p/s aku menulis sekadar memberi ingatan kpd diriku shj
jika ada yang tidak pasti dan tidak paham diminta anda mencari
guru .
aku sekadar berkongsi apa yg ku rasa ,dengar dan teliti .
juga aku praktikkan .
----------------------
Bertahun tahun aku mencari jawapan .
Kenapa orang solat , bertudung labuh , haji atau hajah masih tidak mempunyai keperibadian tinggi .
Masih bercakap yang tidak elok,riak,sombong, angkuh, suka memfitnah , suka mengejek ejek , memperlekehkan dan terlalu banyak lagi yg merosakkan jiwa dan akhlak.
Hati yang sakit parah . Penyakit2 kronik.
Terlalu banyak kerosakan akhlak .
Aku keliru dan sentiasa mencari jawapan nya.
Aku PASTI ada yang tidak kena dalam diri jika masih ada perlakuan sebegini.
Kini aku sudah semakin mengerti dan paham, ada sesuatu yang perlu di perbetulkan iaitu
SOLAT kita.
Kenapa Allah menekankan solat bisa menghindarkan diri dari perbuatan mungkar dan maksiat.
Selama ini kita solat bukan lahir dari jiwa dan ruh .
Kita solat semata mata kerana tuntutan agama, tidak lebih dari itu.
Kita diajar sedari kecil oleh ibu bapa , solat lah, jika engkau tidak mahu masuk neraka.
Kita solat dengan keadaan keterpaksaan. Solat kita tidak sejati . Kita lelah .
Kita solat apabila sampai waktu nya kita perlu solat. Tidak lebih dari itu.
Masuk azan, perlu solat . Kenapa ?
Sebab tak baik melewatkan solat, jadi dengan keadaan hati yang berat TERpaksa
juga menggerakan badan untuk solat.
Tidak ada yang enak dalam solat.
Mana bisa , orang mengatakan selepas solat badan jadi segar bugar, bahkan semakin letih,
kerana asik tunduk dan bangun !
Allahuakbar !
Bismillah.....owhhh, sudah 2 rakaat....lagi 2 rakaat bisa habis solat ku.
Begitulah keadaannya kita apb solat .
Selepas menghadiri KSK (solat khusyuk ) bersama Pak Abu kini aku semakin sadar dan mengerti .Terima kasih Allah kerana memberikan ku hidayah ini, mengajarkan ku ilmu ini.
Rupanya selama ini , aku solat kerana keterpaksaan , kerana tuntutan agama,
kerana diajar sedari kecil .
Ya Allah , ampunilah kesalahan ibu bapa ku.
SOLAT adalah kembali bertemu dengan Sang Pencipta ( Allah ) berdialog, berkomunikasi , rendah diri , pasrah , berhubung dengan Allah.
Berdiri /qiam untuk mengangkat takbir.
bermula dengan Allahuakbar ..! (allah maha besar ..luruh dendam,angkuh,kikir ku bersama asal kejadianku ).
asalku tanah
"sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku mengikuti kehendak Zat yang Maha mengatur Alam semesta"
(Al Anam 162)
"hanya kepada engkau kami sembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan "
(al fatihah 5)
Rukuk
Rukuk 90 darjah .
tulangku,sarafku,otakku,pendengaranku,penglihatan ku rukuk dan tunduk pada Mu Allah.
Nabi bersabda " tidak sempurna salat seseorang hingga diluruskan belakangnya di waktu rukuk dan diwaktu sujud.
HR abu dawud dan Termizi
Disini kita melatih diri untuk jiwa/ ruhani serta jasmani .
Disini kita akan terasa regangan di bahagian tulang belakang, urat bhg belakang yang sering
sakit juga akan terasa bahagian betis ,paha dan juga bhg refleksologi (tapak kaki ).
Terapi solat ini amat hebat.
Sujud
Sujud adalah puncak perjalanan solat dan ruhani kita.
Dari segi ruhani , sujud merupakan bahawa kita sedang sujud tunduk patuh kepada Sang Pencipta (Allah),kita lemah,kita rendah.
Kita dicipta dan terbuat dari tanah , kita akan kembali kepada asalnya . ( sadar )
Saat kita sujud , kita disarankan untuk sujud lebih lama .
Disini kita dapat lebihkan doa dan permintaan kita kepada Allah.
Jangan desak Allah .
Supaya kita tidak lelah saat sujud , kita perlu perbetulkan posisi badan .
Kepala didepankan, tangan dan bahu dikepak kan sedikit, perut jangan
tertindih dengan bhg kaki dan paha.
Kaki dibelakangkan sedikit , seperti keadaan sedang merangkak. (menjangkau spt harimau )
Perut agak terangkat.
Telapak tangan diletakkan atas tanah/sejadah sejajar dgn bahu , tangan jari jemari tunjuk dan straight kpd kiblat.
( boleh rujuk kpd solat sains )
Ditekankan disini supaya sujud lebih lama dan dalam keadaan yang betul , oksigen akan bergerak ke hadapan bhg frontal lobe .(otak depan )
Nabi sering sujud lama (diriwayatkan) beliau mempunyai tubuh yang sehat dan ideal.
---------------------------
18/11/2010
p/s aku menulis berdasarkan pengalaman dan praktik ku
apa yang ku pelajari ku praktikkan !
alhamdulillah berkesan mengubati penyakit dalaman dan luaran ku.
aku disahkan mempunyai penyakit hypertension 250/140 ,jantung , thyroid , nerve disoder(saraf),vertigo dn pelbagai lagi masaalah kesihatan.
semuanya kerana aku tak pandai menguruskan stress di jiwa , sering resah dan gelisah.
penyelesaian terbaik adalah melalui SOLAT .
bgku tiada ubat yg lebih baik ,adalah SOLAT yang baik dan penuh rasa keabadian kepada Nya.
aku mencuba sedaya upaya mencari dan mencari redha Allah,dan aku pasti ,
sesiapa yang mencari TuhanNya akan menjumpai Nya.
dan juga aku pasti , jika engkau mencari akhirat, maka dunia akan datang dengan
sendirinya kepada mu.
ilmu , qudrat sbg sedekah dan amal jariah yang kita berikan kpd sekaliannya.
Itulah yg menjadi prinsip dan pegangan ku hingga sekarang .
Arwah abah juga berpesan , jangan anggap itu suatu pekerjaan , kerana jika bekerja
kita mengharapkan upah , tapi tanamlah dalam diri bahawa aku sedang belajar !
Jadi kita tidak mengharapkan apa apa balasan , sebaliknya yang kita dapat adalah
ilmu yang Allah ajarkan kepada kita.
tima kasih abah dan mama(arwah) , mereka adalah berlian dlm hidupku.Sentiasa bercahaya
dan bersinar walau mereka telah lama tiada. Tapi ajaran dari mereka sentiasa bersama menerangi ku.
rujukan : pak abu sangkan , sumber2 intenet, syurgadunia ,pn nora( ummu ayman ),Tn fuad
gambar2 : dari sumber google (tima kasih kpd penyumbang )
Best la info camni...
ReplyDeleteche pah..
ReplyDeletesama sama kita share..saya dah praktikkan..
dan alhamdulillah ianya begitu menusuk sekali di jiwa ..
sekarang anak anak dan suami juga mempraktikkannya..
alhamdulillah..
Salam Kak Zaa,
ReplyDeleteTahniah kerana dpt catatkan bahan yg baik utk rujukan dan amalan, minta izin di copy utk amalam rakan lain, moga Allah berkati dan beri yg terbaik utk kehidupan kak zaa skuarga
assalamalikom maznah:
ReplyDeletesila sila..kita sama sama mencari dan belajar ilmu Allah
sama sama lah kita sebarkan apa yg baik dan dptlah sesama kita beramal.