Thursday, November 18, 2010

terapi solat 1

p/s aku menulis sekadar memberi ingatan kpd diriku shj
jika ada yang tidak pasti dan tidak paham diminta anda mencari 
guru .
aku sekadar berkongsi apa yg ku rasa ,dengar dan teliti .
juga aku praktikkan .

----------------------


Bertahun tahun aku mencari jawapan .
Kenapa orang solat , bertudung labuh , haji atau hajah masih tidak mempunyai keperibadian tinggi .
Masih bercakap yang tidak elok,riak,sombong, angkuh, suka memfitnah , suka mengejek ejek , memperlekehkan dan terlalu banyak lagi yg merosakkan jiwa dan akhlak.
Hati yang sakit parah . Penyakit2 kronik.
Terlalu banyak kerosakan akhlak .



Aku  keliru dan sentiasa mencari jawapan nya.
Aku  PASTI ada yang tidak kena dalam diri jika masih ada perlakuan sebegini.


Kini aku sudah semakin mengerti dan paham, ada sesuatu yang perlu di perbetulkan iaitu
SOLAT kita.
Kenapa Allah menekankan solat bisa menghindarkan diri dari perbuatan mungkar dan maksiat.


Selama ini kita solat bukan lahir dari jiwa dan ruh . 
Kita solat semata mata kerana tuntutan agama, tidak lebih dari itu.
Kita diajar sedari kecil oleh ibu bapa , solat lah, jika engkau tidak mahu masuk neraka.
Kita solat dengan keadaan keterpaksaan. Solat kita tidak sejati . Kita lelah .


Kita solat apabila sampai waktu nya kita perlu solat. Tidak lebih dari itu.
Masuk azan, perlu solat . Kenapa ? 
Sebab tak baik melewatkan solat, jadi dengan keadaan hati yang berat TERpaksa
juga menggerakan badan untuk solat. 
Tidak ada yang enak dalam solat. 
Mana bisa , orang mengatakan selepas solat badan jadi segar bugar, bahkan semakin letih,
kerana asik tunduk dan bangun !


Allahuakbar ! 
Bismillah.....owhhh, sudah 2 rakaat....lagi 2 rakaat bisa habis solat ku.
Begitulah keadaannya kita apb solat . 





Selepas menghadiri KSK (solat khusyuk ) bersama Pak Abu kini aku semakin sadar dan mengerti .Terima kasih Allah kerana memberikan ku hidayah ini, mengajarkan ku ilmu ini. 
Rupanya selama ini , aku solat kerana keterpaksaan , kerana tuntutan agama,
kerana diajar sedari kecil . 
Ya Allah , ampunilah kesalahan ibu bapa ku. 
 


SOLAT  adalah kembali bertemu dengan Sang Pencipta ( Allah ) berdialog, berkomunikasi , rendah diri , pasrah ,  berhubung dengan Allah.











Mari kita lihat dari segi  pergerakan solat .


Berdiri /qiam untuk mengangkat takbir.
bermula dengan Allahuakbar ..! (allah maha besar ..luruh dendam,angkuh,kikir ku bersama asal kejadianku ).
asalku tanah


"sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku mengikuti kehendak Zat yang Maha mengatur Alam semesta" 
(Al Anam 162)


"hanya kepada engkau kami sembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan " 
(al fatihah 5)




Rukuk
Rukuk 90 darjah . 
tulangku,sarafku,otakku,pendengaranku,penglihatan ku rukuk dan tunduk pada Mu Allah.

Nabi bersabda " tidak sempurna salat seseorang hingga diluruskan belakangnya di waktu rukuk dan diwaktu sujud. 
HR abu dawud dan Termizi


Disini kita melatih diri untuk jiwa/ ruhani  serta jasmani .
Disini kita akan terasa regangan di bahagian tulang belakang, urat bhg belakang yang sering 
sakit  juga akan terasa bahagian betis ,paha dan juga bhg refleksologi (tapak kaki ).
Terapi solat ini amat hebat.



Sujud 


Sujud adalah puncak perjalanan solat dan ruhani kita.
Dari segi ruhani , sujud merupakan bahawa kita sedang sujud tunduk patuh kepada Sang Pencipta (Allah),kita lemah,kita rendah.
Kita dicipta dan terbuat dari tanah , kita akan kembali kepada asalnya . ( sadar )









Saat kita sujud , kita disarankan untuk sujud lebih lama .
Disini kita dapat lebihkan doa dan permintaan kita kepada Allah.
Jangan desak Allah . 

