Saturday, October 16, 2010

Diberi susu dibalas tuba




Diberi susu dibalas tuba ! 

Mari kita renung sebentar .
Sebagai manusia ,kita suka diberi tapi kita sukar memberi .
Itulah namanya manusia, mudah lupa dan tidak pandai berterima kasih .

Sebagai manusia,kita akan mudah terasa dengan tindak tanduk manusia
yang tidak tahu berbudi bahasa,meskipun kita sudah berbuat baik kepada mereka. Jangan sampai buta mata dan buta hati .



Allah ajarkan saya tentang hikmah  susu dibalas tuba , sujud syukur saya pada Allah yang menunjuk dan memberi ilham . Kuatkan jiwa untuk mendengar apa jua kritikan , buatlah spekulasi anda sendiri ! 
Walaupun kuatnya hujah kita, andai orang tak suka, hujungnya pasti jua kecewa.
Jadikan setiap pandangan sebagai pemangkin dan pendorong untuk terus berusaha .


Liku liku hidup tidak akan indah jika tidak melalui pahit getir kerana ianya adalah guru terbaik yang akan mengajar kita nilai dalam kehidupan .Terima kasih Allah mengajar aku hidup yang lurus serta  berliku . 



QS At Taubah 40  
"Janganlah kamu bersedih,sesungguhnya ALLAH bersama kamu "


MOTIVASI 
( terima kasih Allah )


Allah menjadikan kita untuk selalu mengingati Nya dan menganugerahkan rezeki umur untuk sentiasa bersyukur. ucaplah lafaz terima kasih pada Allah, insyallah, Allah akan hadir dekat ke  kita.


Usah bersusah hati andai kita tidak menerima lafaz terima kasih atas kebaikan dan jasa yang ditaburkan . Juga usah rasa gusar serta kecewa jika ada yang sanggup memusuhi kita ,meskipun kita tidak mengharapkan balasan.




Lupakanlah semua  kebaikan kita .Pesanan Luqman Hakim untuk mengecap gula gula kemanisan bahagia.




Sepanjang usia kita , kita dambakan nikmat kebahagiaan , bahagia dunia dan akhirat.( tidak terkesan dengan orang yang buta mata dan hati )

Usah gunakan hari ini untuk menggugah keresahan ,kesedihan dan duka lara semalam sehingga bayangan hari esok menjadi keliru, tidak menentu dan menakutkan .

Kembalikan luka itu pada ALLAH kerana DIA telah menyediakan ubatnya.
Serahkan segala masaalah kepada Allah, kerana DIA lah hakim nya .


Belajarlah memaafkan diri . Luputkan simpanan dendam .


INGATLAH ! Allah tidak memberi apa yang kita ingini , tapi DIA memberi apa yang kita perlukan. 

0 comments:

Post a Comment