak hiraukan, kita perlu menangani sebaik mungkin


AURAT 
- beritahu anak anak terutama perempuan tatasusila berpakaian .
- yang mana baik dan tidak menjolok mata
- kita sebagai ibunya juga, perlu lah menonjolkan cara berpakaian yang baik sebagai muslimah .



p/s
saya sebagai ibu masih dalam proses pembelajaran cara cara dan tingkahlaku anak anak yang sedang meningkat remaja.(selamanya saya harus belajar )
kita selalu di uji dengan cara dan corak perjalanan mereka . 
cuma perlu dibanyakkan sabar dan sentiasalah berdoa untuk anak anak ( jangan hanya tahu mengongkong dan meminta anak anak mengikut telunjuk kita sahaja )
moga moga saya diberi hidayah untuk mendidik anak anak saya ke jalan yang diredhoi Nya.

0 comments:

Post a Comment