Monday, August 23, 2010

sekilas ikan di air...

Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.
zawiahmd


Kami adik beradik berborak sesama sendiri, selepas melepaskan lelah beriftar dan bersolat  bersama.
Sambil bertukar tukar menu untuk berbuka di bulan puasa.

“ Nak masak lah rendang daging tu, tapi tak best sangat...” ujar ku kepada adik ku .
Kan ke akak selalu masak rendang ayam tu..”?
“ Ye ..tapi akak rasa tak se best yang arwah mak buat..”

Ujar pula biras ku...”kak apa beza kerutuk tu..?” memandangkan aku ni pure Kelantanese, jadi seeloknya
soalan itu diajukan untukku..aku rasa lah.

Suami ku menunggu dengan tenang  untuk mendengar jawapan yang tepat dari ku..
“ Kerutuk masak guna rempah kerutuk, special made from kelantan..tapi rendang segala jenis rempah
nya kena adun dan blend sendiri..”“ooo..ujar birasku..tapi sama kan,masuk kerisik gak..”

Kami berborak mesra, persoalan utama adalah bab makan ..apa lagi bagi kami kaum hawa.
Memasak adalah rutin kami, walau seluas pengajian dan selautan gunung yang diredah untuk
segulung ijazah kami kaum hawa perlu akur, masakan dari air tangan ibu,isteri adalah pasti didambakan
oleh keluarga.Sesekali tutur kami berubah kepada anak anak dan lain lain hal, tapi apa apa pun pasti
melibatkan hal wanita,isteri, iaitu ibu rumahtangga.

Ahli baru keluarga kami, yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, seminggu sebelum puasa hari tu,
tidak turut serta dalam perbualan kami.Aku perasan. Tapi aku diamkan sahaja. Dalam hati  berkata..biarlah dia...
Bagi ku, aku sering sangat , memperhatikan gerak laku orang . Kerana aku pasti gerak hatiku berkata benar.
Setidak tidaknya aku dapat mengerti tentang hidup ,kehidupan ,manusia dan sekitaran.

Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang yang tak mahu begaul sesama ipar biras mempunyai satu
perwatakan yang tidak berapa disenangi kemudian hari nanti.
Tidak rugi bagi saya bergaul sesama biras , ipar dan adik beradik suami asalkan tidak melebihi batasan
pergaulan .

Banyak rahasia yang dapat kita kutip dari pengalaman mereka yang dalam keluarga.
Yang mana kesukaan suami, kebencian suami dan lain lain dapat kita nilai bila kita berborak .
Yang penting juga, kita dapat mengenal hati budi memasing.
Riak ikan di air sudah ku tahu,jantan betinanya – begitu indahnya kata kata kiasan orang lama.
Bermaksud disini – daripada tingkah laku atau gerak geri seseorang itu sudah boleh diketahu perangai atau tabiatnya. Peribahasa yang hampir sama dengan peribahasa :- sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya.

Ianya juga seiras maknanya riak iaitu ego. Ego perkataan sebenar dari bahasa Inggeris.
Kekata setara riak atau ego ialah angkuh, bongkak dan sombong.
Pengajaran yang boleh diraih dari isu ini , ialah kita seharusnya jangan ikut kata hati. Penyebab menjadi nya sebegini adalah “ apa aku heran ..” aku sudah punya sumber ku sendiri, kawan ku sekeliling. Ada aku kesah...


artikel asal : zawiahmd

2 comments:

  1. Salam kak za jelita,
    mungkin dia masih malu-malu sebab baru lagi dalam keluarga kak za kot....hehe

    ReplyDelete
  2. salam laili..
    sbnrnya dlm kehidupan kita, bnyk di hurungi masaalah sebegini..
    yg mana elok diikuti,yg mana tk elok ,baik tinggalkan ..kan?

    sekadar penulisan...jgn pulak ada yg tersinggung..kza suka perhatikan ragam masyarakat..
    maaf! sbb ragam masyarakat ,kza dpt jdkan ilham utk terus menulis..hehee...

    ReplyDelete