Selamat hari raya untuk rakan rakan blogger dan kawan kawan se maya
juga khusus buat sedara mara yang sering mengetip jari di internet .
Dah hampir seminggu kita merayakan hari kemenangan kita .
Kita berjaya melaksanakan misi kita di bulan yang mulia ,bulan Ramadhan.
Moga Ramadhan tahun depan kita bisa mengharungi nya sekali lagi.
Raya kali ini tak seperti raya raya yang lepas bagi ku dan keluarga ku yang kecil ini.
Tahun ini kami beraya tanpa kehadiran mama ….setelah arwah aboh meninggal , setahun lepas tu mama mengikut jejak arwah aboh.
Pulangnya ku ke kampong , adalah sekadar untuk melepaskan rindu dengan kenangan kenangan
di rumah peninggalan arwah aboh.
Jika tak kerana cik abe ku yang mengajak ku pulang awal untuk berpuasa di sana , memang aku kehilangan arah untuk beraya tahun ni.
Raya tahun ni, tak banyak aktiviti yang dilakukan oleh ku dan keluarga, kami hanya dok memerap di rumah saja.
Nasib baik ada laptop dan broadband (walaupun lembab)….
Yang terpahat dalam fikiran ku adalah untuk menziarah kubur arwah abah dan mama.
Dan itulah yang ku lakukan sepanjang aku disana.
Puas hati ku dapat melawat kubur arwah aboh dan mama….dan juga terima kasih buat cik abe ku yang begitu memahami situasi keadaan ku.
Anak anak juga dapat memahami perasaan mak nya dan mereka juga
sering menyebut tentang arwah tok abah dan tok maa mereka.
Al Fatihah untuk aboh dan mama. Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang orang yang terpilih oleh NYA.
Moga moga kita semua di beri keberkatan dengan kedatangan Syawal kali ini.
Amin ya rabbal alamin.
Sunday, September 27, 2009
raya kali ini 20.09.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment