Berita terbaru hari ini :
-hanya dijatuhkan 7 tahun hukuman penjara untuk pembunuh yang melupuskan bukti membunuh Datuk Sosilawati .
@betapa nipis nya perundangan di Malaysia
@dah bunuh orang ,bakar lagi , jadinya dengan mengaku dan angguk di depan
pak hakim makanya penjara sahaja , 7 tahun . subhanallah
@ selepas 7 tahun , apa jadi ?
______________________
Datuk Sosilawati adalah seorang tokoh usahawan wanita yang boleh dijadikan teladan kepada para usahawan wanita juga ibu ibu yang ingin keluar dari
kepompong hidup .
Saya sejujurnya , sangat memandang tinggi kepada seorang wanita yang berjiwa kental . Kekuatan semangat beliau fizikal dan mental adalah pendorong untuk saya dan wanita lain untuk mencipta kejayaan dalam hidup.
Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan beliau,namun rasa kasih sayang serta kesedihan itu tersemi didalam jiwa. Sedih , marah , geram dengan
kematian beliau yang amat menyayat hati . Amat kejam sekali .
Trajedi yang menimpa usahawan wanita terkemuka, Allahyarhamah Sosilawati Lawiya baru-baru ini satu peristiwa yang sangat menyayat hati.
Meski pun ajal seseorang itu sudah ditentukan Allah dan dia pasti akan mati apabila tiba detik dan ketikanya, cara pemergian beliau sukar diterima akal yang waras.
Rakusnya manusia yang tamak dunia boleh membutakan hati dan perasaannya, sehingga sanggup melakukan kezaliman terhadap sesama insan. Wang ringgit mengabui mata si tamak haloba itu, nyawa manusia tidak lagi ada nilainya.
Sesungguhnya takdir Allah itu tiada siapa dapat melawannya.
cikmin pun sakit sangat hati ni dengan hukuman yang mereka terima. :( kalau boleh gantung semuanya...apa cerita dengan mastermind nya?
ReplyDeletebetul tu cik min ,
ReplyDeletekalau kita sbg penghukumnya , ingin pembunuh tu mati dihukum bunuh sptmana dia dah bunuh sosilawati..
geram menengoknya..angguk , angguk saja..slps 7 thn apa jadi nanti ? bebas..?!
mastermind nya sekarang sdng berjoget2 ...
saya tumpang sedih atas kejadian itu.....nape kan mereka kejam.
ReplyDelete