Thursday, August 13, 2009

wahai sang gula



Isu gula selalu terbangkit tatkala nak menghampiri hari hari perayaan.
tak pernah berkesudahan , kebelakangan ini.(seingatku 3/4 tahun dah ...)

Sekitar kawasan rumah,memang stok gula amat tenat sekali.
Yang paling aku perasan, apabila keluar membeli lauk kat kedai
di tempat kediamanku.
Kucari belek belek ,macam tikus gali sana gali sini,cari gula.
Iskk pelik , mana gula niii......
Tapi mulut ni tak tergerak pulak nak menanya si penjual.
Dalam hati dah set nak beritahu cik abe ku, bahawa gula kat kedai
tak de, petanda harga gula akan naik.

Walhal malam tadi, di tv3 berita pukul 8.00mlm, baru ajer pak menteri khabarkan, bahawa pada tahun ini harga gula tak akan dinaikkan ,kita gerenti.(itu ucap pak menteri..)
Pak menteri tahu berucap ajer........kita yang jadi pengguna ni yang lelah menjadi mangsa.

Itu cerita lebih kurang 2 minggu lepas, sekarang semakin tenat.
Gula memang tiada di pasaran........disembunyikan sang gajah atau sang semut atau sang penyangak.

Di hypermarket pun ,belian dihadkan 2kg seorang.
Cemana nihhh.....

Berapa agaknya harga yang perlu dibayar oleh kita untuk dapatkan se1kg gula...??








0 comments:

Post a Comment