Monday, April 14, 2014



Tahajjud malam adalah penawar segala kegundahan jiwa. Solat subuh pula adalah bekalan asas kehidupan setiap hari.


Apabila kita bersolat subuh dengan diiringi wirid wirid yang terdapat dalam hadis-hadis yang thabit daripada Nabi s.a.w, jiwa kita menjadi lapang dan kekuatan jiwa itu hadir dari pelbagai penjuru. 

Dalam tahajjud sebelumnya pula kita beristighfar memohon keampunan, melafazkan syukur atas segala kurniaanNYA dan mengadu segala cabaran kehidupan.

Maka alangkah indah kehadiran hening pagi apabila jiwa penuh pasrah kepada ilahi..

Dr. MAZA

0 comments:

Post a Comment