Tuesday, November 16, 2010

sekitar perkahwinan di Pulau Cendul

sekitar perkahwinan di Pulau Cendul , Tumpat Kelantan. 13.11/2010
pertama kali kami sbg rombongan pengantin naik bot .
alhamdulillah segalanya berjalan lancar .
walaupun pada permulaan nya hujan lebat , agak tertunda untuk naik bot.
sebab bot tak de penutup.
jadi kami kena tunggu hingga hujan reda dulu.
begitu payah nya mereka . perhubungan semata mata melalui 
jalan air ( bot shj )

        siti fatimah (pengantin perempuan ) 

sedang sarung cincin

suasana di depan rumah pengantin dan sekitar pulau

perjalanan kami ke destinasi sepanjang menaiki bot ke pulau

perjalanan memakan masa 20 minit untuk ke pulau cendul 




di jeti Tumpat 



kelapa pun naik bot.
betapa susahnya penduduk pulau , hubungan hanya melalui bot sahaja.

pemandangan dari jeti Tumpat



didepan rumah pengantin perempuan
cik abe ku , sibuk meninjau sekitar pulau
di pulau ini ,hanya terdapat 4 buah keluarga sahaja mendiami kawsan pulau ini (Pulau Cendul )

meneliti bot yang akan kami naiki


kiranya bot yang akan kami naiki ini lebih besar.
tapi tiada berbumbung, ketika nak menaiki bot , hujan turun dengan 
lebat nya, terpaksa kami berteduh di kedai kopi berdekatan.
kena tunggu hujan teduh, baru dapat naik bot untuk ke Pulau Cendul
kata cik abe ku, ketika mula menjemput pengantin dan keluarganya dari jeti Tumpat,betapa sayunya hati cik abe melihat kan mereka.
Dari pulau menaiki bot dengan baju pengantin , betapa susahnya mereka .

Putih dan jernih mata pengantin perempuan memandang cik abe ku...dan dengan sesegeranya ayah pengantin perempuan menanya ...'ni sapow...?'
mereka dengan jelas menarik nafas lega, mereka serahkan anak dan cucu mereka di tempat yang baik untuk anak dan cucunya mengadu nasib nanti.


inilah juadah kami 
amat berselera sekali kami , walaupun masakannya simple, tapi menepati citarasa kami.
gulai darat daging , sambal belacan , kerabu nipah, sayur lemak, ikan kering goreng
fuhhhh, bertambah tambah makan.
apa lagi ,aku juga sempat meratah..kerabu dan gulai darat yang amat fresh dan panas2 lagi.
alhamdulillah...

susana depan rumah oengantin dan sekitar pulau

my cik abe dan adik nya Nan.









abah ( ayah mertua ku ) dan cik abe sedang bersolat sunat di masjid Tumpat 
setibanya kami ke sana .
Permulaan yang baik untuk segala yang baik. Insyallah .


 

sedang mendengar tazkirah dari imam tua masjid .
sebelum upacara akad nikah dijalankan.


SAH ! alhamdulillah
Suhail Samsuddin dan Siti Fatimah sah diijabkabul sebagai suami isteri.
semoga perjalanan kalian berjaya ditempuhi dan di rahmati Nya.
Permulaan yang baik untuk segala yang baik.
Kami doakan yang terbaik untuk anak anak sedara kami.



atok perempuan (bj merah ) atok lelaki ( bj biru )
sedang beramah mesra, bertegur sapa.
pengantin perempuan adalah anak yatim ( ibu meninggal ) dibela oleh atok nya
dan neneknya bersama 3 adik nya yang lain.
pengantin perempuan merupakan anak sulung .


inilah jeti dari Pulau Cendul .
air agak pasang ketika ini, keruh seperti air tea susu.
baru lepas hujan.



suasana dari jeti Pulau Cendul.





mak dan ayah pengantin lelaki ( my BIL )
 

1 comments:

  1. sy dok pulau anyuk,depe pula rulah..bole tau sapo ni

    ReplyDelete