Thursday, August 26, 2010

Ramadhan 16 dan isunya

ya allah, ya rahman, ya rahim
assalamulaikom..
hari ni dah masuk hari ke 16 ramadhan, maknanya kita sudah diambang Nuzul Quran.
Hari hari terakhir untuk ramadhan bakal pergi meninggalkan kita, semoga cahaya untuk menerima Ramadhan tahun hadapan bersinar bersama kita lagi. Insyallah.


Saya suka mencoret sesuatu yang mendatangkan manfaat untuk saya dan sekalian umat yang sudi singgah membaca hasil coretan saya ini.( ada ke yg sudi,harap2 ada lar yer..)
Semoga dengan cara dan gaya saya  menulis sebegini, jika ada yang terhasil untuk mengikuti nya, maka saya  sudah menunaikan fardhu kifayah kita sebagai umat, menyampaikan sesuatu untuk sama sama di teladani.


Semalam semasa saya ber"blogwalking" terkesan dengan isu yang dibangkitkan oleh   laili jelita
Isu nak raya kat mana, kampung saper...hehee...Bagi semua pasangan , inilah yang selalu menjadi pertelagahan kala Hari Raya hadir tiba.


Saya tak pandai mengulas tentang isu ini. Tapi sebagai isteri  dan menantu, bila balik rumah mentua, janganlah jadi menantu hantu. Mulut muncung ke depan , tak nak bergaul sesama ipar.
Pakaian tu baiklah dijaga , jangan berlebih lebih , agar tak jadi buah mulut dan gossip ipar duai. 
Kaki tangan semua , hendaklah diringankan..... cubalah untuk menyenangkan hati suami di depan mak dan keluarganya. Itu saja yang suami kita pinta, tak lebih dari itu. 
Jangan lah diri kita dijadikan 'permaisuri '....makan berjemput, berkurung dalam bilik , asik berkepit je dengan suami. 

Sebenarnya suami bukan ingin menyusahkan kita sang isteri, mereka cuma mahu kita bergaul seadanya dengan keluarganya. Melayan mak , ayah dan adik beradik mereka dengan ikhlas dan semampu kita.
Jadi jika kita berusaha untuk ke arah itu, insyallah kita akan jadi isteri yang terbaik untuk suami kita.

Cuba cari tips terbaik untuk menjadi menantu yang terbaik. Tak susah sebenarnya.... tepuk dada tanya selera.
Asal jangan berlebih lebih sudah lah. Allah menyukai yang sederhana. Ilmu Allah maha luas. 
Untuk jadi isteri dan menantu yang baik juga perlukan ilmu....tak percaya ..?



nota : saya pun masih lagi mencari tips juga.

1 comments: