Sunday, July 11, 2010

surah al Fatihah



gambar tak berapa clear...

ni saya copy balik

Setiap kali membaca al Fatihah dlm solat,kita sbg hamba sbnrnya berkomumikasi dgn Allah.
Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan Khalik.

Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah berfirman yg bermaksud :
"Aku bahagikan solat antaraku dan hamba -Ku kepada separuh, dan bagi
hamba-Ku apa yang dipintanya..."






Hamba : segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
Khalik : hambaku telah mengingatku

Hamba : Maha pemurah lagi maha penyayang
Khalik: hambaku telah memujiku

Hamba : Yang menguasai hari pembalasan
Khalik : hambaku telah mengagungkan ku

Hamba: hanya engkau yg kami sembah, dan hanya kpd engkaulah kami
memohon pertolongan
Khalik : Hambaku telah memuliakan ku

Hamba: Tunjukilah kami jalan yang lurus
Khalik : Ayat ini antara Aku dan hambaku, dan hambaku berhak atas apa
yang ia minta

Hamba: (iaitu) jalan yg telah engkau beri nikmat kpd mereka,bukan jalan mereka
yg murkai dan bukan pula jalan mereka yg sesat
Khalik : Ini semua utk hambaku dan hambaku berhak atas apa yg dia minta.


sumber : solusi

(Hadis riwayat Muslim, al Tarmizi dan al Nasa"i )

0 comments:

Post a Comment