kali ni teringin nak share tip tip yang selalu saya lakukan kat rumah..
walaupun saya ni bukan lah suri yang berkerjaya, tapi saya malas nak lelama
kat dapur...saya nak cepat ajer..senang...tapi dapat menyediakan masakan
untuk keluarga..itu yang penting..
sebab kami sekeluarga lebih suka bersama di rumah...makan bersama ,berborak..
bawang : biasanya anak anak dara ku, mengupas kulit siap..dan aku akan blender dan
masukkan dalam peti ais.(tahan untuk 1/2 minggu )
bawang putih : chopped dan masukkan dalam botol dan campurkan dengan minyak zaitun.
nak guna hanya ambil sebahagian yang anda kehendaki.
cili kering : biasanya dah siap dipotong..aku ambik sebahagian, dibasuh bersih, direbus,
di blender + sedikit air , masukkan dalam tupperware dan campurkan sedikit cuka ( untuk
tahan lama) dan masukkan ke dalam peti ais.
kelapa: lebih suka dengan kelapa parut dari santan.
beli 2.00ringgit kat pasar, kendian asing asingkan mengikut "portion" yang sesuai untuk hidangan
kita seharian.
nak masak keluarkan bahagian yang telah kita asingkan..jimat masa dan tenaga
masukkan dalam blender + air panas + air sejuk = blender dapat santan segar.
Kain baju.
- kain baju dijemur dengan hanger
- kain, seluar, baju kecik sahaja diangkat dan dilipat
- yang lelain tu ,terus angkat dengan hanger ..beli jer tempat penyidai kain seperti orang meniaga
tu...hangerkan,baju tak berkedut dan tak banyak yang nak dilipat...
asingkan penyidai untuk anak anak dan kita sendiri...
- inner ,seluar kecik ,tudung, sediakan kotak (kotak yang cun ) isikan kedalam tu..
nak sumbat pun tak pe....
untuk anak anak, setiap sorang 1 kotak,letak nama...dan dalam kotak tu,letak sabun mandi
sebagai pewangi untuk seluar kecik tu..kat ruang tengok tv, sentiasa ringankan tangan...
penyapu tu selalu lah bergerak..baru lah bersih sikit..
dah siap masak, makan...
boleh ler ngadap macam kat atas tuu...
0 comments:
Post a Comment