Assalamulaikum warahmatuallahiwabarakatuh Datuk/Datin/Tuan/ Puan sekalian,
Saya di sini ingin mengambil kesempatan utuk mengucapkan kepada semua sahabat-sahabat selamat mengerjakan ibadat puasa dan semoga semua amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT.
Di sini saya ingin berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat sekalian yang budiman di mana baru-baru ini saya bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja telah berkesempatan melawat Pusat Jagaan Lambain Kasih bertempat di perkampungan Sungei Penchala yang menempatkan seramai lebih kurang 50 orang anak-anak yatim lelaki dan perempuan. Pusat tersebut dikatakan ditubuhkan oleh beberapa individu sejak 2007 dan semua perbelanjaan adalah diperolehi dari belas ihsan orang ramai.
Kami telah mendapat maklumat yang pusat tersebut sangat-sangat memerlukan bantuan. Jadi , kami sepejabat telah bersepakat untuk mengumpul duit dan membeli barang-barang keperluan harian saperti beras, susu, gula dll. Ketika berada di pusat tersebut kami telah meninjau tempat tinggal anak-anak yatim tersebut dan mendapati ianya agak begitu sedih sekali. Keadaan tempat tinggal tersebut agak begitu daif sedangkan kawasan tersebut di keliling oleh beberapa rumah-rumah besar dan sederhana di mana penduduk tersebut mungkin tidak sedar wujudnya pusat jagaan untuk anak-anak yatim.
Banyak perkakas asas yang diperlukan seperti barangan elektrik ,kelengkapan ibadat, peralatan dapur, kelengkapan tidur/perabut spt: almari, katil, selimut , cadar ,bantal, sarung bantal, tikar alas lantai, pakaian dll. Bersama-sama ini disertakan beberapa gambar yang sempat kami ambil ketika berada di sana.
Saya ingin merayu agar sahabat-sahabat sekalian yang dermawan secara samada persendirian atau syarikat-syarikat korporat agar dapat menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada pusat jagaan tersebut agar dapat membantu meringankan bebanan yang dialami oleh anak-anak yatim tersebut. Saya juga ingin merayu agar dapat sebarkan maklumat ini supaya lebih ramai dapat membantu , lebih-lebih lagi dalam bulan ramadan yang mulia ini untuk sama-sama kita meraih pahala disamping mengembirakan anak-anak tersebut.
Sahabat-sahabat sekalian bolehlah hubungi Uztazah Salmah no:013 6780509/03 777221301 dan alamat Pusat Jagaan tersebut ialah Lot 2980, Kg Sungai Penchala , Jalan Damansara, 60000 KL
Sila sebarkan. Semoga segala usaha dan bantuan yang diluhurkan diberkati oleh Allah SWT .
Sekian Wasallam.
MAYBANK ISLAMIC- 5642 7630 2764
PUSAT JAGAAN LAMBAIAN KASIH
Ini adalah laporan ringkas yg dapat saya beri semasa saya bertemu dengan pengurus rumah lambaian kasih iaitu Tuan Haji Mohd Basir. Berikut adalah keperluan yang masih lagi diperlukan oleh rumah berkenaan yang mana saya mendapat informasi nya dari Tuan Haji sendiri:-
· Keperluan Barangan mentah untuk masakan.( Yang ini pula dari info Tuan Haji sumber ini mmg ada ketika tidak mencukupi tapi atas inisiatif pihak pengurusan rumah)
· Kemudahan asas seperti barangan elektrik-cth:- Peti sejuk, Mesin basuh dan yang sewaktu dengannya.
· Carpet untuk surau- Carpet yang sedia ada sudah uzur
· Sumbangan dana untuk menyiapkan bangunan baru untuk adik2 kita tu.( Bangunan sedia ada adalah rumah sementara atas belas ihsan dari jemaah di situ)
· Kemudahan Dewan Makan.( Sekarang masih lg tiada dewan makan bg adik2 tu untuk bekumpul bersama)-kekdang terpaksa sewa khemah ukt diog makan2..
· Dan juga sebuah Van-Untuk kemudahan adik2 kita yang bersekolah-( Nota:- Untuk yang ini jika ada Alocation yang berlebihan jer….)
Maka dengan itu saya berseru pada kawan2 yang ada rezeki berlebihan tu dapatlah kiranya disumbangkan pada adik2 kita tu mudah mudahan kita akan diberkati.
0 comments:
Post a Comment