Hari ni 1 April, genap 3 tahun pemergian aboh (arwah).
Namun kenangan dan kemanisan aboh sebagai ayah pada ku, aku
kenang sepanjang hayat.
Setelah hampir 5 tahun,aboh terlantar sakit akibat stroke, akhirnya abah menghembuskan nafas nya yang terakhir dirumahnya sendiri.
Pada hari hari akhir aboh , aboh sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital USM Kubang Kerian.
Aku terima panggilan dari sepupuku mengatakan aboh masuk hospital. Kami pun bergegas balik, dalam perjalanan beberapa kali sepupuku menalifon, “lambat lagi ke mu nok sapa..”
Aku cuba meredakan hatiku dengan berkata tak apa, tak apa..relex..
Sesampai , kami terus ke HUSM, terus masuk ke ward (mintak release dengan pok guard, ada emergency).
Aku bergaduh dengan doktor, kerana tidak membenarkan aku membawa balik aboh.
Kata doktor padaku.. kat umah awak ada tong oksigen ke..? ya allah, doktor ni biul ke?
Ajal maut bukan kat tangan mu lah doktor..aku berkeras nak bawak balik aboh ke rumah...
Kalau ada apa apa berlaku, awak tanggung sendiri...ya saya tanggung sendiri...jawab aku kasar dan agak nak marah juga....
Abah dibawa balik dari hospital dengan menaiki ambulan, aku menemani aboh dalam ambulan.
Sepanjang aboh sakit dah beberapa kali aku menaiki ambulan...pengalaman mengajar ku segalanya.
Sesampai aje kat rumah, sepupuku dah siap tempat/tilam untuk aboh.
Pakcik ambulan tu cakap, ambiklah bantal ni, nanti kalau ada apa apa,tak payah lar pulangkan bantal ni... ‘tima kasih pakcik”..ucapku..
Tak sampai sejam, abah tiba ke rumah...abah sudah sedia untuk “dijemput”...
Kami pun mengelilingi abah...dengan 3 kali ucap “ALLAH, ALLAH......ALLAH.....” aboh menghembuskan nafasnya , dengan mata dan mulut yang tertutup rapat.
Tepat lepas asar, 5.30 pm aboh menghembuskan nafas, tapi Allah permudahkan segalanya...
Semuanya siap selepas maghrib, lepas Isya , kami menuju ke kubur untuk kebumikan aboh malam itu juga.
Kini aboh bersemadi di kampung halamannya di Beris Kubor Besar bersama ahli ahli keluarganya yang lain.
Terakhir sekali khidmat ku untuk aboh, aku menaiki van jenazah bersama untuk dibawa ke kubur , untuk persemadian yang abadi.
Aku , anak anak ku dan cik abe ku tak pernah lekang mensedekahkan Al Fatihan dan bacaan Yassin untuk arwah abah.
Sesungguhnya bagiku, tiada gantinya aboh ku.
Kasih sayangnya untuk ku tiada galang ganti.
Walaupun aboh tegas dan keras dalam menyuarakan pendapatnya , tapi bagi aku
aboh adalah ayah yang paling ku megahkan dan sanjungi.
Al Fatihah untuk aboh ( Mohd Daud bin Salleh )
p/s bertepatan hari ni, hari yang ke 50 daripada tarikh operation ku (10/02/10)
Thursday, April 1, 2010
aboh (arwah) dalam kenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment