Tuesday, June 9, 2009

kelantan bumi bertuah

Khas ditujukan untuk kawan kawan yang ingin mengenali budaya orang kelantan......
kat pasar siti khadijah ........pelbagai barangan yang dapat dibeli......
dari ikan hinggalah periuk belanga dan juga kain batik serta tudung yang
menjadi kegilaan kaum wanita.

Buat waghih waghih yang dah lama tak menatap negeri Cik Siti Wan Kembang.....
inilah hasil ambo kuar ke pasar Siti Khadijah petang tadi bersama anak dara ku.











sebok orang dok membeli periuk belanga...
macam kat pasar golok











ini laksam......
masa ambik gambar ni...makcik jual laksam senyum tersengih.....
agaknya darat nya budok niii........gambar laksam pun nak ambik....












ini laksa kelantan........original dibuat hasil kerja orang kampung











ini kiosk di tempatkan dalam pasar ,
tempat menjual pisau ,parang dan lain lain barang
tajam











ni suasana kat bahagian kueh mueh
tapi ni sudah petang, dah berkurang orang yang datang....
kalau pagi......
mesti meletop dengan pelbagai kueh dan orang ramai yang
memang semua kueh mueh nak diborong.....rambang mata tengok
kueh......
dah beli pelbagai kueh......lastly kueh tu terjerupuk dok bawah saji

1 comments:

  1. emmm.. lakse, memang lebih sedap berbanding laksa. Kadang2 kat kelantan orang kenduri arwah, jamuannya laksa dan laksam aje.

    ReplyDelete