Supaya kita tidak lelah saat sujud , kita perlu perbetulkan posisi badan .
Kepala didepankan, tangan dan bahu dikepak kan sedikit, perut jangan 
tertindih dengan bhg kaki dan paha.
Kaki dibelakangkan sedikit , seperti keadaan sedang merangkak. (menjangkau spt harimau )
Perut agak terangkat.
Telapak tangan diletakkan atas tanah/sejadah sejajar dgn bahu , tangan jari jemari tunjuk dan straight kpd kiblat. 
( boleh rujuk kpd solat sains )


Ditekankan disini supaya sujud lebih lama dan dalam keadaan yang betul , oksigen akan bergerak ke hadapan bhg frontal lobe .(otak depan )
Frontal lobe kurniaan Allah yg membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal.
Professor Hembing jelaskan ,pd masa sujud , semua otot akan berkontraksi. Otot otot akan jadi kuat dan sihat.
Urat urat darah spt pembuluh nadi (arteria ) pembuluh darah (venae) lympha akan menjadi lancar.
Sujud juga membantu jantung bekerja dgn lebih baik ,memberi ruang kpd pembuluh pembuluh darah(arteriosclesosis)  bekerja dgn lebih baik .
Waktu sujud darah ,bergerak ke otak, mengalirkan oksigen yg sangat diperlukan otak.


Nabi sering sujud lama (diriwayatkan) beliau mempunyai tubuh yang sehat dan ideal.



Berikut adalah sifat2 yang ada pada manusia yg hebat frontal lobenya.

Boleh menumpukan perhatian pada sesuatu dalam jangkamasa yg lama
Berupaya menimbang semua kemungkian sebelum bertindak.
Membuat keputusan dgn tepat dan cepat, tidak teragak2.
Jelas dalam semua perkara.
Ceria
Mahir dalam apa yg dipelajari.
Mudah menyesuaikan diri dgn perubahan.
Mampu belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
Sentiasa memikir peluang2 lain sebelum bertindak.
Punyai keyakinan diri yang tinggi.
Mampu bertindak mencapai keinginan atau cita2.
Seorang yg tinggi disiplinnya.
Mampu membina peluang yg lebih hebat berdasarkan pengalaman.
Tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh2 luaran.
Boleh menumpukan perhatian hingga lupa pada persekitaran dan masa.
Minda yg tetap dan tidak melayang-layang.
Lebih proaktif dari reaktif.
Berpendirian tinggi.
Tidak pentingkan diri sendiri, lebih bersimpati.
Punyai impian, tujuan yg jelas dan hebat hingga tidak mampu digoyah keadaan luaran dan juga dari badan.
(dr sumber intenet - syurgadunia)



sifat  negatif adalah dari sifat  frontal lobe yang lemah.
tidak cukup oksigen .







bersambung...insyallah


---------------------------
18/11/2010


p/s aku menulis berdasarkan pengalaman dan praktik ku 
apa yang ku pelajari ku praktikkan !
alhamdulillah berkesan mengubati penyakit dalaman dan luaran ku.
aku disahkan mempunyai penyakit hypertension  250/140 ,jantung , thyroid , nerve disoder(saraf),vertigo dn pelbagai lagi masaalah kesihatan.
semuanya kerana aku tak pandai menguruskan stress di jiwa , sering resah dan gelisah.
penyelesaian terbaik adalah melalui SOLAT . 
bgku tiada ubat yg lebih baik ,adalah SOLAT yang baik dan penuh rasa keabadian kepada Nya.
aku mencuba sedaya upaya mencari dan mencari redha Allah,dan aku pasti ,
sesiapa yang mencari TuhanNya akan menjumpai Nya.
dan juga aku pasti , jika engkau mencari akhirat, maka dunia akan datang dengan 
sendirinya kepada mu.




Hidup adalah kerjasama, ilmu yg ditimba gunanya untuk menolong sesama manusia
Arwah abah berpesan, kita tidak kaya, kita tidak punyai wang yang banyak, jadikanlah
ilmu , qudrat sbg  sedekah dan amal jariah yang kita berikan kpd sekaliannya.
Itulah yg menjadi prinsip dan pegangan ku hingga sekarang .
Arwah abah juga berpesan , jangan anggap itu suatu pekerjaan , kerana jika bekerja
kita mengharapkan upah , tapi tanamlah dalam diri bahawa aku sedang belajar !
Jadi kita tidak mengharapkan apa apa balasan , sebaliknya yang kita dapat adalah
ilmu yang Allah ajarkan kepada kita.


tima kasih abah dan mama(arwah) , mereka adalah berlian dlm hidupku.Sentiasa bercahaya
dan bersinar walau mereka telah lama tiada. Tapi ajaran dari mereka sentiasa bersama menerangi ku.





rujukan : pak abu sangkan , sumber2 intenet, syurgadunia ,pn nora( ummu ayman ),Tn fuad
gambar2 : dari sumber google (tima kasih kpd penyumbang )

4 comments:

  1. che pah..
    sama sama kita share..saya dah praktikkan..
    dan alhamdulillah ianya begitu menusuk sekali di jiwa ..
    sekarang anak anak dan suami juga mempraktikkannya..
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Zaa,
    Tahniah kerana dpt catatkan bahan yg baik utk rujukan dan amalan, minta izin di copy utk amalam rakan lain, moga Allah berkati dan beri yg terbaik utk kehidupan kak zaa skuarga

    ReplyDelete
  3. assalamalikom maznah:
    sila sila..kita sama sama mencari dan belajar ilmu Allah
    sama sama lah kita sebarkan apa yg baik dan dptlah sesama kita beramal.

    ReplyDelete