Tuesday, April 28, 2009

apa gunanya kawan


apa gunanya kawan..?

Saya bersyukur kerana saya masih lagi ada kawan yang boleh menegur saya.

Tatkala umur meningkat, kalau tiada siapa yang menegur, siapa lagi yang menegur?
Kalau berjawatan tinggi, makin ramai orang akan segan untuk tegur.

Cuba ingat balik, bilakah kali terakhir kawan anda menegur anda demi kebaikan?


cuba fikir balik semula, sekarang ni jika kita masih punya ayah dan ibu,kemungkinan
besar perkara yang tak disenangi akan ditegur oleh mak ayah.
tapi bagaimana pula jika kita sudah tiada kedua dua ayah dan ibu..?
bagi saya kehilangan arwah ayah dan ibu amat berkesan dihati kerana sebelum ini
segala apa yang saya ingin lakukan saya akan rujuk kepada ayah maupun ibu.
kini kedua duanya sudah hilang dimata.......

tatkala inilah kita perlukan kawan untuk menegur ataupun memberi pandangan kepada
kita.
sebagaimana kita hendak meluahkan rasa hati yang terpendam,eloklah dicari kawan yang
sebenar nya boleh membuka minda dan fikiran kita ke arah yang betul.

tak semua kawan itu ingin menjatuhkan kita,dan tak semua juga kawan ingin betul2 berkawan
dengan kita.
selagi kita hidup dan berdaya di bumi ALLAH ini,berilah setitis sumbangan dan kebaikan di dunia yang sekadar pinjaman semata.

1 comments:

  1. kak za ..nok cari saing hok sama sama buleh jerit tiko kito susoh payoh sangatt, hok mudoh juppo saing tiko kito tengoh sene leney ..

    ReplyDelete