Sunday, May 16, 2010

anak anugerah allah





kebiasaan saya pada hari sabtu dan ahad ( jika tak de aktiviti @ w/pun kengkadang lupa)
saya akan menonton Tv 9 ...program Tanyalah Ustaz...
tertarik dengan tajuk hari ni.." anak anugerah Allah"..

program majlis ilmu sebegini bagus pada pandangan saya, sebab nya bagi diri saya, masa dan keadaan membataskan diri saya untuk hadirkan diri ke majlis ilmu di luar sana...jadi saya memang menantikan 
saat saat majlis ilmu di siaran TV...
dahulu ada siaran setiap jumaat pukul 12.00 tengahari ( setiap jumaat)..siaran bersama Dr Fatma Az zahra..
tapi siaran itu dah diganti dengan bentuk yang lain,jadi saya kurang minat...


berbalik kepada "anak anugerah allah "...dan juga bersempena menyambut hari guru...alangkah ramainya anak 
anak cikgu ini..dilahirkan dari mak mak dan ayah ayah yang lain pendirian ,lain bangsa, lain agama..
maka bersabarlah cikgu dengan kerenah anak anak kami ini.



dahulu, saya memang menginginkan anak ramai...10 orang...tapi allah dah tetapkan kami 
dengan 2 cahayamata....kedau2 nya puteri...
ramai yang berkata...beranak lah lagi...biar lelaki...dalam hati ku..ermm...inilah rezeki hebatku..
tak pe..aku sudah terlalu gembira dengan rezeki ini.
terima kasih Allah, kurniakan kami zuriat yang sihat sempurna akal dan fizikal.

pada yang anak ramai...sstengahnya mengatakan untung anak ramai...
memang ya...jika kena gaya dan didikan...sebabnya tahu beranak saja..tanpa diberi didikan tanpa diberi panduan...maka anak anak itu akan hanyut dengan cara mereka sendiri...
hanyut dengan cara yang mereka rasakan sopan bagi mereka...padahal kita sebagai orang tua yang berhak mengatur hidup mereka, berhak memberikan mereka skrip, untuk mereka terus hidup dengan panduan yang betul.




jika anak anak keluar  dan balik tak tentu....ikut masa dia sendiri..tanpa kita sebagai ibu bapa menegur ..beri panduan...mana mereka nak tahu...
keluar masuk rumah sesuka hati.....berkawan sesuka hati...padahal pengaruh kawan lah yang membuatkan kita rosak , punah dan sebaliknya. 
dalam memilih kawan, kita sebagai ibu bapa, perlu berikan perhatian...beritahu apa ciri ciri yang perlu untuk dijadikan kawan....biar mereka " judge dan predict" ...tanya pendapat,
berkomunikasi bersama untuk elakkan anak anak merasakan diri mereka dikongkong...



dalam rancangan pagi tadi...
ustaz memberi 7 formula
sebab 7 formula...adalah 7 petala langit dan 7 petala bumi
maaf saya tak berapa ingat..
yang saya ingat adalah 
-perhatian
-pelukan
-penghargaan
-dan ada lagi 4 P...saya tak ingat...


tapi kata ustaz, biarlah anak anak kita merasakan diri ibu dan bapanya adalah hebat...
itu menjadikan mereka bangga dengan ibubapa mereka sendiri..bukan bangga dengan oranglain..
bila mereka bangga dgn orang lain, itulah yang membuatkan mereka lebih seronok berada diluar dari berada di rumah sendiri.
bentukkanlah persekitaran yang baik di rumah sendiri...
ikutlah pepatah " rumahku syurgaku..."


------------

p/s aku menulis untuk terapi
aku menulis juga untuk mengingatkan diri ...
maafkan jika ada yang tersinggung...

2 comments:

  1. ibu bapa adalah guru terulung...

    ReplyDelete
  2. ikan emas:..
    ya ibu bapa adalah idola yg terbaik..
    sbb itu kita sbg ibu bapa perlu lakukan
    yg terbaik agar anak2 bangga dgn kita..

    ReplyDelete