nur syamim (permata bonda dan ayahanda) |
Bermulanya tahun 2010 , anakanda sulung ku bakal menempuh satu lagi peperiksaan
besar ~ PMR ( selepas ini mungkin dimansuhkan).
Pada 5/10/2010 bermulanya hari pertama kakak mengharungi exam besarnya itu.
bagiku ibunya , dupp dapp...apakah mungkin anak ku ini berjaya dalam peperiksaan nya ?
ya allah ,berdebar debar hati ini, gundah gulana di bikin nya.
apa apa pun sentiasa ku titipkan doa buat nya juga ku titipkan tips yang paling berkesan bagiku .
"kakak sentiasa lah berdoa , komunikasi lah dengan allah, jangan lupa solat,..."itu lah tutur ku
setiap kali dia luahkan kegelisahannya dan ketakutannya untuk hadapi PMR.
Hari ini 12/10/2010 , kertas untuk PMR akan berakhir.....MERDEKA ! hehheee..
aku pulak yang beriya iya.
Walaupun besok adalah hari akhir peperiksaan PMR, tapi hari ini adalah last paper untuk
kakak .
Sehari sebelum menjelangnya PMR, kakak demam, gelabah juga dibuatnya.
Secepatnya dibawa ke klinik ,alhamdulillah demam dan sakit tekak nya reda.
helikopter (ihsan google n tuan empunya ) |
Permintaan nya untuk dapatkan 'helikopter' untuk toys nya juga telah dilaksanakan.
Mereka berdua beradik ,berkongsi dapatkan 'helikopter' impian.
Game dan toys yang diminati kakak ..semuanya game budak lelaki....walhal anak ku ini 'girl'.
"Semoga semua calon PMR pelajar berjaya mendapat straight A's PMR 2010, ameen.
juga buat anak anak buah tersayang !"
Sehari sebelum PMR menjelang ( Isnin ) bertalu talu call dan sms menjengah kakak.
Terima kasih buat maklong n paklong kluang, maklong n paklong kajang, maklong ganu , auntie n pakcikrshad, pakcik n cik mas ,maksu n paksu, zirah sepupu baiknya.
Juga peringatan dari sepupunya along, fairuz, nadia .
Pelbagai pesanan /sokongan dan kata kata semangat dari mereka .
Alhamdulillah, sokongan dari mak dan pak sedara diambil nya sebagai iktibar dan teladan.
YA ALLAH, permudahkanlah laluan untuk anak ku Nur syamim untuk nya berjaya dlm pelajarannya.
permudahkanlah laluan nya berjaya di dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment