Bulan Ramadhan selalu dikaitkan dengan bulan makan makan.
Di bulan Ramadhan sahaja , munculnya
buffet di hotel hotel, restoran restoran dan kepelbagaian lagi tawaran untuk berbuka .
Bazaar ramadhan bercambah bagai pesta , berlomba lomba orang membeli makanan untuk juadah berbuka.
Padahal apabila berkumandang nya azan, Allahuakbar.......
, dengan seteguk air dan sebiji kurma sahaja sudah
memadai untuk melegakan perut yang seharian kosong.
"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih lebihan , kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang yang berlebih lebihan" surah Al Araf ayat yang ke 31.
Sepurnama Ramadhan sahaja, banyak peristiwa yang berlaku kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w .
Khadijah isteri baginda dan Abu Thalib, bapa saudaranya telah meninggal pada bulan Ramadhan.
Saidina ali bin Abi Thalib telah ditetak kepalanya dengan pedang pada 19 Ramadhan , oleh seorang durjana , Abdur rahman ibn Muljam , ketika mengimamkan solat subuh. Pada 21 ramadhan nya beliau telah dijemput Ilahi.
Putera kepada Fatimah az Zahra dan saidina Ali selamat dilahirkan pada 15 Ramadhan.
Perang Badar berlaku dibulan puasa, pada 2 Ramadhan dimana kemenangan berpihak kepada kaum muslimin .Jumlah tentera muslimin pada ketika itu tak terbanding dengan kaum kafir yang berjumlah 1000 orang, manakala kaum muslimin hanya berjumlah 313 orang sahaja.
Makkah juga telah menjadi hak kepada kaum muslimin pada tanggalnya 8 Ramadhan.
Lihat sahaja kejadian yang berlaku di bulan Ramadhan, dan sudah semestinya bulan yang penuh
berkat ini janganlah di cemari dan dipenuhi dengan nafsu makan sahaja.
1st trial
sudah di komen oleh "my sifu" Tn Zamri (tq)
penulis artikel : zawiahmd
picture : credit to google
Salam KakZaa..
ReplyDeleteagak2nya, para peniaga tu sempat tak solat Maghrib, ya?
kakcik..
ReplyDeleteitulah yg buatkan saya juga tertanya tanya..dan kekadang tu jawapan sudah di depan mata..
wallah hu akhlam...